Saturday 21 February 2015

Fenomena Sungai Muar Berwarna Biru

Sungai Muar : Bertahun-tahun saya lalu jambatan muar atau nama rasminya iaitu Jambatan Sultan Ismail yang menjadi penghubung antara Bandar Maharani dan Tanjung Agas sambil melihat air sungai yang dari dulu sehingga sekarang berwarna coklat, kalau tak coklat mesti warna hijau itu pun dah kira cantiklah mata nak pandang.

Fakta tentang Jambatan Sultan Ismail klik [DISINI]

Sungai Muar Berwarna Biru


Tapi tak sangka pula sungai Muar tahun ini bertukar menjadi biru seperti berada di pantailah pula yang kini hangat menjadi bualan orang ramai di orang Muar pada beberapa bulan yang lepas.

Tak tahu bila punya sungai Muar bertukar menjadi biru tapi kalau tengok gambar di bawah memang sangat awesome!

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Dikatakan  air sekarang tengah masin yang menyebabkan tu warna tu berubah menjadi biru yang Sebelum ni keruh. Juga dikatakan berlaku apabila air pasang dari laut dan air yang turun dari sungai.

Terlepas pula tengok sungai yang bertukar warna menjadi biru. Bukan senang nak tengok fenomena macam tu dalam tempoh 1 tahun belum tentu dapat tengok inikan dalam tempoh 10 tahun. Untung orang Muar yang dapat tengok fenomena macam ini.

Apa yang best tentang Muar?  Klik [DISINI]

28 Comments

Fenomena ciptaan tuhan untuk hambanya berfikir. Sebagaimana disebut dalam al-Quran "Mudah-mudahan kamu bertaqwa.."

Cantik.. Ingat kan ada sebab kenapa sungai jadi warna Biru

Ingatkan langkah proaktif kerajaan negeri tangani masalah sampah kat sungai Muar tu sampai warna tukar biru. Rupanya fenomena. Orang lalu lalang tak try masin ke tidak air tu :D

barangkali bercampur dengan air laut.

Cantiknya, Subhanallah!

Ke sebab langit masa tu biru semacam, jadi sungai pun kaler biru

subhanallah ! mmg cantik . selalunya kan warnanya keruh je memanjang ...

Subhanallah macam laut jadinya ... dari segi sains tentu ada sebabnya kot

yap. rasa macam nak berenang terus kat situ. haha

memang keruh memanjang lalu pun tak pandang.

entahlah, tapi fenomena ni sekejap je pastu keruh balik

mungkin boleh jadi macam tu sebab sungai ni terus dari laut.

hahah, orang lalu memang dah komform tau rasa apa sungai tu.

Tak pernah lagi tengok air sungai cantik colornya macam ni..macam air laut...

lah.. sekejap je ye. baru ingat nak try pergi sabtu ni

cantiknya..air sungai berwarna biru..pelik tapi benarkan!

tak sempat nak tengok.. memang jarang2 berlaku..

Cantiknya...dulu sekolah berasrama penuh di muar merasa tengok air limpahan sungai ketika banjir sahaja

Macam sungai kat oversea lak kan sampai berwarna biru.
Lain sangat dengan warna asalnya dulu kan.
Hihihi.
Takpe yang penting air bersih dan selamat.
Kalau boleh mainten macam nie memang boleh tarik ramai pelancong la.

Cantik pemandangan sungai ni.. Dah rasa macam berada di tepi pantai pula.. ;)

Subhanallah...

Bila ni? mcm tak kecoh je

wah cantik betul, sayang sekejap je ya.

Subhanallah, cantiknya. Macam air laut kat tengah lautan je cantiknya. Biasa, kalau kat muara ni, air mesti keruh je color teh tarik.

bulan lepas cuma tak pasti bila harinya. Fenomena ni berlaku pun sekejap je kemudian keroh balik.

fenomena pelik yang membangkitkan rasa takjub kita kepada Allah SWT

fuhh..

memang cantek betul sungai warna biru malam-malam macam ni.

Memang cantik pemandangan ni. Terpesona sekejap

Subhanallah, memang sangat cantik. Nampak seperti di tepi laut :)

subhanallah. indahnya ciptaan tuhan kan