√ Sampai Bila Nak Menipu Dalam Dunia Maya? - Adarain

Sampai Bila Nak Menipu Dalam Dunia Maya?

Kes tipu dalam dunia maya memang tak pernah berkesudahan sehingga mengaut keuntungan beribu-ribu dengan cara kotor. Kes ini walaupun sudah lama berlaku tetapi perkara ini sangat membimbangkan kerana statistik kes penipuan dalam dunia maya semakin tinggi setiap tahun.

Baru-baru ini sahaja kes penipuan yang telah menggunakan nama besar Ustaz Mohd Kazim Elias telah menggemparkan satu Malaysia kerana dikatakan bakal menganjurkan program KEMBARA RAIKAN JODOH dalam pelayaran Star Cruise pada Februari 2015. Sedangkan program ini telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh Ustaz Mohd Kazim Elias serta mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Begitu terdesaknya si penipu sehingga sanggup menggunakan nama besar yang terkenal dalam dunia dakwah demi mengaut keuntungan dengan berskala besar.

Siapa Penipu Tersebut?

Penipu tersebut memang sangat terkenal dikalangan blogger bukan kerana peramahnya tetapi taktik kotor penipuannya yang sehingga sekarang masih lagi giat aktif dalam aktivitinya.

Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang - Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.

Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Cheeza Maz, Isabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. sangat licik dalam mencari mangsa dengan gambar profile yang cantik, menawan dan menggiurkan serta kata-kata yang sungguh memikat.

Aktiviti penipuan yang pernah dilakukan ialah Pelaburan Cheez Maz, Menjana Pendapatan melalui pengurusan e-mail dan sebagainya.

Pelbagai cara telah dibuat dengan mengumpul bukti-bukti penipuannya serta membuat laporan kepada polis namun aktiviti Lavendar mummy yang sangat licik masih lagi aktif sehingga sekarang. Difahamkan, Lavendar mummy pernah ditangkap polis tetapi berjaya dibebaskan kerana dikatakan tidak mempunyai bukti yang tidak kukuh

Sampai Bila Nak Menipu?


Itu baru Lavendar Mummy belum lagi si penipu alam maya yang lain. Kadang-kadang terfikir sampai bila nak menipu? Janganlah sampai terkantoi baru nak menyesal.

Bukan apa, lihat sahaja si peragut yang telah ditangkap sendiri oleh orang awam, adakah mereka sekadar menangkap peragut sahaja? Tidak! Orang awam akan memukul si peragut bagi melepaskan amarah sehinggalah si peragut berdarah lalu pengsan barulah diserahkan kepada pihak polis.

Undang-undang yang dikenakan pula bukan sahaja dipenjara malah dikenakan bayaran denda yang mungkin beribu-ribu ringgit. Persoalannya, adakah mereka yang melakukan penipuan di alam maya ni sanggup berada di penjara serta mampu membayar denda?

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tak hari ini, tak besok, mungkin suatu hari kebenaran pasti muncul.

Sila Periksa dengan Teliti


Kepada mereka yang ingin membeli secara online atau terdapat mana-mana perkhidmatan yang mampu menjana pendapatan silalah periksa dengan teliti barang dan perkhidmatan dengan teliti. Periksa latar belakang organisasi, SSM, testimoni, bukti jual beli yang merangkumi ke semuanya.  Jangan terperangkap dengan hanya kata-kata manis sang penipu. Jadilah pembeli dan pengguna yang BIJAK!

Get notifications from this blog

36 comments

  1. banyak betul nama samaran die.. akal panjang (penipu) xpadan dgn tuan..

    ReplyDelete
  2. Uih.. Ingatkan ni baru pertama kali dia buat, rupanya da banyak kes. Mujur takde yang menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  3. Smoga Allah bg hidayah pada Dia. Dan jauhkan kita dari penipu2 alam maya nie sbb sy slalu shopping online je. Huhu

    ReplyDelete
  4. smoga lekas sadar ntu orang (penipu) n tak nipu lagi

    ReplyDelete
  5. Tak sangka sampai sanggup guna nama ustaz Kazim yang femes tu. Haruslah senang kantoi. Semogalah insaf. Kalau dia baik tu, mesti dah jadi blogger hebat betul tu.. berbakat...

