√ UPSR Kenapa Boleh Bocor? - Adarain

UPSR Kenapa Boleh Bocor?

Dalam kes saya masa SPM dahulu pernah juga ada isu bocor soalan tapi berjaya di atasi serta diurusi dengan baik tanpa perlu mengulangi lagi peperiksaan buat kali kedua.

Kesian saya tengok dengan pelajar-pelajar 12 tahun yang megambil peperiksaan UPSR pada tahun ini kerana ditimpa dengan dugaan yang besar apabila terpaksa repeat semula peperiksaan gara-gara soalan bocor.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Sudahlah sepatutnya selepas peperiksaan mereka boleh MERDEKA dan bercuti seminggu bersama keluarga dengan tenang tanpa memikirkan masalah lain dan fokus pada kemasukan menengah pula namun lain jadinya pada tahun ini. Mungkin percutian atau segala aktiviti mungkin terpaksa dibatalkan gara-gara pengulangan peperiksaan. Bukan pelajar je yang tension ibu bapa pun berkerut dahi tentang masalah ni.

Perkara ini biasa berlaku tapi tak sangka tahun ini pula sampai mengulangi lagi peperiksaan kali kedua. Mesti ada kes sesetengah pihak yang mendedahkan tentang soalam UPSR 2014

Soalan Bocor Silap Guru?


Soalan bocor boleh jadi banyak sebab salah satunya mungkin pelajar menerima kertas peperiksaan subjek pada masa akan datang yang tercampur dengan kertas peperiksaan hari ini dan boleh jadi guru menghebahkan soalan bocor kepada pelajar.

Di mana silapnya.. LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia) sangat menegaskan soal integriti tapi soalan bocor juga,
siapa yang bocorkan soalan?
Sedar tak sedar jawapannya balik pada guru..
kenapa ada guru sanggup pecah amanah?
Sebab guru nak tolong murid berjaya..ala-ala robin hood.
sebab guru tak nak disalahkan bila result jatuh..
Sebab guru nak nama sekolah naik.
sebab guru nak ibu bapa bangga dengan pencapaian anak mereka.
sebab guru tuisyen nak naikkan nama pusat tuisyen mereka..
sebab guru tak nak kena marah dengan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah).
Kenapa PPD nak marah kalau result jatuh?
Sebab JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) marah kalau result naik..
sebab JPN malu kalau negeri mereka rangking bawah..
kenapa JPN kena marah dan malu?
sebab diperingkat kebangsaan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) ada buat ranking..
Kenapa KPM buat ranking?
Sebab...sebab itu buat kita buat PBS. tapi bila buat PBS cikgu dan ibu bapa kata macam mana nak tahu pencapaian anak-anak mereka sebab rangking dah tiada.

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dalam mencari dalang buat mereka yang mendedahkan soalan UPSR sehingga meng-upload kertas soalan UPSR dalam media sosial serta perkara seumpama ini tidak berulang kembali.

Get notifications from this blog

28 comments

  1. Sebabnya senang je iaitu ada hantu dalam LEMBAGA, seperti mana Lembaga Lebuhraya yang LPT tu tak siap-siap lagi, LEMBAGA ZAKAT yang ada duit berbillion2 tapi still ramai yg merempat.. LEMBAGA peperiksaan pun ada hantu juga kat dalam tu haa

    ReplyDelete
  2. Baru UPSR budak tu jauh lagi dia nk kena bjalan

    ReplyDelete
  3. haha
    sebab dan akibat sentiasa berkait dalam hidup kita
    dari dunia sampai akhirat

    ReplyDelete
  4. Kalau ikut prosedur sedia ada, cikgu tak ada excess ke kertas soalan. Memang betul cikgu yang buat soalan. Tapi ada satu panel yang memilih soalan-soalan tersebut. Lepas tu, bukan ada satu set je soalan yang ada, lebih dari 3 set paling kurang. Cikgu yang buat soalan pun tak tau mana satu soalan yang masuk, kat set mana soalan yang ada soalan yang dia buat.

    Masa printing pulak, dah bukan cikgu yang buat. Set soalan mana yang di print pun cikgu tak tau. susun pun bukan cikgu, masuk dalam seal pun bukan cikgu, hantar ke pusat peperiksaan pun bukan cikgu.

