√ Review Movie The Maze Runner - Adarain

Review Movie The Maze Runner

Kali ini tengok movie di Plaza Metro Kajang dan dewan yang disediakan hanyalah dua (2) sahaja. Maka pilihan movie juga adalah terhad. Walaupun ada dua (2) sahaja tapi dalam dewan tersebut memang besar seperti dewan pawagam yang lain. So, pilihan movie kali ini adalah The Maze Runner.



Sinopsis The Maze Runner


Filem ini mengisahkan sekumpulan yang terperangkap dalam bulatan pagar (Maze) yang penuh perangkap. Muncul hero bernama Thomas yang telah dihantar oleh pihak yang tidak diketahui namun Thomas tidak ingat tentang perkara lepas begitu juga dengan sekumpulan yang lain apabila dihantar di dalam bulatan namun hanya mengingati namanya sahaja.


Thomas mempuyai perasaan curious dan keberanian yang kuat di mana cuba ingin mengetahui di sebalik apa yang berlaku di luar. Untuk itu Thomas harus dipilih menjadi pelari terpantas untuk memasuki perangkap bagi mengetahui jalan keluar  dengan persetujuan ketua kumpulan.


Review Movie The Maze Runner


Pada waktu malam Thomas bersama rakan terperangkap dalam pagar dan tidak berjaya ke Glade (nama tempat sekumpulan menyelamatkan diri). Bagi mereka yang tidak berjaya melepaskan diri sebelum pagar ditutup pada waktu malam pasti akan mati namun Thomas bersama rakan selamat dan bertahan sehingga pagi malah telah berjaya membunuh raksasa yang diberi nama Grieve serta mengambil alat dalam raksasa tersebut di mana dapat membantu mereka mencari jalan keluar. Setelah waktu pagi menjelang, pagar akan terbuka dan mereka berjaya keluar dengan selamat.


Review Movie The Maze Runner


Dalam masa 3 hari sahaja Thomas telah menemui jalan keluar berbanding yang lain yang terperangkap hampir 3 tahun namun tidak berjaya menemui jalan keluar.


Setelah menemui jalan keluar dari perangkap ada sahaja halangan hasrat Thomas bersama rakan-rakan yang lain untuk keluar dari perangkap. Apakah halangan tersebut? Berjaya ke Thomas n the geng keluar dari pagar bulatan penuh perangkap? So, kena tengok sendiri.



Review Movie The Maze Runner


Movie ini berdurasi 2 jam untuk habis dan diambil dari kisah novel yang mendapat jualan tertinggi. Mula-mula je ditayangkan terus thomas muncul di hadapan sekumpulan melalui lif di Glade. Sikit demi sikit baru korang akan faham tentang jalan cerita movie ni dan kenapa Thomas di hantar dalam bulatan pagar perangkap.


Review Movie The Maze Runner


Babak paling menarik apabila mereka cuba melepaskan diri dari pagar perangkap dan melawan raksasa dalam pagar perangkap pada waktu malam.


Penghujung movie ini korang akan tahu kenapa mereka semua di hantar ke dalam pagar perangkap dan semuanya dilakukan atas tujuan yang baik demi menyelamatkan bumi. Rasa macam ada sambungan


Auramen Turbo Collagen Formula khas untuk Lelaki


So far, movie ini memang berbaloi kalau nak pergi tengok sebab movie ini memang best dan penuh suspend. 3.8/5 bintang diberikan untuk movie The Maze Runner sebab terhibur. :D


Get notifications from this blog

53 comments

  1. trailer dia sangat menarik.. tapi den lebih nak tengok ctr purge anarchy

    ReplyDelete
  2. Kira maze ni ada di bumi la ye? Ke ada kat dimensi lain, atau planet lain?

    ReplyDelete
  3. Tengok trailer macam best, dengan riview ini lagi teruja nak tengok

    ReplyDelete
  4. makin terasa nak tgok cite ni...trailer dlm youtube pun menarik...review pun org ckp best !!

    ReplyDelete
  5. cerita seram ke ni, bro?
    aku ni selalunya tak suka kisah seram

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang mcm hunger games sikit. Mesti lepas ni ada episode 2 kan

    ReplyDelete
  7. ala.. cite jela kasi habes heehehe

    ReplyDelete
  8. review ini juga ada unsur saspen..

    ReplyDelete
  9. saya belum ada peluang lagi..macam best je..

