√ Kelantan Antara Negeri Yang Banjir Paling Teruk Terjejas - Adarain

Kelantan Antara Negeri Yang Banjir Paling Teruk Terjejas

Bersimpati dengan mangsa banjir yang berlaku sekarang dan dikhabarkan bahawa apa yang berlaku sekarang adalah banjir paling teruk sepanjang tahun.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Banjir Paling Teruk Mengikut Negeri


Banjir paling teruk terjejas adalah di kawasan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri-negeri yang dilanda banjir mengakibatkan jumlah mangsa kini meningkat kepada 68,603 orang, malam tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan melonjak kepada 30,723 orang. Jumlah mangsa banjir berkenaan membabitkan 8711 buah keluarga dan kini ditempatkan di 147 buah pusat pemindahan.

Sembilan jajahan di negeri itu kini terjejas akibat banjir. Terengganu pula angka mangsa yang dipindahkan kini mencecah 27,736 orang. Mangsa-mangsa berkenaan berada di 124 buah pusat pemindahan. Manakala di Pahang, 8314 mangsa dipindahkan.

Di Perak dan Perlis - jumlahnya masing-masing seramai 1580 dan 250 orang. - 24/12/2014


Walaupun terus terjejas namun perintah darurat tidak dikeluarkan atas sebab tiada keperluan untuk mengeluarkan perintah tersebut dan keadaan masih terkawal menurut pihak tertentu.

Namun, apa yang saya lihat melalui media sosial dengan paparan gambar banjir terkini cukup menggambarkan bahawa perintah darurat perlu diadakan agar bantuan keselamatan dapat dilaksanakan termasuk keperluan makan, minuman dan tempat perlindungan.

Tapi siapalah saya untuk mengetahui perintah darurat perlu dikeluarkan ataupun tidak.

Paling teruk apabila beberapa mangsa banjir terperangkap antaranya di sekolah, rumah dan di tengah jalan raya yang telah menyebabkan mangsa banjir kelaparan akibat tidak mendapat bantuan.

Bantuan juga susah untuk disalurkan dengan keadaan banjir semakin teruk serta ketiadaan elektrik pada waktu malam dan komunikasi turut mengalami masalah mengikut beberapa kawasan.


Banjir Dan Politik


Cukup terkilan apabila setiap banjir berlaku pasti isu politik yang akan dibangkitkan dan saling menyalahkan antara satu sama lain. Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku malah berganding bahu untuk mengatasi masalah bersama.

Tambahan pula, setiap pemimpin harus memainkan peranan masing-masing serta berkorban masa dan cuti demi rakyat yang kini dilanda kesusahan ekoran banjir yang di luar jangkaan pada tahun ini.

Malah jangan diketawakan dan memandang remeh dengan isu banjir yang sememangnya berlaku setiap tahun akan tetapi memandang serius terhadap isu ini kerana ianya turut melibatkan nyawa mangsa banjir.

Sudah pasti rakyat mahu melihat keprihatinan setiap pemimpin tidak kira dari pihak atasan mahupun bawahan agar bersama-sama dengan mangsa banjir untuk berkongsi perasaan serta menyampaikan sedikit ucapan yang mampu memberikan mereka kekuatan dan semangat untuk mengharungi ujian ini.

 Batal Program Tak Berfaedah Sempena Akhir Tahun


Saya menyokong penuh dengan menghentikan program yang tidak berfaedah seperti konsert dan sebagainya demi menjaga sensiviti mereka yang dilanda banjir. Dan sewajarnya tidak dilakukan untuk masa akan datang.

Saya berharap agar mereka yang dilanda banjir selamat dan terus tabah menghadapi ujian yang telah diberikan. Yang penting utamakan keselamatan. #prayforpantaitimur

 Bersiap sedia dengan kemungkinan yang berlaku di kawasan selatan.

Get notifications from this blog

22 comments

  1. Setiap musibah yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah di sebaliknya..

    Mungkin inilah masanya Allah ingin menguji kita sejauh mana keimanan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian Allah ...

