√ Movie Guardians of the Galaxy - Adarain

Movie Guardians of the Galaxy

Rasa dah lama tak menonton wayang bersama sepupu. Kebetulan pula sekarang tengah raya, masa nilah ada peluang untuk berjumpa sepupu yang dah lama tak jumpa berbulan-bulan.



Lambai Tangan Dengan Siapa Sebenarnya?


Macam biasa kalau tengok wayang mesti kat Dataran Pahlawan, Melaka kemudian tempah tiket pukul 12.30 pagi punya. Tengok tengah malam memang sedap baru layan. Movie yang kami tengok adalah Guardians of The Galaxy edisi Marvel.


Tengok wayang tak sah kalau tak beli popcorn , belilah dalam 2 pop corn dengan air sekali baru syok nak tengok wayang.


Sebelum sampai ke kaunter semakan tiket, sepupu beritahu aku ada orang panggil nama aku tadi. Aku paling ke belakang nak cam siapa yang panggil tadi sambil lambai tangan sambil mencari-cari. Aku toleh balik ke arah sepupu sambil cakap "mana ada". Sepupu aku cakap sambil confident "ada" then aku toleh balik belakang sambil melambai tangan sekali lagi masa tu baru nampak wajah yang tegur aku tadi. Tak dengar dia panggil aku mungkin sebab excited nak tengok wayang


Rupa-rupanya dia budak junior sekolah aku dulu masa sekolah menengah tak sempat nak bertegur sapa masa tu sebab nak masuk wayang. Jadi, lambai tangan sahaja dari jauh tapi yang lawaknya ada orang lain turut membalas lambai tangan aku juga. Layankan je. :)


Movie Guardians of the Galaxy



Sinopsis Guardians of the Galaxy


Movie ini mengisahkan Peter Quill yang merupakan seorang pencuri telah mencuri Orb di satu tempat. Orb yang berbentuk bola ini merupakan benda yang berbahaya di mana boleh menghancurkan 1 tamadun/planet dalam satu masa yang singkat.


Puak Ronan berusaha mencari bebola Orb yang telah dicuri Quill dengan menhantar wakil serta membuat pengumuman kepada seluruh galaxy tentang ganjaran yang diberi bagi mereka yang berjaya mengambil Orb.


Quill berusaha untuk menjual Orb namun ditolak oleh pembeli atas sebab-sebab tertentu. Dalam pada masa yang sama ada beberapa orang yang mahu mencuri Orb iaitu Rocket, Groot dan Gamora kerana ganjaran yang diumumkan oleh Puak Ronan.


Mereka semua dimasukkan penjara dan telah membentuk satu pasukan yang hebat dengan penambahan ahli iaitu Drax yang berbadan sasa untuk keluar dari penjara walaupun berlainan pendapat dan tabiat. Matlamat mereka ialah mahu menyelamatkan Orb dari disalahgunakan oleh Puak Ronan.


Dapatkah mereka menyelamatkan Orb dari jatuh ke tangan Puak Ronan? Adakah pasukan yang dibina akan terus bertahan dan mencapai persefahaman demi mempertahan tamadun lain dimusnahkan?



Review Guardians of the Galaxy


Movie ini ternyata sangat best dan memang patut ditonton oleh orang ramai. Movie ini berdurasi 2 jam lebih agak terlalu panjang namun mempunyai jalan cerita yang menarik tambahan pula grafik yang cantik.


Movie yang disangka oleh aku bersifat serius namun sangkaan aku tidak tepat malah lebih kepada komedi. Movie ini tidak terlalu serius kalau nak dibandingkan dengan movie aksi perang angkasa yang lain.


Terlalu banyak klise komedi yang wujud pada movie ni dan ada beberapa babak yang sebenarnya lawak tapi bagi aku tak lawak mana pun. Terlalu banyak babak komedi sehingga hilang keseriusan untuk berperang dengan musuh dalam movie ini.


Aku suka dengan Watak Rocket & Groot dengan lawak bersahaja. Namun di sebalik lawak diorang terselit kepintaran dan kelebihan pada diri masing-masing.