    ReplyDelete
  6. Serius isu sebenranya...Blog Lavender mummy tu memang banyak kes penipuan sebelum nikan..tak serik-serik ya...

    ReplyDelete
  7. Baca juga kisahnya di Blog Denaihati....tapi sepandai2 tupai melompat, akhirnya ketanah juga. Semoga beliau insaf dan kembali ke pangkal jalan...

    ReplyDelete
  8. Kisah begini bagus diceritakan supaya org lain hati hati. Terima kasih krn Share

    ReplyDelete
  9. rajin betul makcik kecik tu menippu ehh..

    ReplyDelete
  10. Terbaca pasal ni kat blog Denaihati. Tak terfikir pun ada jugak blogger penipu macam ni.

    ReplyDelete
  11. Taktik untuk menipu orang dengan menggunakan nama samaran berlainan. hmm

    ReplyDelete
  12. Kuat menipu mana puas dengan duit yang ada.. ada je aktiviti yang lain dengan cara kotor.

    ReplyDelete
  13. Dah dipenjara baru sedar agaknya.

    ReplyDelete
  14. Bukan main berani guna nama Ustaz kazim, selepas ni siapa pula mangsa seterusnya.

    ReplyDelete
  15. Tak padan dengan badannya. hahaha

    ReplyDelete
  16. Bila banyak kali berlatih menipu, dia akan semakin cekap menipu, makin lama makin cekap... itulah kelebihan manusia, tapi lebih bahaya orang menipu kena tangkap, lepas menipu lagi kena tangkap lagi... dia akan cekap melepaskan diri dari kena tangkap selepas menipu!

    ReplyDelete
  17. minah ni memang terer betul dan sgt rajin serta pandai mencari idea untuk menipu

    ReplyDelete
  18. apa kita buat kita akan dapat balasannya nanti.tak kira perkara yang baik atau buruk

    ReplyDelete
  19. Emm tak bagus tau menipu..tak apa..tuhan tak nak tunjukkan lagi tu..biarkan dia selesa dengan tipu helah tersebut..yup..jangan sampai kantoi..dan bila dah kantoi...memang patah riuk la dikerjakan..

    ReplyDelete
  20. kalau orang dah biasa menipu ni memang dah tak rasa berdosa kalau diulangi penipuannya tu, sampai satu masa Allah jatuhkan hukum, waktu tu kalau sempat bertaubat kira bonuslah

    ReplyDelete
  21. orang sekarang ni nak carik duit dengan jalan mudah je.
    tak berkat rezeki.
    orang yg camni report je polis ramai2..huhu

    ReplyDelete
  22. Semoga dia mendapat pengajaran yang setimpal.

    ReplyDelete
  23. hati dah terlalu gelap sampai dah tak takut.

    ReplyDelete
  24. memang sampai bila takkan berkat.

    ReplyDelete
  25. Allahu, takutnya kalau terjadi begini pd diri sendiri :(

    ReplyDelete
  26. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..semoga Allah beri hidayah dan buka pintu hati dia untuk bertaubat

    ReplyDelete
  27. entah bila la mereka2 yang KAKI MENIPU ni nak insaf...kerja menipu orang je...aihhh...

    ReplyDelete
  28. seram betul bila fikirkan tipu menipu dalam dunia maya ni. in future susah nak dapatkan yang genuine

    ReplyDelete
  29. bahaya betul LM ni.Tak serik lagi nampaknya.
    Licik betul tak padan dengan kecik .

    ReplyDelete
  30. sekarang ni dah senyap pasal isu dia ni tak tahu sama ada masih bebas atau sudah kena tangkap.

    ReplyDelete
  31. kalau yang menipu2 ni dapat apa sebenar ada income ke? huhu ke utk populariti

    ReplyDelete
  32. Mudah-mudahn kali ini lavender mummy akan betul-betul mendapatkan hukuman.

    ReplyDelete