Sinopsis Movie Chappie
Movie Chappie ini mengisahkan pada masa akan datang di mana robot droid akan membantu polis untuk menjaga keamanan negara. Kebanyakan tugas akan dilakukan oleh droid polis sendiri untuk menangkap penjenayah.
Nama Chappie ialah salah satu nama dari dari robot droid scout 22 yang sepatutnya dilupuskan tetapi dihidupkan kembali oleh Deon (Pencipta Droid Polis) untuk dijadikan bahan kajian terbaru di mana Deon telah menemui sesuatu yang akan mengubah sejarah dunia robot.
Deon telah menemui sesuatu yang mampu membuatkan robot mampu berfikir dan mempunyai perasaan seperti manusia.
Nama Chappie telah diberikan oleh salah seorang penjenayah perempuan yang bernama Yolandi dan Chappie telah menganggap Yolandi sebagai mommy dan Ninja sebagai papa.
Chappie telah diajar oleh Ninja untuk menjadi gansgter tetapi mendapat tentangan oleh Deon kerana mengajar perkara yang jahat.
Dalam pada masa yang sama, Vincent Moore yang juga pereka robot sangat cemburu kerana mendapat pujian daripada bos serta mendapat dana yang tinggi untuk droid polis.
[caption id="attachment_3595" align="aligncenter" width="700"] Dari kiri Vincent, Yolandi & Ninja dan Deon kanan sekali[/caption]
Vincent telah mencuri satu alat kajian terbaru Deon dalam kepala Chappie dan cuba memusnahkan kesemua droid polis. Dengan tujuan ketiadaan droid polis milik Deon membolehkan robot milik vincent dapat diaktifkan dengan serta merta.
Review Movie Chappie
Movie Chappie telah diarahkan oleh Neill Blomkamp yang sebelum ini pernah menghasilkan movie Stargate (1997), District 9 dan Elysium.
Movie Chappie ni sangat best untuk ditonton selepas movie Kingsman sebab mempunyai unsur nilai kasih sayang dan watak Chappie yang sangat lucu.
Chappie yang telah dihasilkan oleh Deon telah menjadi kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia tapi sangat pintar menangkap sesuatu perkara dan gelagat Chappie pasti korang akan ketawa.
Disebalik watak Chappie yang lucu terselit beberapa babak yang sedih di mana Chappie telah ditinggalkan oleh Ninja di suatu tempat dan telah dibuli oleh gangster.
Chappie telah diajar untuk menjadi gangster tetapi sentiasa berprinsip untuk tidak melakukan jenayah hasil didikan Deon. Kenapa Chappie diajar untuk jadi gangster dan bukannya polis? Tu kena tengok sendiri.
Walaupun Chappie berpewatakkan seperti budak-budak tapi Chappie berjaya menemui salah satu cara di mana mampu memindahkan dirinya kepada robot yang lain memandangkan Chappie akan kehabisan bateri dan bateri tersebut adalah permenant yang tidak boleh di recharge mahupun ditukar ganti.
Babak last sekali dalam movie Chappie memang sangat mengarut? kenapa mengarut tu kena tengok sendiri.
Best ke tak Movie Chappie?
Movie chappie sangat best dengan babak yang mencuit hati diselit pula dengan babak sedih dan babak last movie Chappie adalah unexpected yang akan berlaku. 4/5 bintang untuk Movie Chappie.
34 Comments
SAYA DAH LAMA TAK TENGOK MOVIE DI PANGGUNG.. DAN TAK BERAPA MINAT..
memang kelakar bila layan movie Chappie ni...masa mula2 tu lagi kelakar...haha...time curi kereta tu terbaik...sampai hancur kereta tu masa first time Chappie try rampas kereta tu...HAHA
Bestlah, tnks bro sudah berkeingginan untuk share film ini.....
Since kahwin, aku dh tak jejak panggung. Download je le...
wahhhh.. ni yg kena tengok ni..
agak - agak kalau bawa budak - budak ok tak tonton cerita ini
Cerita ni hanya untuk mereka yg benar2 minat pada filem aksi dan robot2...kalau tak, pasti akan terasa amat membosankan.
adeh.
macam nak tengok plak cite chappie nih..
bro sangat beruntung diberi peluang masa untuk menonton wayang..bagus tu
Comel cerita ni. Pelakon dia pun saya tak berapa kenal sangat, kecuali Jackman dan Patel tu.
Memang tahu kenapa mengarut penutup filem ini
Setuju sangat
Ada ke patut boleh pindahkan ..TUT.. TUT.. Kepada TUT
Nak tahu kena baca review filem ni
Ok,boleh listkan sekali ni dengan adik tengok cter ni
Mungkin Chappie ni ala-ala kasih sayang seperti Baymax? hehe
Kena tengok :D
wah, sis mazni dah tengok rupanya. babak last tu memang tak boleh diterima akal kan sis. hahaha
cerita ni memang comel dengan chappienya.
ada masa terluang memang pergi menonton lagipun memang tabiat suka tengok wayang. :D
tengok jangan tak tengok. :D
mereka yang minat dengang robot2x jangan lepaskan peluang tengok cerita ni.
budak-budak rasanya tak boleh tengok sebab movie ni rated 18+
Kalau nak download memang lama la kena tunggu.
hahaha, part tu memang kelakar chappie baru nak belajar nak mencuri.
ada sedikit elemen kasih sayang. hehe. kena tengok.
[…] Manhattan Fish Market : Sebelum tengok movie Chappie di Alamanda sempat makan kat Paragon Mall, Seremban. First time singgah kat Paragon Mall sebab […]
ada hugh jackman.
Chappie dihasilkan oleh pengarah yang pernah buat filem Stargate, District 9 dan Elysium. Pinjam hero X-Man lagi gempak filem ni walaupun design banyak persamaan dengan Elysium. Maklum lah 'air tangan' pengarah yang sama.
hugh jackman kali ini bawa watak antagonis.
Betol, da pengarah pun sama mesti lah ada design yg lebih kurang sama. :D
Filem terbaru Hugh Jackman la ni? Boleh lah nanti bawa budak2 pi tengok.
Tunggu minggu ke tiga ker.. Awal2 ni tiket double/triple harganya :D
Banyak bintang tu. Saya percaya filem ni best. :)
menarik bunyinya muvi ni boleh masuk senarai utk ditonton
sebab best tu bagi banyak bintang. haha
ya gak, lama2x ni harga tiket wayang murah skit.
dah tengok.
ending memang mengarut.
haha..
comelnyaa. anak mesti suke klau tngok crite nih
Seronok cerita ni... kreatif dan jalan ceritanya amat menarik... robot droid ni yg mmbntu polis mmbanteras kejahatan... Tq info ...