Movie Guardians of the Galaxy


Rocket mempunyai kelebihan dalam mengerahkan idea serta muslihat dalam menghadapi musuh manakala Groot pula yang bertubuh kayu mempunyai kekuatan yang lebih sehingga tidak merasa apa-apa jikalau ditembak malah kalau dipotong tangannya akan tumbuh dengan sendiri tangan kepada yang asal. Groot memang comel.


Aku suka dengan suasana dunia Xandar yang tersangat indah dengan teknologi yang tinggi serta pelbagai bangsa yang wujud dalam dunia Xandar. Sudah tentu grafik dalam movie ini memainkan peranan yang penting supaya dunia Xandar menjadi realiti.




[caption id="attachment_2595" align="aligncenter" width="700"]Movie Guardians of the Galaxy Dunia Xandar yang cantik dari atas[/caption]

Tak sangka movie ini akan ada kesinambungannya.  Jangkaan sambungannya mungkin tahun 2017 agak lama bersama musuh bernama Thanos pula. Sejak kebelakangan ini banyak movie suka buat sambungan dan rasa seksa pula bila menunggu kedatangan episode baru.


Auramen Turbo Collagen Terbaik



Best ke tak Guardians of the Galaxy?


Best ke tak Guardians of the Galaxy? Best dan korang boleh layan. Movie ni pun tak ada boring mana pun cuma jalan ceritanya sama dengan jalan cerita movie yang lain di mana menyelamatkan dunia dari kuasa jahat.  Aku bagi 3.8/5 bintang untuk movie Guardians of the Galaxy

Get notifications from this blog

47 comments

  1. Kali akhir masuk panggung wayang adalah semasa di bangku sekolah menengah... Sekarang nak tengok apapun, tunggu keluar kat Tv je :-D Tema macam ni memang best berbanding kisah 2 romantik

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum,

    Wah jam 1230 pagi tengok wayang ya.

    cerita ni masuk dala marvel universe.. sampai satu masa.. ironman akan jadi ahli guardian of the galaxy.

    Dan orb ni ada kaitan dengan tesserac dari avenger dan captain america

    dan artifak dalam thor 2.

    ReplyDelete
  3. Kalau sabar sikit.. layan kat dvd pun ok juga kan.

    Cuma feelnya tak sama

    ReplyDelete
  4. DVD keluar biasanya selepas 2 bulan selepas ditayangkan.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam,

    Wow, bergabungla semua hero-hero marvel dalam guardians of the galaxy nanti. Nampaknya, mazni azmi lebih tahu banyak daripada saya.

    ReplyDelete
  6. mula-mula tu macam boring gak... tapi bila dah lepas 1/2 jam baru syiok... layaannn..... i'm groot... :D

    ReplyDelete
  7. Saya pun ingatkan berunsur serius tengok dari tajuk dia..kalau ada komedi bolehlah layannn..

    ReplyDelete
  8. Macam menarik je. Kena pergi tengok jugak ni hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  9. hoho..

    memang best gak la.

    starting je dah rasa best. haha

    ReplyDelete
  10. dah lama tak bawa anak tegok cerita ini he...sejak bulan pose kelmarin

    ReplyDelete
  11. nampak jalan ceritanya mendebarkan tapi saya takminat ccerita mcm ni, kisah cinta juga pilihan hati hahahha

    ReplyDelete
  12. Wah review pon terbaiklah..bertambah semangat nak tgk..hhihihih

    ReplyDelete
  13. dah lama sebenarnya x masuk panggung..citer yang bro review boleh ahan best jugak..mmg suka elemen dan jalan cerita yang ada unsur cun begini..:)

    ReplyDelete
  14. Jalan cerita memang best. Sesuai untuk hilangkan stress sebab ada unsur komedi yang banyak. :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih, kalau ada kelapangan masa memang kena tengok boleh hilang stress sebab ada banyak babak komedi dalam movie ni.

    ReplyDelete
  16. aku ni dah lama sangat tak masuk panggung
    huhu

    ReplyDelete
  17. 3.8 dari 5, erm... aku rasa ragu-ragu lak nk tengok di pawagam melainkan download. Ahaha. Apapun aku ada baca tadi movie nie dah pecah rekod box office dengan kutipan $94 juta di minggu pembukaan. Hari pertama $37.8 juta. Aku baca di USmagazine dot com.

