√ Malaysia Bakal Dilanda Tornado? - Adarain

Malaysia Bakal Dilanda Tornado?

Tajuk bukan main gempak tapi serius ke Malaysia bakal dilanda tornado? Tak mustahil Taufan Tornado akan berada di Malaysia dengan memusnahkan kediaman serta tanaman yang ada pada negara ini. Namun sehingga kini, Malaysia belum pernah dilanda tornado besar dan kita juga seharusnya berasa syukur kerana Malaysia adalah antara senarai negara yang tidak mungkin akan dilanda tornado besar.




Tornado dalam erti kata lain ialah Puting Beliung



Dah tengok movie Into the Storm?


Movie Into The Storm baru sahaja berada di pawagam Malaysia sejak 7 Ogos yang lalu. Dan berkesempatan untuk menonton wayang tersebut bersama seorang rakan di City Square, Johor Bahru.



Sinopsis Into The Storm


Movie ini mengisahkan di mana bandar Silverston telah dilanda Puting Beliung yang luar biasa dan tidak pernah dilihat oleh pemburu ribut.  Puting beliung yang muncul bukan sahaja satu malah lebih dari itu dan bergabung menjadi puting beliung gergasi yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Silverston.




[caption id="attachment_2644" align="aligncenter" width="700"]Malaysia Bakal Dilanda Tornado? sumber gambar dari google.com[/caption]

Gary yang merupakan ayah kepada dua orang anak lelaki dan salah seorang anak lelakinya telah terperangkap dalam sebuah kilang terbiar. Dapatkah Gary menyelamatkan salah seorang anak lelakinya daripada menjadi mangsa puting beliung gergasi?. Dan dapatkah pemburu ribut merakam aksi puting beliung yang jarang sekali berlaku dalam dunia ini?



Review Into The Storm


Movie ini berdurasi 1 jam setengah sahaja dan boleh dikatakan tidak terlalu lama. Tak menjangka bahawa movie ini seakan seperti Paranormal Activity di mana para pelakonnya merakamkan aksi lakonan sendiri dan tidak terlalu pening sangat kerana walaupun rakam sendiri tapi kamera agak statistik (tidak terlalu banyak gerak). Tidaklah seteruk movie melayu Highland Tower.


Grafik tak payah cerita memang real punya puting beliung dalam movie ini. TERBAIK!


Pada permulaan movie ini agak sedikit bosan kerana intro pengenalan keluarga dan juga kumpulan pemburu ribut. Selepas intro semua watak diperkenalkan, barulah ada babak yang mencemaskan di mana tornado muncul datang menyerang dan ramai menjangka tornado yang muncul sudah behenti tetapi jangkaan itu tidak tepat kerana muncul beberapa tornado yang lebih dahsyat.




[caption id="attachment_2642" align="aligncenter" width="700"]Malaysia Bakal Dilanda Tornado? babak mencemaskan di mana penduduk cuba melarikan diri dari putaran kuat puting beliung[/caption]

Diselitkan juga babak komedi di mana muncul pemburu ribut yang tidak bertauliah tetapi masih hidup lagi tu dalam penghujung movie ini sedangkan salah seorang pemburu ribut profesional terkorban gara-gara tornado.  Mungkin ini dinamakan nasib badan siapa yang tahu.



Kesimpulan: Mungkin suatu hari nanti Malaysia bakal dilanda tornado siapa tahu?


Secara keseluruhan movie ini layak diberikan 3.5/bintang. Bagi mereka yang menggemarkan movie natural disaster seperti movie  The Day After Tomorrow, 2012 dan Volcano sememangnya wajar menonton movie seperti ini. Sangat berbaloi untuk menonton.


Sihat dan Cantik Dengan Radiglow


Kalau Malaysia bakal dilanda tornado, adakah Malaysia sedia menghadapi tornado seperti movie ini? siapa tahu mungkin akan terjadi suatu hari nanti kerana kita tidak boleh menjangkakan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Kita hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari bala bencana alam seperti Puting beliung.

Get notifications from this blog

46 comments

  1. pernah tengok citer pemburu ribut ni dulu2. menarik gak, sebab baru kita tahu ada juga orang cam gini.

    ReplyDelete
  2. terkejut aku bro..
    ingatkan kajian apa ka.. mcm phonemeno el nino..
    tapi tajuk filem he..he..he

    ReplyDelete
  3. jangan tornado bro, nanti lembu pun di angkatnya naik.

    ReplyDelete
  4. Kita dekat Malaysia ni tak rasa tornada ni tu sebab sibuk nak ada benda macam ni. Tapi hakikatnya, kalau dah kena memang sekalipun tak nak merasa ada tornado ni. Confirm.

    ReplyDelete
  5. Tornado semulajadi mungkin tidak

    Tornado politik memang ya.

    Semoga Malaysia kekal terpelihara dan aman sejah tera.

    Subur iman dan kesabaran

    ReplyDelete
  6. hmmm..tak sabar rasanya nak tonton movie ni..nampak cam best jer..

    ReplyDelete
  7. Boleh layan jugak nanti. Lama tak layan movie seperti ini selepas movie Day after Tomorrow

    ReplyDelete
  8. janganlah sampai terjadi karena iyu merupakan suatu adzab tuhan

    ReplyDelete
  9. Gaji diorang ni besar tu sesuai dengan risiko yang mereka ambil.

