Sampai Bila Nak Menipu Dalam Dunia Maya?
Kes tipu dalam dunia maya memang tak pernah berkesudahan sehingga mengaut keuntungan beribu-ribu dengan cara kotor. Kes ini walaupun sudah lama berlaku tetapi perkara ini sangat membimbangkan kerana statistik kes penipuan dalam dunia maya semakin tinggi setiap tahun.
Baru-baru ini sahaja kes penipuan yang telah menggunakan nama besar Ustaz Mohd Kazim Elias telah menggemparkan satu Malaysia kerana dikatakan bakal menganjurkan program KEMBARA RAIKAN JODOH dalam pelayaran Star Cruise pada Februari 2015. Sedangkan program ini telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh Ustaz Mohd Kazim Elias serta mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada pihak polis.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Siapa Penipu Tersebut?
Penipu tersebut memang sangat terkenal dikalangan blogger bukan kerana peramahnya tetapi taktik kotor penipuannya yang sehingga sekarang masih lagi giat aktif dalam aktivitinya.
Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang - Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.
Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Cheeza Maz, Isabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. sangat licik dalam mencari mangsa dengan gambar profile yang cantik, menawan dan menggiurkan serta kata-kata yang sungguh memikat.
Aktiviti penipuan yang pernah dilakukan ialah Pelaburan Cheez Maz, Menjana Pendapatan melalui pengurusan e-mail dan sebagainya.
Pelbagai cara telah dibuat dengan mengumpul bukti-bukti penipuannya serta membuat laporan kepada polis namun aktiviti Lavendar mummy yang sangat licik masih lagi aktif sehingga sekarang. Difahamkan, Lavendar mummy pernah ditangkap polis tetapi berjaya dibebaskan kerana dikatakan tidak mempunyai bukti yang tidak kukuh
Sampai Bila Nak Menipu?
Itu baru Lavendar Mummy belum lagi si penipu alam maya yang lain. Kadang-kadang terfikir sampai bila nak menipu? Janganlah sampai terkantoi baru nak menyesal.
Bukan apa, lihat sahaja si peragut yang telah ditangkap sendiri oleh orang awam, adakah mereka sekadar menangkap peragut sahaja? Tidak! Orang awam akan memukul si peragut bagi melepaskan amarah sehinggalah si peragut berdarah lalu pengsan barulah diserahkan kepada pihak polis.
Undang-undang yang dikenakan pula bukan sahaja dipenjara malah dikenakan bayaran denda yang mungkin beribu-ribu ringgit. Persoalannya, adakah mereka yang melakukan penipuan di alam maya ni sanggup berada di penjara serta mampu membayar denda?
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tak hari ini, tak besok, mungkin suatu hari kebenaran pasti muncul.
Sila Periksa dengan Teliti
Kepada mereka yang ingin membeli secara online atau terdapat mana-mana perkhidmatan yang mampu menjana pendapatan silalah periksa dengan teliti barang dan perkhidmatan dengan teliti. Periksa latar belakang organisasi, SSM, testimoni, bukti jual beli yang merangkumi ke semuanya. Jangan terperangkap dengan hanya kata-kata manis sang penipu. Jadilah pembeli dan pengguna yang BIJAK!
Get notifications from this blog
banyak betul nama samaran die.. akal panjang (penipu) xpadan dgn tuan..
ReplyDeleteUih.. Ingatkan ni baru pertama kali dia buat, rupanya da banyak kes. Mujur takde yang menjadi mangsa.
ReplyDeleteSmoga Allah bg hidayah pada Dia. Dan jauhkan kita dari penipu2 alam maya nie sbb sy slalu shopping online je. Huhu
ReplyDeletesmoga lekas sadar ntu orang (penipu) n tak nipu lagi
ReplyDeleteTak sangka sampai sanggup guna nama ustaz Kazim yang femes tu. Haruslah senang kantoi. Semogalah insaf. Kalau dia baik tu, mesti dah jadi blogger hebat betul tu.. berbakat...
