√ Big Hero 6 Dengan Aksi Lucu Baymax - Adarain

Big Hero 6 Dengan Aksi Lucu Baymax

Selepas tengok Interstellar, kali ini aku bersama rakan nak tengok pula Big Hero 6 yang mendapat rating 8.4/10 dari IMDd. Tiket online yang ada pada pukul 12.40 am maka kami pilih tiket pada waktu tu walaupun dah lewat malam.



Sinopsis Movie Big Hero 6


Hiro yang seorang yang sangat genius seringkali melibatkan diri dalam permainan haram antara robot. Abangnya Tadashi tidak senang dengan aktiviti adiknya Hiro lalu membawa adiknya ke sekolah khas dalam robot walaupun tahu bahawa adiknya tidak suka dengan keadaan sekolahnya.




[caption id="attachment_3104" align="aligncenter" width="700"]Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax sumber gambar dari google.com[/caption]

Dengan secara tidak semene-mena, Hiro tertarik untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari situ Hiro cuba berusaha mencipta satu robot di mana syarat kemasukan sekolah ialah perlu menyertai pertandingan mencipta robot bagi melayakkan diri ke sekolah tersebut.


Namun, tidak disangka selepas Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut, berlaku kejadian yang tidak diingin iaitu dewan pameran yang berhampiran dengan sekolah tersebut telah terbakar dan abangnya Tadashi mati dalam kebakaran tersebut. Baymax merupakan 'harta' peninggalan yang ada khas buat adiknya Hiro.


Hiro mula sedar bahawa kematian abangnya bukan satu kemalangan tetapi satu pembunuhan dan mula membuat satu kumpulan untuk mencari pembunuh tersebut. Dari situ, Hiro telah mencipta baju serta alat-alat khas buat kumpulannya termasuk Baymax yang mempunyai kemampuan untuk terbang.


Adakah Hiro berjaya mencari pembunuh sebenar abangnya?



Review  Movie Big Hero 6


Dah tengok Wreck-It Ralph dan Frozen? Best kan? Kalau dah tengok kedua-dua movie tersebut kena tengok movie Big Hero 6 sebab movie Big Hero 6 ini merupakan pengarah dalam Wreck-It Ralph dan Frozen.


Movie Big Hero 6 adalah sebuah filem yang sangat menarik. Gabungan ala barat dan timur bandar metropolitan San Fransokyo (gabungan antara kota San Francisco dan Tokyo) menjadikan pemandangan dalam movie Big Hero 6 sangat menakjubkan.




[caption id="attachment_3105" align="aligncenter" width="700"]Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax sumber gambar dari google.com[/caption]

Main Hero dalam Big Hero 6 adalah Baymax sebuah robot yang sangat lawak dengan aksi bersahaja memandangkan saiz fizikal yang sangat besar menyukarkan Baymax untuk berlari dengan laju. Baymax bukan sahaja lucu malah sangat comel. Dalam mana-mana babak semuanya akan tertumpu pada Baymax.


Babak paling menarik dalam movie Big Hero 6 adalah aksi kejar-mengejar di antara Hiro bersama rakan-rakannya dengan musuh, Baymax yang lawak apabila semakin hampir bateri, aksi baymax yang tidak boleh berlari laju untuk lari dari musuh dan banyak lagi.


Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax


Walaupun banyak babak komedi tetapi diselitkan babak yang sangat menyentuh perasaan. Memang ada sedikit touching melihat babak tersebut. Babak mana tu kena tengok sendiri.



Best ke tak Movie Big Hero 6?


Best ke tak movie Big Hero 6 ni? Yes!!! Movie ni sangat best untuk ditonton bersama keluarga lagi-lagi budak-budak kecil. 4.5/ 5 bintang untuk Big Hiro 6.

Sedikit selingan lawak antara Big Hero 6 dan How To Train Your Dragon

[caption id="attachment_3110" align="aligncenter" width="400"]Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax sumber gambar dari google+[/caption]

[caption id="attachment_3109" align="aligncenter" width="400"]Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax sumber gambar dari google+[/caption]

 

Get notifications from this blog

25 comments

  1. Teringin juga nak tengok filem big hero 6 ni. Sebab tema filem mengenai hubungan kekeluargaan juga kan

    Boleh tonton dengan anak anak

    ReplyDelete
  2. Macam best! Boleh ni nak tengok, waktu santai-santai... :)

    Thank you untuk review nya :)

    ReplyDelete
  3. Kalau bab movie ni saya tak tau nak komen apa, sebab saya dah lama tak menonton wayang dan kat rumah pun tiada masa nak melayan movie.. Layan berita je.. :)

    ReplyDelete
  4. Movie Japan rupanya. Mesti diselitkan nilai kekeluargaan yang tinggi kan?

    ReplyDelete
  5. Hopefully, Big Hero better dari Frozen. Wreck it Ralph dulu memang best sebab banyak reference pada dunia gaming yang saya dapat relate kan dengan zaman saya membesar dulu.

    ReplyDelete
  6. komik tu memang tak bleh blah. haha..

    ReplyDelete
  7. mesti layan cerita nie..tapi aku tunggu DVD aje la

    ReplyDelete
  8. Memang nak tgok ceta ni.. tapi masa ja x mengizinkan lagi.. dari segi trailer pun nampak lawak.. x sabar nak layan bila free nanti...

    ReplyDelete
  9. dah tengok dah..memang sangatlah best..lawak, sedih semua ada..kena beli DVD nampaknya..:D

    ReplyDelete
  10. Saya kurang minat dengan cerita kartun tapi kalau mahu bawa anak-anak sedara tengok boleh juga layan sekali :)

    ReplyDelete
  11. den kadang lagi prefer movie cartoon sebab santai dan klaka.

    ReplyDelete
  12. macam besh..teringin nak bwk anak g tgok..

    ReplyDelete
  13. Nurul Fazreen Othman24 November 2014 at 16:25

    terima kasih kongsi review cite ni. Mmg nk tgk sgt cite ni sbb kite sukakan cite cartoon 3D.

    ReplyDelete
  14. memang best cerita nie.. banyak adegan lawak !

    serious comel !

    ReplyDelete
  15. tak puas rasanya layan cuma sekali movie Big Hero 6 ni...tengok 2-3 kali pun rasanya boleh bantai gelak lagi..hehe

    ReplyDelete
  16. anak-anak akak mesti suka tgk movie ni, hmmm cuti sekolah mmg masa untuk menonton ;)

    ReplyDelete
  17. Tak sempat menyempat nak tgk movie ni

    ReplyDelete
  18. hero ni nampak macam ironman bila pakai kostum :)

    ReplyDelete
  19. Sepretinya film yang menarik sekali apalagi untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  20. dah tengok movie ni . memang terbaik ! baymax banyak buat lawak :) hahaa

    ReplyDelete
  21. Tahun lepas kerja kat ofis lama busy betul sampai tak perasan ada movie ni. :)

    Tadi baca artikel LifeHack ada selitan video Big Hero and I know this must be a good movie.

    :)

    Thank you atas review. Nak pergi beli DVD la nanti. :)

    ReplyDelete