    Bila hari peperiksaan pulak, cikgu a.k.a pengawas peperiksaan nak bukak seal tu pun mesti di hadapan pelajar sekurang-kurangnya 15 orang. Kalau ada kesan bukaan pun dianggap kertas soalan tak valid.

    Tapi tu lah kan... Apa2 hal sekalipun, cikgu juga yang akan dipertanggungjawabkan. Cuai la, tak berintegriti la, bodoh la.. macam2 yang kita akan dengar nanti. Percayalah..

    Kesian kan dengan cikgu? :(

    ReplyDelete
  5. Harap lepas tiada lagi kebocoran soalan...kesian budak2

    ReplyDelete
  6. Yang membocorkan tu yang takde integriti. setakat UPSR je pun kenapa perlu begitu sekali si pelaku. Namun Hana yakin pasti ada hikmahnya. Allah nak tunjuk sesuatu pada kita. Ianya terjadi dengan izinNya. Stay positive.

    ReplyDelete
  7. Sabar ajela. Benda pon da jadi..

    ReplyDelete
  8. UPSR pun nak bocor.. kesian kpd calon UPSR ni sebab mereka masih muda & bersemangat utk menghadapi peperiksaan besar yg pertama dlm hidup mereka. Contoh yg tak baik buat mereka. Bukan dia org je yg susah.. mak bapak pun jadi susah juga hhmmm...

    ReplyDelete
  9. UPSR je kot...aduhai. Kesian tgk anak sedara, patutnya dah merdeka dah dia

    ReplyDelete
  10. kadang2 sebab nk tolong student... akhirnye menyusahkan student...

    ReplyDelete
  11. Kesian kepada mereka yg bersungguh sungguh study.. Kena study balik dah tentu tension.. Patutnya ada backup standby sekurang kurangnya 3set soalan supaya tak kelam kabut bila jadi kes sebegini..

    ReplyDelete
  12. Benda nak jadi, nak wat cam mana. so kena prepare untuk tahun depan.

    ReplyDelete
  13. kesian budak-budak tu kan, rasanya bocor membocor ni dah lama ada..

    ReplyDelete
  14. mungkin guru untuk menjaga nama baik sekolah biar citra sekolahnya tak buruk

    ReplyDelete
  15. Yang menjual soalan tu amat tak senonoh. Dan yang membeli soalan tu lagi amat tak senonoh. UPSR je pun huhuhu

    ReplyDelete
  16. hapuskan terus sistem peperiksaan seperti ini..guna cara lain untuk nilai prestasi pelajar

    ReplyDelete
  17. macam tak berbaloi je bocorkan soalan UPSR hahaha. Bocorla yang gempak2 sikit.. adoi..
    Ade member cite, soalan bocor sampai dkat guru besar skolah die, guru besar tu pulak kumpul murid2 setempat bagi jawapan haha.. klakor :D

    ReplyDelete
  18. sabar dan tabah ini ujian untuk anak-anak yang sebahagian kecil dalam kehidupan.ibu bapa berikan sokongan dekat mereka tanpa henti ya :)

    ReplyDelete
  19. Isu soalan bocor ni dah lama, isu kantoi soalan bocor ni perkara baru dalam sejarah

    ReplyDelete
  20. kesian lah kat cikgu-cikgu cam gua nih. haha..

    ReplyDelete
  21. Sis 200% setuju dengan apa yg cikgu hairul katakan tu . Balik2 semua hentam cikgu. Murid tak pandai pun sebab cikgu,mak bapa tak dapat KWAMP pun salah cikgu. Murid bawa cd lucah ke sekolah pun salah cikgu .... habis kat mana yang betulnya atau baiknya pada cikgu. Satu yg orang kita mungkin lupa, bab mengenal huruf membaca mengeja dan menyusun kata tu kemahirannya datang dari mana...alahai malangnya cikgu huhu

    ReplyDelete
  22. adoi, bdk2 pun dah stress nih... tapi kalau ambil positif, ada byk masa study lagi.

    ReplyDelete
  23. Harap kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Kesian dekat pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

    ReplyDelete
  24. Memang stress dibuatnya kalao macam ni. Ambil positif saja.

    ReplyDelete
  25. kesian kat pelajar,mak ayah dan cikgu2...upsr aje pun kena repeat

    ReplyDelete
  26. Memang kesian dengan budak-budak ni. Tapi benda dah jadikan.

    ReplyDelete