ReplyDeleteSerius isu sebenranya...Blog Lavender mummy tu memang banyak kes penipuan sebelum nikan..tak serik-serik ya...
ReplyDeleteBaca juga kisahnya di Blog Denaihati....tapi sepandai2 tupai melompat, akhirnya ketanah juga. Semoga beliau insaf dan kembali ke pangkal jalan...
ReplyDeleteKisah begini bagus diceritakan supaya org lain hati hati. Terima kasih krn Share
ReplyDeleterajin betul makcik kecik tu menippu ehh..
ReplyDeleteTerbaca pasal ni kat blog Denaihati. Tak terfikir pun ada jugak blogger penipu macam ni.
ReplyDeleteTaktik untuk menipu orang dengan menggunakan nama samaran berlainan. hmm
ReplyDeleteKuat menipu mana puas dengan duit yang ada.. ada je aktiviti yang lain dengan cara kotor.
ReplyDeleteAMIN~
ReplyDeleteDah dipenjara baru sedar agaknya.
ReplyDeleteBukan main berani guna nama Ustaz kazim, selepas ni siapa pula mangsa seterusnya.
ReplyDeleteMemang tak pernah serik.
ReplyDeleteTak padan dengan badannya. hahaha
ReplyDeleteBila banyak kali berlatih menipu, dia akan semakin cekap menipu, makin lama makin cekap... itulah kelebihan manusia, tapi lebih bahaya orang menipu kena tangkap, lepas menipu lagi kena tangkap lagi... dia akan cekap melepaskan diri dari kena tangkap selepas menipu!
ReplyDeleteminah ni memang terer betul dan sgt rajin serta pandai mencari idea untuk menipu
ReplyDeleteapa kita buat kita akan dapat balasannya nanti.tak kira perkara yang baik atau buruk
ReplyDeleteish-ish. Jahat sungguh :(
ReplyDeleteEmm tak bagus tau menipu..tak apa..tuhan tak nak tunjukkan lagi tu..biarkan dia selesa dengan tipu helah tersebut..yup..jangan sampai kantoi..dan bila dah kantoi...memang patah riuk la dikerjakan..
ReplyDeletekalau orang dah biasa menipu ni memang dah tak rasa berdosa kalau diulangi penipuannya tu, sampai satu masa Allah jatuhkan hukum, waktu tu kalau sempat bertaubat kira bonuslah
ReplyDeleteorang sekarang ni nak carik duit dengan jalan mudah je.
ReplyDeletetak berkat rezeki.
orang yg camni report je polis ramai2..huhu
Semoga dia mendapat pengajaran yang setimpal.
ReplyDeletehati dah terlalu gelap sampai dah tak takut.
ReplyDeletememang sampai bila takkan berkat.
ReplyDeleteAllahu, takutnya kalau terjadi begini pd diri sendiri :(
ReplyDeleteSepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..semoga Allah beri hidayah dan buka pintu hati dia untuk bertaubat
ReplyDeletebetul masih lemah tuh media
ReplyDeleteentah bila la mereka2 yang KAKI MENIPU ni nak insaf...kerja menipu orang je...aihhh...
ReplyDeleteseram betul bila fikirkan tipu menipu dalam dunia maya ni. in future susah nak dapatkan yang genuine
ReplyDeletebahaya betul LM ni.Tak serik lagi nampaknya.
ReplyDeleteLicik betul tak padan dengan kecik .
sekarang ni dah senyap pasal isu dia ni tak tahu sama ada masih bebas atau sudah kena tangkap.
ReplyDeletekalau yang menipu2 ni dapat apa sebenar ada income ke? huhu ke utk populariti
ReplyDeleteMudah-mudahn kali ini lavender mummy akan betul-betul mendapatkan hukuman.
ReplyDelete