Monday 18 August 2014

Perodua Axia Pilihan Terbaik

Design PERODUA Viva aku tak berkenan sangat tetapi bila dapat tahu Perodua bakal mengeluarkan produk terbaru yang diberi nama Axia terus cari gambar kereta tersebut dengan harapan kereta tersebut mempunya rekabentuk yang ok dari Viva.

Bila dah jumpa gambar tersebut memang tak di sangka reka bentuk PERODUA Axia 2014 terbaru memang comel dan terbaik setakat ini untuk rekaan tempatan. Kalau diamati betul-betul reka bentuk depan Axia tak ubah seperti Ikan paus. ;)

Harga kereta memang mampu dimiliki oleh semua orang kerana harga yang ditawarkan adalah serendah RM 24, 900 sehingga RM 45, 300.

PERODUA telah membuka tempahan sejak 13hb Ogos 2014 bagi model terbaharunya dan tempahan bagi model PERODUA Axia adalah RM250 dan RM300 bergantung kepada beberapa varian.

PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance. Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun. Ini adalah konsep pertama yang ditawarkan PERODUA berbanding sebelum ini.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Senarai Jangkaan Harga Kereta PERODUA Axia 2014?

  • Standard E (manual) :  Booking Fee RM250
    Solid (RM24,900), Metallic (RM25,300).

  • Standard G (Manual) : Booking Fee RM250
    Solid (RM32,800), Metallic (RM33,200).

  • Standard G (Auto) : Booking Fee RM250
    Solid (RM34,800), Metallic (RM35,200).

  • Standard SE (Manual) : Booking Fee RM250
    Solid (RM37,900), Metallic (RM38,300).

  • Standard SE (Auto) : Booking Fee RM250
    Solid (RM40,900), Metallic (RM41,300).

  • Standard AV (Advance) : Booking Fee RM300
    Solid (RM44,900), Metallic (RM45,300).

Apa yang Cool tentang PERODUA Axia?


Model terbaharu Axia akan memberi penjimatan bahan api yang boleh dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter turut ditawarkan dengan fungsi unik yang lain. Selain itu, kenderaan tersebut adalah cekap tenaga (EEV) yang pertama Malaysia diwujudkan.

Berikut adalah ciri-ciri terbaik PERODUA Axia 2014 :

Kriteria untuk aku memilih kereta bukan sahaja pada reka bentuk malah dari segi penjimatan minyak. That's why, PERODUA Axia terbaru ini menjadi pilihan terbaik kerana memberi penjimatan minyak yang mungkin boleh bertahan sehingga seminggu lebih bergantung pada penggunaan kereta seharian. Harga minyak makin naik jadi pilih kereta mestilah yang ekonomi dan menjimatkan.

Sesuailah dengan mereka yang berpendapatan rendah yang ingin memiliki kereta terutamanya golongan remaja lepasan graduasi macam aku sendiri. ;)

55 Comments

Tunggu apa Lagi..angkat satulah bro

Murah jugak tu.

Bawah 25k je kalau beli cash ni. Haha

Tak berapa minat design baru ni. Hehe

Citarasa kita berbeza

Macam nak amik satu.. Tapi 2 tahun lepas baru amik Viva..

sekali pandang nampak best..
tengok dulu respon siapa yang akan guna nanti...

Menanti official full picture dari Perodua. Nak tgk gambar exterior dan interior dgn detail baru leh decide sama ada design new car ni awesome ke tidak. EEC tu mmg terbaik!

oh ikut kategori juga ada 25k ada juga 40k++ hohohoh

Nampak macam menarik..suami akak pun asyik memuji je. Mungkin boleh tukar dengan Kancil yang dah tua tu hihi :-D

suka dengan design comel cenggini, senang mencilok ;), memang nak sangat trade in dengan savvy apakan daya murah benor value savvy tu keke

Yang pasti Axia ni bukan rekaan tempatan. :)

memang smart..aku pun berkenan gak...tapi baru je booking myvi...

Rasanya nanti Perodua Axia ni jadi antara model yang paling laris kot.. Macam pisang goreng panas lah nanti ni.

Myvi pun mantap. :) lepas ni bergaya ar dengan Myvi baru. haha

Kalau ada rezeki boleh tukar. hehehe

Betul, Dari pandangan pertama nampak menarik tapi belom tengok secara keseluruhan. Harap keseluruhannya memuaskan.

Betul, tunggu respond mereka yang beli kereta Axia sama ada terbaik atau biasa-biasa.

