Review Movie Home 2015 Yang Mencuit Hati
Lagi 2 hari je fast and furious 7 akan ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia. Tetapi sebelum tu sempat tengok dulu Movie animasi yang memang kelakar iaitu Home 2015.
Sinopsis Home 2015
Movie Home mengisahkan Puak Boov yang telah melarikan diri dari musuh iaitu puak Gorg dengan mengambil alih penempatan di bumi.
[caption id="attachment_3791" align="aligncenter" width="700"] Ketua puak Gorg[/caption]
Ketua Puak Boov memberi penerangan kepada kaumnya bahawa penduduk bumi adalah rakyat yang kurang bijak dan mundur serta mereka sebagai puak Boov boleh tinggal di sana (bumi).
[caption id="attachment_3793" align="aligncenter" width="650"] Ketua puak Boov[/caption]
Sementara manusia yang ada dibumi telah dibawa ke satu tempat iaitu negara Australia sebagai penempatan untuk manusia sahaja. Manakala di negara-negara yang lain adalah kawasan puak Boov.
Suatu hari Oh salah satu puak yang lain dari lain kerana selalu melakukan kesilapan telah berjumpa dengan secara tidak sengaja dengan manusia yang bernama Tip.
Sejak perjumpaan itu, Oh mula mengenali manusia dengan lebih mendalam dan mendapati manusia adalah bijak dan selalu ambil terhadap orang lain. Mereka berdua semakin erat ketika melakukan pengembaraan ke Paris dengan menaiki kereta yang telah diubah suai oleh Oh sendiri sehingga boleh terbang.
Selama ini Oh yang menganggap ketua puak Boov adalah bijak rupanya silap sebab ketua mereka sebenarnya adalah seorang yang pengecut dengan melarikan diri dan merampas hak tanah orang lain.
Puak Gorg telah datang menyerang bumi untuk mencari puak Boov. Kenapa Gorg mengejar puak boov selama bertahun-tahun? Adakah Oh berjaya menyelamatkan diri serta rakan-rakanya dari puak Gorg? Kena tengok sendiri.
Review Movie Home 2015
Aku dah (2) dua kali tengok Home. Jalan cerita memang best, kelakar gila dan Oh (puak Boov) sangat comel dengan telatah yang bersahaja.
Movie ni memang sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Movie ni pun banyak pengajaran yang boleh diambil yang berkaitan dengan kekeluargaan, kawan dan yang penting be brave to take a risk!.
Jangan ambil mudah dengan melarikan dari masalah sebaiknya selesaikan masalah dengan bijak dan berani.
Kalau Puak Boov tak larikan diri dari Gorg dan berbincang mungkin masalah dah selesai sebenarnya. Tak adalah puak Boov jadi pelarian seumur hidup.
Best ke tak Movie Home 2015?
Bagi aku, movie Home 2015 memang Best! bagi 3.8/5 bintang untuk movie Home 2015. korang bagaimana pula?
Get notifications from this blog
wah nak kna tengok ni
ReplyDeleteanimasi seperti ini bila dilihat mudah bikin nya ternyata biayanya mahal nian
ReplyDeleteseru banget filmnya tuh buat di tonton keluarga
ReplyDeletenanti boleh lah bawak anak anak g tgok. tk dapat bwk pun download pun boleh. huhu
ReplyDeleteCerita2 yang mcm ni lah sesuai tuk anak-anak tngok..
ReplyDeletelukisan kartun nya pom menarik.. anak-anak mesti sukalah ni,,
:) :) :)