Beberapa hari yang lepas, Whatsapp telah mengemaskini di mana mewujudkan tick berwarna biru yang bermaksud penerima mesej sudah melihat mesej yang telah dihantar kepadanya. Pengguna juga mempunyai pilihan sama ada untuk on atau off tick biru yang menjadi fenoma pada pengguna.
Telegram Berwajah Baru
Tidak ketinggalan juga pada aplikasi Telegram 2.0 yang telah dikemaskini tetapi tidak pada tick biru seperti whatsapp. Telegram kini berwajah baru dengan lebih segar seiring dengan kemaskini android 5 lolipop dan juga telah disesuaikan dengan 4.x begitu juga dengan android 2.x
Wajah baru aplikasi ini dilihat mempunyai sedikit persamaan Gmail seperti pic profile yang bulat dan berhuruf bagi pengguna yang tidak meletakkan gambar. Bagi pengguna yang mempunyai akaun Gmail pasti akan perasan dengan persaman ini.
Wajah baru aplikasi ini mendapat banyak reaksi yang positif dari pengguna yang kini sudah mencecah 10 juta pengguna.
Wajah Baru Telegram
Berikut adalah beberapa paparan material design Tele.
design pertama |
Walaupun sudah bertukar wajah namun kelajuan tetap pantas seperti sebelumnya. Juga ditambah pembaharuan pada carian secara menyeluruh bukan sahaja pada bahagian contact malah mesej-mesej lama juga mampu dicari dengan pantas tanpa perlu scroll ke bawah untuk mencari mesej terdahulu.
design kedua |
Jika whatsapp menyediakan feature Who can see your Last Seen time control, Tele juga tidak ketinggalam menambah feature privasi tersebut pada penggunanya.
Secara keseluruhan Tentang Telegram
Aplikasi ini walaupun dari segi jumlah penggunaan masih tidak mampu menandingi aplikasi Whatsapp namun dari segi prestasi Telegram mendahului whatsapp dengan kelajuan yang pantas dan keselamatan yang ketat kepada pengguna.
Aplikasi ini baru sahaja dilancarkan pada tahun 2013 serta mampu menyaingi messengger yang lain dan dilihat semakin ramai yang menggunakan aplikasi ini terutamanya pengguna yang berurusan dalam perniagaan.
Aplikasi ini bukan sahaja boleh download pada Smartphone malah pada laptop juga boleh didownload yang memudahkan pengguna untuk berurusan dengan lancar tanpa terhad pada smartphone sahaja.
Bagi mereka yang belum download aplikasi ini silalah download serta alami perbezaannya sendiri dan bandingkan dengan whatsapp. Dijamin terpikat dengan aplikasi ini.
29 Comments
Saya ni memang agak ketinggalan.. Akaun Telegram pun tak ada.. Akau twitter tak ada.. Akaun Whatsapp tak ada.. Yang ada cuma blog dan facebook... huhuhu
setuju. telegram sangat best sebab laju dan interface dia nampak smart walau simple :)
Ada telegram tapi tak digunakan, begitu juga whatssup... Xsuka nak belek msge yg asyik2 masuk jer. Namun saya lebih suka aplikasi T dr W.
bagus telegram ni cuma org kita dah terbiasa guna whatsapp dan memang dah ramai yg guna whatsapp...so malas nak tukar.
BELOM BERKESEMPATAN NAK DOWNLOAD TELEGRAM..
Akak jugak yg masih tak install telegram. Sbb henfon storagenya kecik. Kena tukar henfon baru dulu la.
Baru je install telegram. Tak tau mana lama mana baru. ;)
Baru mula Pakai telegram jadi tak berapa tau featuresnya. Download sebab nak communicate dengan team Shaklee yang ramai :)
Aku baru kenal wechat dgn wassap.
Pon masih terkial2 lgi ni..
maklumlahh..noob habis bab henset mahal nii..
telegram ni memang cool gak..
kat opis ni memang guna untuk berhubung antara satu sama lain
whatssup pun x berapa guna , lagi la telegram ...
Kena beli Smartphone baru tahu manfaat whatsapp/telegram. :D
Ramai yang kata best so mungkin boleh mengatasi Whatsapp cuma ambil masa sbb tak ramai yang tahu
hehe, dah download mesti dah update yang terbaru tak sempat tengok design lama.
Sesuai untuk community yang ramai lebih dari 100 members
Lama dah tak buka telegram. Sebab dulu mula2 pakai laju je. Siap boleh lawan whatssap tapi bila lama-lama pakai rasa macam berat lah pulak. Yang berwajah baru ni laju ke?
Whatsapp pun jarang guna ni, tu yang tak install telegram ni ;D hehe
So far pakai Telegram dari dulu laju walaupun sekarang dah berwajah baru.
Cer try. hahaha
saya tak pernah guna telegram nih...
aku memang guna aplikasi ni
memudahkan segala urusan kerja
bagaimana cara kerjanya tuh saya tak pernah pakai kaya tu
Beragam fitur akan semakin memudahkan para pengguna
Agak cun jugak la interface baru nie. Tp x ramai yang pakai telegram.
[…] Telegram Berwajah Baru […]
dengan banyaknya fitur yang tersedia maka kita akan sangat mudah untuk menggunakannya
salam sehat luar biasa
sangat bermanfaat
yeah! semakin memudahkan urusan mengedit gambar.