√ Review Buku Fixi : Gelap dan Gantung - Adarain

Review Buku Fixi : Gelap dan Gantung

Dah lama tak baca buku sejak habis belajar sebab kalau sebelum ni boleh kata selalu juga baca buku dan aku suka dengan buku keluaran KRU kalau tidak silap tajuk ialah Badang dan banyak lagi.


Tetiba kali ini, rasa membuak untuk membaca buku sekali lagi dan kali ini lebih tertarik dengan rekaan kulit buku keluaran Fixi dengan tajuk satu perkataan sahaja kebanyakkannya.



Tentang Buku Fixi


Buku Fixi ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ … untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran kami ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan.


TAHNIAH! juga diucapkan kepada buku Fixi kerana menang anugerah Pesta Buku Antarabangsa London kerana mencapai reputasi yang luar biasa dalam masa yang singkat termasuk merebut penulis besar untuk senarai terjemahannya.



Review buku Fixi - Gelap


[caption id="attachment_2990" align="aligncenter" width="700"]Review Buku Fixi : Gelap dan Gantung Buku terbaru Fixi - Gelap[/caption]

Secara keseluruhan, aku suka dengan imaginasi dan penulisan gaya Ariff Adly kerana jalan cerita sangat menarik dan mengingatkan aku tentang movie The Saw yang sangat mengerikan. Baca buku ni boleh kata menakutkan dan juga agak mengerikan. Bayangkan orang yang penuh dendam hanya kerana kesalahan pada masa lalu dengan melakukan seksaan yang menayakitkan seperti contoh menebuk lubang pada lidah dan sebagainya. Ending ni memang gila. Memang sangat GILA sebab apa gila korang kena baca sendiri.



Review buku Fixi - Gantung


[caption id="attachment_2991" align="aligncenter" width="700"]Review Buku Fixi : Gelap dan Gantung Buku Fixi ; Gantung[/caption]

Gantung hasil tulisan Nadia Khan memang sangat menarik dengan kisah hantunya bersama rakan-rakan yang lain. Baca buku ini kena 'bebas' sedikit kerana tiada unsur agama yang diterapkan maklumlah hasil ciptaan imaginasi sendiri penulis.


Korang kena baca buku ini sebab cerita ni berkisarkan tentang friendship yang berkaitan dengan kisah lalu dan masa depan. Ada 2 jalan cerita yang bercerita di mana akan bertembung dalam bab yang terakhir nanti. Yang tak menahannya pada last bab boleh pula road trip dengan hantu. Biasalah dunia imaginasi memang mengarut but the most important terhibur gila.



Kesimpulan tentang Buku Fixi


Tak sia-sia aku beli buku Fixi sebab jalan cerita memang terbaik dan lain dari yang lain kalau nak dibandingkan dengan buku-buku lain yang berada di pasaran. Gaya bahasa pula memang sempoi sesuai dengan gaya bahasa ramaja zaman sekarang. Harga pula memang mampu milik dan lagi murah kalau beli terus dengan http://fixi.com.my/

Get notifications from this blog

20 comments

  1. Wah...2 tajuk buku ni saya suka,nanti bolehlah angkat sekali

    ReplyDelete
  2. angkat jangan tak beli. hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah bro..minat untuk membaca buku...sudah kembali

    ReplyDelete
  4. Yeah, banakkan membaca, membuka minda. :)

    ReplyDelete
  5. haham bolehla, kalau tgh bosan memang kompom baca

    ReplyDelete
  6. Tak pernah kecewa dgn Buku Fixi. Dulu wajibkan diri beli sebiji...at least. CUma lately takdak masa nak beli dan baca. Maybe next week kena terjah mph as usual cari buku fixi :D

    ReplyDelete
  7. okeh.

    leh beli gak nanti. hoho

    ReplyDelete
  8. wah dah lama x beli buku..nak kena beli nih..

    ReplyDelete
  9. Kat facebook pun ramai orang upload pic buku gelap tu. Berapa 1?

    ReplyDelete
  10. Menarik.. boleh cari juga ni nanti. Thanks sharing Bahrain.. :)

    ReplyDelete
  11. sangta menarik jalan cerita nya

    ReplyDelete
  12. hmm den kureng la novel-novel ni, mungkin sebab kureng daya imaginasi bila baca buku macm ni

    ReplyDelete
  13. hahaa atau mungkin jadi sebab faktor umur. :D

    ReplyDelete
  14. kalau lihat sampulnya seperti seram

    ReplyDelete
  15. iya, nampak menyeramkan dan terasa ingin mengetahui isinya.

    ReplyDelete
  16. Saya juga tak akan baca buku -buku horor semacam itu karena takut

    ReplyDelete
  17. pasti bagus tuh bukunya jadi pengen baca

    ReplyDelete