√ Movie The Divergent Series: Insurgent - Adarain

Movie The Divergent Series: Insurgent

Inilah kalau ada movie sambungan mesti nak kena tengok kalau tak tengok kat wayang tunggu download memang lama. Ada masa yang ada ni tengoklah cerita ni.


Movie The Divergent Series Insurgent



Sinopsis Insurgent


Tris bersama Four bersembunyi di kawasan puak Amity kerana ingin menyelamatkan diri dari pihak berkuasa yang kini giat memburu Tris bersama rakan-rakannya akibat dari incident Part 1 The Divergent.


Dalam pada masa yang sama, Jeanine sedang mencari seorang Divergent yang mampu membuka kotak yang di dalamnya terdapat seribu satu rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Kotak tersebut asalnya telah disimpan oleh ibu Tris tetapi telah dirampas oleh orang bawahan Jeanine.


Sorang demi seorang Divergent cuba dicari namun tidak berjaya mampu membuka kotak tersebut dan pencarian telah diperluaskan. Akhirnya, Jeanine telah berjumpa dengan sorang Divergent yang dikatakan memang layak untuk membuka kotak tersebut iaitu Tris.


Untuk membuka kotak tersebut, Tris telah dipaksa oleh Jeanine dan melakukan beberapa cabaran 5 simulasi mewakili setiap puak untuk membuka kotak tersebut.


Movie The Divergent Series Insurgent


Adakah kotak itu berjaya dibuka? Apakah yang terkandung di dalam Kotak tersebut? Kena tengok sendiri ya. :D



Review Insurgent


Movie ini hasil sambungan movie pertama The Divergent dengan pelakon yang sama untuk part kedua Insurgent.


So, kena tengoklah yang pertama kalau nak tau setiap fungsi nama puak iaitu Abnegation, Erudite, Dauntless, Amity Factionless, dan Candor.


Memang tak dinafikan movie Insurgent padat dengan aksi yang menarik dengan teknik CGI yang superbb


Movie ni kalau tengok macam lebih kurang sama jalan cerita dengan The Hunger Games dan The Maze Runner di mana mereka terperangkap dalam satu tempat dan tidak tahu dengan kejadian luar sebenar.




[caption id="attachment_3709" align="aligncenter" width="700"]Movie The Divergent Series: Insurgent Tris cuba menyelamat emaknya dari terbakar[/caption]

Part yang paling best ketika Tris melakukan simulasi untuk bukak kotak. Simulasi erti kata lain mimpi. So, dalam simulasi tu Tris akan berdepan dengan cabaran yang hebat lagi-lagi membabitkan nyawa emak Tris.


Auramen Turbo Collagen Penuh Khasiat Untuk Lelaki



Best tak Insurgent?

Siapa yang minat dengan Divergent series pergilah tengok. Siapa yang baru nak tengok Insurgent tanpa tengok Part 1 lebih baik tengok Movie I'm Fine Thank You Love You. Bagi 3.5/5 bintang je. 

Get notifications from this blog

5 comments

  1. The Maze Runner dah tengok, memang bestlah. Nanti nak try carilah citer the divergent lak.

    ReplyDelete
  2. tgk gambar macam best, tp rating x tinggi, saya belum tgk lagi

    ReplyDelete
  3. demm..

    yang ni gua terlepas nak tengok. dah la busy habis sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Saya belum tengok lagi. Macam best jer. Ada ke link downloadnya? Hehe... ;)

    ReplyDelete