√ Perodua Axia Pilihan Terbaik - Adarain

Perodua Axia Pilihan Terbaik

Design PERODUA Viva aku tak berkenan sangat tetapi bila dapat tahu Perodua bakal mengeluarkan produk terbaru yang diberi nama Axia terus cari gambar kereta tersebut dengan harapan kereta tersebut mempunya rekabentuk yang ok dari Viva.

Bila dah jumpa gambar tersebut memang tak di sangka reka bentuk PERODUA Axia 2014 terbaru memang comel dan terbaik setakat ini untuk rekaan tempatan. Kalau diamati betul-betul reka bentuk depan Axia tak ubah seperti Ikan paus. ;)

Harga kereta memang mampu dimiliki oleh semua orang kerana harga yang ditawarkan adalah serendah RM 24, 900 sehingga RM 45, 300.

PERODUA telah membuka tempahan sejak 13hb Ogos 2014 bagi model terbaharunya dan tempahan bagi model PERODUA Axia adalah RM250 dan RM300 bergantung kepada beberapa varian.

PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance. Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun. Ini adalah konsep pertama yang ditawarkan PERODUA berbanding sebelum ini.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Senarai Jangkaan Harga Kereta PERODUA Axia 2014?

  • Standard E (manual) :  Booking Fee RM250
    Solid (RM24,900), Metallic (RM25,300).

  • Standard G (Manual) : Booking Fee RM250
    Solid (RM32,800), Metallic (RM33,200).

  • Standard G (Auto) : Booking Fee RM250
    Solid (RM34,800), Metallic (RM35,200).

  • Standard SE (Manual) : Booking Fee RM250
    Solid (RM37,900), Metallic (RM38,300).

  • Standard SE (Auto) : Booking Fee RM250
    Solid (RM40,900), Metallic (RM41,300).

  • Standard AV (Advance) : Booking Fee RM300
    Solid (RM44,900), Metallic (RM45,300).

Apa yang Cool tentang PERODUA Axia?


Model terbaharu Axia akan memberi penjimatan bahan api yang boleh dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter turut ditawarkan dengan fungsi unik yang lain. Selain itu, kenderaan tersebut adalah cekap tenaga (EEV) yang pertama Malaysia diwujudkan.

Berikut adalah ciri-ciri terbaik PERODUA Axia 2014 :

Kriteria untuk aku memilih kereta bukan sahaja pada reka bentuk malah dari segi penjimatan minyak. That's why, PERODUA Axia terbaru ini menjadi pilihan terbaik kerana memberi penjimatan minyak yang mungkin boleh bertahan sehingga seminggu lebih bergantung pada penggunaan kereta seharian. Harga minyak makin naik jadi pilih kereta mestilah yang ekonomi dan menjimatkan.

Sesuailah dengan mereka yang berpendapatan rendah yang ingin memiliki kereta terutamanya golongan remaja lepasan graduasi macam aku sendiri. ;)

Get notifications from this blog

55 comments

  1. Tunggu apa Lagi..angkat satulah bro

    ReplyDelete
  2. Murah jugak tu.

    Bawah 25k je kalau beli cash ni. Haha

    ReplyDelete
  3. Tak berapa minat design baru ni. Hehe

    Citarasa kita berbeza

    ReplyDelete
  4. Macam nak amik satu.. Tapi 2 tahun lepas baru amik Viva..

    ReplyDelete
  5. Suka reka bentuk PERODUA Axia!

    ReplyDelete
  6. sekali pandang nampak best..
    tengok dulu respon siapa yang akan guna nanti...

    ReplyDelete
  7. Menanti official full picture dari Perodua. Nak tgk gambar exterior dan interior dgn detail baru leh decide sama ada design new car ni awesome ke tidak. EEC tu mmg terbaik!

    ReplyDelete
  8. oh ikut kategori juga ada 25k ada juga 40k++ hohohoh

    ReplyDelete
  9. Nampak macam menarik..suami akak pun asyik memuji je. Mungkin boleh tukar dengan Kancil yang dah tua tu hihi :-D

    ReplyDelete
  10. suka dengan design comel cenggini, senang mencilok ;), memang nak sangat trade in dengan savvy apakan daya murah benor value savvy tu keke

    ReplyDelete
  11. Yang pasti Axia ni bukan rekaan tempatan. :)

    ReplyDelete
  12. memang smart..aku pun berkenan gak...tapi baru je booking myvi...

    ReplyDelete
  13. Rasanya nanti Perodua Axia ni jadi antara model yang paling laris kot.. Macam pisang goreng panas lah nanti ni.

    ReplyDelete
  14. Myvi pun mantap. :) lepas ni bergaya ar dengan Myvi baru. haha

    ReplyDelete
  15. Kalau ada rezeki boleh tukar. hehehe

    ReplyDelete
  16. Betul, Dari pandangan pertama nampak menarik tapi belom tengok secara keseluruhan. Harap keseluruhannya memuaskan.

    ReplyDelete
  17. Betul, tunggu respond mereka yang beli kereta Axia sama ada terbaik atau biasa-biasa.

    ReplyDelete
  18. Baru lagi tu viva. Sayang tu nak jual balik tu.

    ReplyDelete
  19. Not bad..Pilihan terbaik untuk second car..