    ReplyDelete
  10. Saje je tu. hehe, cuma terbayang kalau terkena di Malaysia sendiri.

    ReplyDelete
  11. Bukan setakat lembu. kereta dan rumah pun diangkatnya.

    ReplyDelete
  12. Itu memang comfirm. Jangan dipinta yang membawa bala.

    ReplyDelete
  13. Tornado politik sentiasa ada memang takkan berhenti. AMIN~

    ReplyDelete
  14. Tapi movie The Day after Tomorrow dan 2012 still the best!. hehe

    ReplyDelete
  15. Nauzubillah mintak dijauhkan lah malaysia dilanda tornado. Btw tak tengok lagi cerita into the storm tu eheh

    ReplyDelete
  16. gabungan cerita baru dan benda pernah berlaku.jom tonton

    ReplyDelete
  17. Tidak mustahil boleh berlaku. Apa pun filem ini akan dinanti-nantikan oleh kaki wayang.

    ReplyDelete
  18. minta dijauhkan malapetaka seperti ini dari negara kita

    ReplyDelete
  19. KALAU MALAYSIA DI LANDA tORNADO.. ENTAH LA..TAK DAPAT BAYANG KAN..TAK TAU NAK MENYOROK KAT MANA..NAK BUAT BILIK BAWAH TANAH PUN TAK MAMPU.BERDOA JE LA MOGA DUNIA KITA NI AMAN DAMAI..

    ReplyDelete
  20. AMIN~. perkara sebegini jangan dipinta.

    ReplyDelete
  21. Menarik juga review ni... klu malaysia dilanda tornado mmg susah juga kita. Ramai yg tak biasa & bersedia dgn keadaan mcm tu kan... semoga kita semua dilindungi... aamiin.

    ReplyDelete
  22. kurang rasa nak tengok genre cerita macam ni. lebih kepada cerita superhero dan humor. mungkin sebab nak release tension kerja, tu yang lebih prefer cerita yang kurang serius.

    ReplyDelete
  23. Tak mustahil Malaysia bakal dilanda tornado andai kemusnahan alam sekitar yang berleluasa tidak dibendung.

    ReplyDelete
  24. Malaysia akan mengalami kerugian besar sekiranya tonado berlaku di Malaysia. AMIN~

    ReplyDelete
  25. kiranya lebih suka movie komedi la ni.

    ReplyDelete
  26. Tak mustahil sebab bumi ni bulat, tapi apaun mudah2an dijauhkan..
    Takut!

    ReplyDelete
  27. macam best aje cerita kali nih.

    kena tengok nih.

    ReplyDelete
  28. Kalau telah ditetapkan semuanya tidak mustahil.

    ReplyDelete
  29. apalah arti kiamat sudah dekat

    ReplyDelete
  30. Kalau macam 2012 tu maybe zumal boleh layan gak kalau macam dokumentari tak minat sangat. Nanti nak tengok la ^_^

    ReplyDelete
  31. Memang nak kena tengok citer ni..macam sedap aje..haha

    ReplyDelete
  32. Movie dokumentari pun aku kurang minat.

    ReplyDelete
  33. Kalau nak sangat tornado di Malaysia..

    P KFC makan twister..

    Adik beradik tornado tuan.

    Sambil minum air twister.. Seeloknya jangan sebab produk yahudi.. Hehe

    Boikot2

    ReplyDelete
  34. aku dah tgk citer ni...bagi aku biasa jer....stra8 to the point...

    ReplyDelete
  35. movie ni memang biasa-biasa je tapi masih boleh dilayan.

    ReplyDelete
  36. Tak pernah tengok lagi cerita ni

    ReplyDelete
  37. Anda lupa pasal satu lagi filem pasal puting beliung iaitu ---> TWISTER!!!

    Apapun, Malaysia memang sah selamat dari sebrang bencana alam yang terburuk semacam ribut taufan (agak jauh kat Laut China Selatan) mahupun puting beliung (kecuali spout). Tambahan, selamat dari gunung berapi dan gempa bumi (kecuali gegaran) sebab kedudukan pulau ini berjauhan dari lingkaran api pasifik (walaupun hampir sikit aje).

    ReplyDelete
  38. Dah pun terjadi semalam, sebab tu jgn sebut2, kata2 adalah doa. Bila ramai yg fikir atau cakap pasal sesuatu topik, energy nya kuat untuk menjadi kenyataan. Contoh, ramai suruh Tun Mahathir turun, and it happened, ramai juga doa Pak Lah turun, dah pun jadi, sekarang ni kita nak siapa pulak turun?

    ReplyDelete
  39. Tak pernah dengar pula movie Twister. Boleh cari movie tu. Tapi tak mustahil Malaysia akan dilanda puting beliung, Semuanya kuasa Tuhan.

    ReplyDelete
  40. Ya, memang betol setiap perkataan adalah doa. minta dijauhkan daripada bencana yang lebih besar selepas ni.

    ReplyDelete
  41. tornado kecil di Malaysia telah pun berlaku.. Allah itu maha berkuasa.. maha memakbulkan segala doa 2 dan permintaan

    ReplyDelete