√ Kenangan Ketika Menjadi Budak Kecil - Adarain

Kenangan Ketika Menjadi Budak Kecil

Adakah anda rindu dengan zaman ketika menjadi budak-budak. Boleh dikatakan sangat innocent dengan kelakuan yang mencuit hati apabila dikenang balik.


Siapa ada gambar dalam album pasti tersenyum keseorang kerana tidak menyangka bahawa telatah zaman ketika menjadi budak kecil


Namun, masa tidak boleh diundur kembali. Masa akan terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke hadapan dan masa tidak akan mendengar permintaan kita untuk memutarkan kembali zaman kecil-kecil. Yang lepas tu biarlah lepas dan dijadikan sebagai kenangan yang terindah seumur hidup.




[caption id="attachment_2672" align="aligncenter" width="700"]Kenangan Ketika Menjadi Budak Kecil sumber gambar dari shumie-dz.blogspot[/caption]

Antara Kenangan Ketika Menjadi Budak Kecil


Jom kita lihat apa kenangan anda ketika menjadi budak Kecil yang telah dikongsikan melalui Whatsapp:

  • Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

  • Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

  • Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

  • Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

  • Lukis burung guna huruf 'm'.

  • Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

  • Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡

  • Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

  • Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

  • Fikir dunia kartun memang wujud.

  • Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

  • Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

  • Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

  • Susun kusyen dan buat seni binaan.

  • Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

  • Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

  • Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

  • Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

  • Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

  • Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

  • Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

  • Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

  • Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

  • Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.

  • Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

  • Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

  • Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

  • ada lagi? ......Bolehlah tambah di bahagian komen. :)


Tidur Malam Dengan Twilight Turtle Night Lights


Korang mesti tengah senyum sorang.-sorangkan bila korang baca memory ketika menjadi budak kecil kat atas ni. Aku share sebab tahu korang mesti pernah buat. Kenangan masa kecil mana boleh lupa

Get notifications from this blog

33 comments

  1. Zumal main labah2 kot nanti boleh jadi spiderman ^_^

    ReplyDelete
  2. den nak kembali jadi budak budak. seorang free dreamer. dare to dream big. kejar cita cita sejak kecil. mungkin akan ada bnyk perubahan klu semua tu berlaku :)

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...memang macam ni kan zaman kanak2..saya suka zaman kanak2..riang gembira dan selalu gelak ketawa..bila dah besar ni, ada masa memang nak jadi budak balik...sekarang, saya ajarkan anak saya pula cakap depan kipas..hahaha

    ReplyDelete
  4. Tulis nama kat papan hitam siapa yang bising. Bila dah start tulis nama tu, semua pakat diam. Hahahahaaa

    ReplyDelete
  5. oh.. tetiba terasa tua.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring sering buat gak hee..part memang sungguh memori yang lain best gak..

    "saya suka main kawin-kawin" kejadian berlaku masa kami main pondok2 blg umah masing2..mengadap pantai plk tu uh...

    ReplyDelete
  7. Ha ha semuanya betul ...teringat balik zaman Kecik Kecik dulu

    ReplyDelete
  8. Saya pun rindu dgn zaman kanak2.. bnyk perkara yg kat atas tu saya buat juga hehee... :D

    ReplyDelete
  9. Memang nostalgia.. Tengok kartun ninja turtle..

    Dan banyak lagi kartun best..

    Oh.. Bestnya zaman kanak kanak dulu

    ReplyDelete
  10. haha, dulu aku pun pk berangan macam tu. :)

    ReplyDelete
  11. Masa kecil memang angan-angan besar tapi tak semua kita boleh dapat.

    ReplyDelete
  12. Masa kecil ni best takde masalah nak fikir.

    ReplyDelete
  13. zaman duduk kelas. Ada yang main macam roda impian kat papan hitam tu.

    ReplyDelete
  14. owh yg tu pun selalu buat letak air kat piring. hahaa. mesti kelako bila dikenang balik bab main kahwin-kahwin. haha

    ReplyDelete
  15. Siapa yang tak rindukan..hehehe.

    ReplyDelete
  16. Banyak lagi karton yang best masa kecil macam dragon ball, digimon, dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  17. OMG, tua nya I..haha!

    Jap, ada ke tapak tgn berbentuk K? :P

    ReplyDelete
  18. biasalah tu. nama puun budak kann. haha..

    ReplyDelete
  19. Zaman kanak-kanak suka melakukan adventure tanpa memikirkan kesannya. Yang penting seronok.

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum...

    kenangan masa kecil2, kenangan yang tak boleh lupa...

    mselim3

    psl: bro dah senaraikan semua.. kenangan tu.

    ReplyDelete
  21. Kenagan betul kalau teringat balik zaman tu. Tapi kena kena pandang ke hadapan. Tak boleh nak undur balik dah.

    ReplyDelete
  22. 90% benda2 tu aku pernah buat,..heheeh

    ReplyDelete
  23. Haha.. Sampaikan sekarang kartun kartun tu masih ada lagi.

    Orang sekarang ni dah hilang kreativiti agaknya

    Ninja turtle pun dah masuk wayang semula

    ReplyDelete
  24. yap, benda lama jangan dikenang lama sangat.

    ReplyDelete
  25. memang kangen permainan zaman kecil

    ReplyDelete
  26. haha...bila ingat balik zaman kecik2 dulu...memang kebanyakannya pernah buat semua benda2 ni...part bulan ikut kita tu aku ingat aku sorang je perasan masa kecik2 dulu...hee

    ReplyDelete
  27. Baca ni rindu zaman kanak-kanak.

    ReplyDelete
  28. pernah buat hampir semuanya. hihih kenangan mengusik jiwa. chewahh

    ReplyDelete
  29. Memang seronokkan zaman kanak-kanak, tak ada masalah.

    ReplyDelete
  30. hahha..mengimbau kenangan..zaman kanak2 dulu tak macam zaman kanak2 sekarang yg banyak main game dalam rumah..

    ReplyDelete
  31. Zaman dulu aktiviti banyak main diluar berbanding sekarang.. Budak suka main dalam rumah main hp.

    ReplyDelete