    ReplyDelete
  20. Emm tak dinafikan..design macam ni, amat menarik perhatian saya..tapi walaupun harganya macam tu, masih belum mampu lagi nak pakai..haha

    ReplyDelete
  21. Nampak mcm makin kecil sebab harga semakin murah dan berat makin kurang tak apa untuk org bujang ok lah,....

    ReplyDelete
  22. design pun bagi ok kira smart juga la..harga pun berpatutan...jimat minyak tu paling penting...:D

    ReplyDelete
  23. Dah la murah, comel pula tu

    ReplyDelete
  24. Jimat minyak yang penting tu..dan jugak selesa..

    Harga pun mampu milik..apa lagi..tempah la sebijik bro..

    ReplyDelete
  25. Ada rezeki memang tempah. :)

    ReplyDelete
  26. Comel kan kalo tambah aksesori lagi comel. :)

    ReplyDelete
  27. Jimat minyak tu memang penting. :)

    ReplyDelete
  28. untuk orang bujang macam lepas graduan memang boleh beli kereta ni.

    ReplyDelete
  29. Takkan tak mampu konisyen masyuk sentiasa. haha

    ReplyDelete
  30. KALAU BARU ELOK BELI CEPAT ..teringat kata orang jurujual kedia tu satu ketika dulu

    ReplyDelete
  31. Lihat pada gambarnya memang lebih cantik daripada Viva, tapi saya kurang minat pada kereta yang agak kecil dengan keluarga yang ramai. Susah nak balik kampung nanti. Apapun memang terbaik dalam kelasnya.

    ReplyDelete
  32. owh kereta baru daripada perodua. tahniah

    ReplyDelete
  33. boleh sangat untuk kereta pertama...

    ReplyDelete
  34. Menarik juga harga dia. Jenis paling rendah pun harga dia saing-saing Perodua Viva dulu. So, mungkin akan menjadi pilihan student or anak-anak muda yang baru bekerjaya.

    ReplyDelete
  35. Erm...mmg cm ikan paus la kan..hana xbrkenan bhgian depan tu.:P tp da sesetengah org kata.yg depan tu la buat axia smart

    ReplyDelete
  36. Ni kalau ada cash terus rembat Perodua Axia.

    ReplyDelete
  37. Memang rembat terus produa Axia.

    ReplyDelete
  38. ya, yang depan tu smart. lain orang lain tastenya. :D

    ReplyDelete
  39. jauh beza harga yang basic spec dengan full spec...aku cuma nak tengok persaingan nanti model ni dengan model kereta compact proton

    ReplyDelete
  40. Perodua ni dar segi kecekapan penjimatan minyak sememangnya cekap untuk setiap model.
    Dah boleh singgah kat showroom pedua la nampaknya lepas nih :)

    ReplyDelete
  41. Memang dah jatuh cinta ngan axia ni... Kancil belum habis bayar lagi..sabar je lah sampai next year.. Harap2 ada rezeki untuk beli axia nanti..Sye berkenan ngan depan axia se yg macam mitshubishi asx tu.. Memang menggoda.

    ReplyDelete
  42. INSYA ALLAH,ada rezeki dapat la merasa kereta Axia ni. hehe

    ReplyDelete
  43. Colour apa ya yg cantik? Sye pening kepala nak pilih samaada putih atau kuning.

    ReplyDelete
  44. Sangat suka Axia SE kaler kuning. Cantik sangat! :)

    ReplyDelete
  45. Ani ,,jom aa kita saing beli caler kuning tu...he he.. Warna merah sye belum jumpa lagi!,, tak sabor nak tengok kereta axia yg orang lain dah beli ada kat jalan raya.. belum jumpa lagi setakat hari ni... Semalam jumpa jurujual axia kat giant.,dia kata model standart E paling banyak tempahan ...6000 tempahan ..so klu order model yg tu 6bulan baru boleh dapat Kereta . ..kalau SE 1bulan lebih dah dapat Kereta.... Hmmm suzuki swift model terbaru thn 2014 memang lawor giler ...tapi mampu tengok je la...hu hu..

    ReplyDelete
  46. Warna putih dan silver pun smart juga kalau nak beli Axia ni. Tak sabar juga nak beli kereta ni. :D

    ReplyDelete
  47. Colour kuning pun smart juga tapi saya tak berapa suka ngan warna kuning. :D

    ReplyDelete
  48. apakah rahsia di sebalik harganya yg murah tu ye.. hmmm

    ReplyDelete
  49. Bersangka baik harga yang murah ini pun mampu milik.

    ReplyDelete
  50. suka tengok design axia ni, menarik

    ReplyDelete
  51. Dalam dia tak ada soket nak charge hp ke nak vacuum kereta dlm pun x boleh.soket kete axia tak ada..huhuhu sedih .

    ReplyDelete
  52. dekat setahun jgk sy pkai kereta axia(advance) ni,alhamdulillah smua ok je.mmg fuel saving car.mmg tk boleh dinafikan.hritu ulang alik rawang-cheras,dua bar je jatuh.mmg spacious seat depan ni.aircond cepat sejuk.just kdg2 frust jgk dgn front sensor ni ahaha,esp time jam la.nak disconnect pun blh je,prgi je perodua mana2,ckpla nk disconnect front sensor.As conclusion,mmg the best la axia ni,esp student macam sy

    ReplyDelete