    ReplyDelete
  18. skrg ni berazam hny masuk wayang sbulan skali.haha! this month nak tgk tmnt je..kalau sempat lah

    ReplyDelete
  19. hmmm baru bercadang nak bawak budak2 tgk citer ni

    ReplyDelete
  20. aku dah tgk ok lah...siap tgk imax punya lagi...hehe cite rdia best walaupun straight to the point

    ReplyDelete
  21. Hahhhh...2 jam lebih...eshhh eshhhh tak sanggup mama hanny, silap haribulan mama hanny tertidur sampai kesudah...hehehe

    ReplyDelete
  22. saya tunggu keluar kat astro baru tonton. sangat malas layan kat panggung.

    ReplyDelete
  23. sop dah tgk ahad lepas
    memeng menarik dan byk aksi lucu menghiburkan
    anak2 sop pun sgt suka :)

    ReplyDelete
  24. Dah lama xmasuk panggung ni... Review yg menarik, teruja pula nak tengok!

    ReplyDelete
  25. Huhu..bila lah agaknya dapat tengok citer ni...memang best jer baca sinopsis dia ha..

    ReplyDelete
  26. Itu baru sinopsis belum lagi tgk. hehe

    ReplyDelete
  27. Dah teruja mesti kena tengok. hehehe

    ReplyDelete
  28. Memang bestkan cerita ni. yang penting terhibur.

    ReplyDelete
  29. Tunggu astro kena tunggu dengan sabar. hehe

    ReplyDelete
  30. hehe, sedap tidur tu sebab ada air cond.

    ReplyDelete
  31. Cerita dia senang faham cuma kena ingat nama negara diorang, pelik sikit payah nak ingat. hehe

    ReplyDelete
  32. Boleh je bawa budak tengok cerita ni. hehe

    ReplyDelete
  33. siap berazam. hehe, Aku tengok keadaan, kadang-kadang sampai 1 bulan lebih tak tengok wayang, kadang-kadang 2 kali dalam sebulan. ;)

    ReplyDelete
  34. Salam Hormat.
    Rasa macam hujung minggu ni free nak layan Guardians Galaxy :)

    ReplyDelete
  35. detail reviewnya. hehe
    x tengok lagi, tapi buat masa sekarg mmg x beberapa nk ada mood untuk tengok wayang.. tunggu download je la kot.. heheh

    ReplyDelete
  36. Saya pun dah tengok dengan housemate, tgk yg 3D puas hati juga filem ini

    ReplyDelete
  37. aku pun da layan movie ni hari pertama tayangan...memang best...berbeza sikit dengan movie superhero Marvel yang lain...yang penting watak Rocket memang terbaik...terlebih genius...HAHA...

    P.S - standard la tu nak tunggu sekuel memang lama...GOTG 2 tahun 2017 tu...macam The Avengers juga...keluar tahun 2012...sekuel kedua tahun 2015...huhu...memang ada kaitan rasa The Avengers dengan GOTG ni...sebab masa lepas post kredit The Avengers tu...Thanos ada muncul di akhir2 tanpa dialog...siapa yang keluar pawagam awal memang terlepas la scene akhir tu...hee

    ReplyDelete
  38. Hujung minggu memang sesuai untuk ditonton cuma ramai orang. hheheh

    ReplyDelete
  39. Tunggu download memang lama dalam 2 bulan baru ada.

    ReplyDelete
  40. Saya tak selesa tonton pakai 3D..hehe lebih selesa dengan HD saje.

    ReplyDelete
  41. Aku ada tengok yang last scene..

    ReplyDelete
  42. Cerita yg menarik dan menghiburkan. Kawe tengok kat Paradigm PJ masa cuti raya ari tu :D

    ReplyDelete
  43. Movie ni memang menghiburkan. :)

    ReplyDelete
  44. saya suka sekali film fiksi dimana cerita nya yang aneh-aneh di luar nalar

    ReplyDelete
  45. […] Throwback Review Guardians of the Galaxy 2014 […]

    ReplyDelete