    ReplyDelete
  10. kalau dapat main game ini secara realiti mesti best tapi nagis punya

    ReplyDelete
  11. best kalau dapat tonton movie ni di wayang barulah feel, kalau kat umah takdelah nak feel

    ReplyDelete
  12. Memang kena tengok kat wayang baru ada feel. hehe

    ReplyDelete
  13. Kalo real ni memang nak menangis tu memang ada, kena tabah la hadapi raksasa. hahaha

    ReplyDelete
  14. Haha, nak full punya kena tengok sendiri baru seronok, kalau cerita semua jadi tak seronoklah. hehehe

    ReplyDelete
  15. aah, sedikit lebih kurang sama tapi tetap menarik. Rasa memang kompom ada yang kedua.

    ReplyDelete
  16. cerita ni takde seram sangat tapi agak mengejut tu adalah. hahaha

    ReplyDelete
  17. tgk jangan tak tengok. memang best cerita ni

    ReplyDelete
  18. Kirenya Thomas ni HERO dalam cerita ni la ye?

    ReplyDelete
  19. Ya kalau diikutkan untuk first movie ni :D

    ReplyDelete
  20. wajib tengok. hana tengok gambar pun dah best tu blum tengok movie ni lagi.ehe

    ReplyDelete
  21. macam menarik je ni....
    nak tengok je rasanya

    ReplyDelete
  22. Menarik.. baca sinopsis pun rasa teruja nak gi tengok citer ni..

    ReplyDelete
  23. NAK BACA PREVIEW PON MALAS.. SEBAB APE? SEBAB SAYA DAH LAMA TAK TENGOK WAYANG.. MOPVIE DALAM ASTRO PON JARANG NAK LAYAN...

    ReplyDelete
  24. ini film kayana hebat ,sudah ga sabar pingin nonton

    ReplyDelete
  25. flm laga action itu film yang sangat luar biasa...

    ReplyDelete
  26. Menarik jalan cerita The Maza Runner ni..rasa nak tengok nanti..

    ReplyDelete
  27. Terasa mahu tengok juga tapi belum berkesempatan

    ReplyDelete
  28. dah tengok.

    demm..ada sambungan la plakk. grrr

    ReplyDelete
  29. mcm best lah citer nih..mlmni nk gi tgk..

    ReplyDelete
  30. Dah ramai yg cakap movie ni best..malangnya kat kelantan ni tak de cinema.. kena tunggu ada tukang upload dan tengok cara pirate lah nampaknya huehue

    ReplyDelete
  31. Cerita ni mesti lebih kurang Hunger Game.

    ReplyDelete
  32. Salam Hormat.

    The Maze Runner nih memang best.
    Kat IMDB pun rating tinggi.
    Rugi kalau tak layan ;)

    ReplyDelete
  33. 3.75 per berapa? Kalo terhibur ngape bagi sikit sgt bintang. Kedekut markah awk ni. Hhehehe. Gurau je ye.
    Real betul maze tu. Macam betul2 lost kalo tercampak dlm tu.

    ReplyDelete
  34. Macam best je movie ni, nanti lah ajak encik hasben pegi. Tq for the review (mode : tak sabar nak tengok wayang sebab dah bertahun tak pegi huhu )

    ReplyDelete
  35. Best movie ni tapi bersambungla. hehe

    ReplyDelete
  36. 3.75/5 bintang kak. hehhe. Memang menakutkan kalau macam ni.

    ReplyDelete
  37. kan. Memang sangat best. lagpun jalan cerita memang menarik

    ReplyDelete
  38. Sikit lebih kurang sama tapi boleh layan lagi. hehe

    ReplyDelete
  39. Kena tunggu download la.hehe paling lama pun 2 bulan.

    ReplyDelete
  40. Dah lama tak tengok wayang *sigh* :(

    ReplyDelete
  41. Ada masa terluang, bolehlah pergi nanti. hehe

    ReplyDelete
  42. Huhu..belum tengok lagi citer ni...sinopsis bro cerita ni macam sedap aje...

    ReplyDelete
  43. Dah tengok.... boleh tahan la. Tapi rasa macam mereka ni duduk dalam dunia khayalan je, sebab memang tak logik maze tu ada kat padang pasir, tapi dalam maze tu sejuk je

    ReplyDelete
  44. aah, biasa lah filem fantasi benda tak logik pun jadi.haha

    ReplyDelete
  45. Nurul Fazreen Othman7 October 2014 at 02:10

    cite ni mmg best..tak sabar nk tggu sambungan dia Phase 2

    ReplyDelete
  46. film sangat menarik dan menegangkan saya telah menengoknya...

    ReplyDelete