Baru lagi tu viva. Sayang tu nak jual balik tu.

Not bad..Pilihan terbaik untuk second car..

Emm tak dinafikan..design macam ni, amat menarik perhatian saya..tapi walaupun harganya macam tu, masih belum mampu lagi nak pakai..haha

Nampak mcm makin kecil sebab harga semakin murah dan berat makin kurang tak apa untuk org bujang ok lah,....

design pun bagi ok kira smart juga la..harga pun berpatutan...jimat minyak tu paling penting...:D

Jimat minyak yang penting tu..dan jugak selesa..

Harga pun mampu milik..apa lagi..tempah la sebijik bro..

Comel kan kalo tambah aksesori lagi comel. :)

Jimat minyak tu memang penting. :)

untuk orang bujang macam lepas graduan memang boleh beli kereta ni.

Takkan tak mampu konisyen masyuk sentiasa. haha

KALAU BARU ELOK BELI CEPAT ..teringat kata orang jurujual kedia tu satu ketika dulu

Lihat pada gambarnya memang lebih cantik daripada Viva, tapi saya kurang minat pada kereta yang agak kecil dengan keluarga yang ramai. Susah nak balik kampung nanti. Apapun memang terbaik dalam kelasnya.

owh kereta baru daripada perodua. tahniah

boleh sangat untuk kereta pertama...

Menarik juga harga dia. Jenis paling rendah pun harga dia saing-saing Perodua Viva dulu. So, mungkin akan menjadi pilihan student or anak-anak muda yang baru bekerjaya.

Erm...mmg cm ikan paus la kan..hana xbrkenan bhgian depan tu.:P tp da sesetengah org kata.yg depan tu la buat axia smart

Ni kalau ada cash terus rembat Perodua Axia.

Memang rembat terus produa Axia.

ya, yang depan tu smart. lain orang lain tastenya. :D

jauh beza harga yang basic spec dengan full spec...aku cuma nak tengok persaingan nanti model ni dengan model kereta compact proton

Perodua ni dar segi kecekapan penjimatan minyak sememangnya cekap untuk setiap model.
Dah boleh singgah kat showroom pedua la nampaknya lepas nih :)

Memang dah jatuh cinta ngan axia ni... Kancil belum habis bayar lagi..sabar je lah sampai next year.. Harap2 ada rezeki untuk beli axia nanti..Sye berkenan ngan depan axia se yg macam mitshubishi asx tu.. Memang menggoda.

INSYA ALLAH,ada rezeki dapat la merasa kereta Axia ni. hehe

Colour apa ya yg cantik? Sye pening kepala nak pilih samaada putih atau kuning.

Sangat suka Axia SE kaler kuning. Cantik sangat! :)

Ani ,,jom aa kita saing beli caler kuning tu...he he.. Warna merah sye belum jumpa lagi!,, tak sabor nak tengok kereta axia yg orang lain dah beli ada kat jalan raya.. belum jumpa lagi setakat hari ni... Semalam jumpa jurujual axia kat giant.,dia kata model standart E paling banyak tempahan ...6000 tempahan ..so klu order model yg tu 6bulan baru boleh dapat Kereta . ..kalau SE 1bulan lebih dah dapat Kereta.... Hmmm suzuki swift model terbaru thn 2014 memang lawor giler ...tapi mampu tengok je la...hu hu..

Warna putih dan silver pun smart juga kalau nak beli Axia ni. Tak sabar juga nak beli kereta ni. :D

Colour kuning pun smart juga tapi saya tak berapa suka ngan warna kuning. :D

apakah rahsia di sebalik harganya yg murah tu ye.. hmmm

Bersangka baik harga yang murah ini pun mampu milik.

suka tengok design axia ni, menarik

Dalam dia tak ada soket nak charge hp ke nak vacuum kereta dlm pun x boleh.soket kete axia tak ada..huhuhu sedih .

dekat setahun jgk sy pkai kereta axia(advance) ni,alhamdulillah smua ok je.mmg fuel saving car.mmg tk boleh dinafikan.hritu ulang alik rawang-cheras,dua bar je jatuh.mmg spacious seat depan ni.aircond cepat sejuk.just kdg2 frust jgk dgn front sensor ni ahaha,esp time jam la.nak disconnect pun blh je,prgi je perodua mana2,ckpla nk disconnect front sensor.As conclusion,mmg the best la axia ni,esp student macam sy