    Sebelum ini kita pernah diuji dengan kemarau panjang... sehingga kehabisan air di kawasan tadahan air, menyebabkan air terpaksa dicatu...

    Kemudian 1 Malaysia kita adakan solat hajat memohon hujan turun.. Syukur Alhamdulillah .. Akhirnya Hujan turun membasahi bumi Malaysia yang serba indah ini...

    Kali ni hujan turun pula mencurah-curah tanpa henti pada setiap hari. .kedengaran banjir berlaku di sana sini.. pada tarikh yang sama berlakunya tsunami pantai barat semenanjung (26 Disember 2004)

    Semoga kita dapat satukan hati sekali lagi... untuk mengadakan solat hajat memohon hujan segera berhenti.. ambil keberkatan hari Jumaat penghulu segala hari. ..

    Allah lebih mengetahui tentang setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini. ..

    Jom solat Dhuha dulu..

    ReplyDelete
  2. Serius..memang sedih tenfok gamba4 dan baca berita pasal banjir kali ni..

    ReplyDelete
  3. ada yang hilang baby, kesian betul

    ReplyDelete
  4. Memang kali ni kelantan paling teruk, semoga segala semakin pulih

    ReplyDelete
  5. Serius.. banyak info sal banjir.. tapi lebih banyak berbalah, mengutuk bagai.. seharusnya semuanya bersatu.. berdoa agar keadaan bertambah baik dari sebelumnya..

    ReplyDelete
  6. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa dikurniakan ketabahan serta perlindungan sebaiknya buat semua mangsa banjir.. mudah2an segalanya segera kembali pulih spt sediakala... aamiin...

    ReplyDelete
  7. Itu lagi sedih dengan kehilangan nyawa yang semakin hari semakin bertambah. Dapat info terbaru pula ada yang 5 hari tak makan makan dan keadaan lemah longlai. Situasi yang menyedihkan. :(

    ReplyDelete
  8. Harap mangsa banjir bersabar dengan dugaan yang menimpa ini.

    ReplyDelete
  9. Jangan lupa lakukan solat taubat juga..

    ReplyDelete
  10. Memang sedih melihat keadaan banjir kali ini. Semoga semua mangsa tabah dan kuat menempuh ujian ini serta dipermudahkan segala urusan membantu dan menyelamat..

    ReplyDelete
  11. jom berdoa agar sahabat2 kita di luar sana dipermudahkan segala urusan.amin.

    ReplyDelete
  12. kesian rakyat kelantan terus didiskriminasi. semoga mereka dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  13. betulkah bahwa akan tenggelamnya manusia di akhir zaman sampai setakat leher

    ReplyDelete
  14. semoga di beri kesabaran orang-orang yang terkena banjir dan semoga alloh melindungi mereka

    ReplyDelete
  15. Banjir ni adalah antara yang terburuk melanda Kelantan. Semoga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan yang melanda.

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya ini bukan masa untuk tuduh-menuduh salah siapa. Yang lebih penting adalah langkah menyelamat dan membantu meringankan beban mangsa terlibat ..

    Moga banjir cepat surut dan semuanya selamat

    ReplyDelete
  17. semoga banjir yang melanda negeri-negeri yang terlibat cepatlah surut...dan selagi kita boleh bantu...kita bantulah setakat yang termampu untuk meringankan sedikit beban mereka...

    ReplyDelete
  18. Begitulah harapnya. Semoga bantuan yang dihulurkan mencukupi serta keadaan kembali pulih seperti biasa agar persiapan sekolah boleh dilakukan.

    ReplyDelete
  19. Yap. selagi mana mampu kita tolongla apa yang patut jangan hanya sekadar keyboad warriors sahaja memaki orang yang tak menghulurkan bantuan.

    ReplyDelete
  20. […] pantai timur mengalami banjir paling besar dan negeri yang paling teruk terjejas adalah di Kelantan. Sehingga kini, usaha bantuan dari kerajaan telah dipergiatkan kepada mangsa banjir walaupun […]

    ReplyDelete