√ Baju Melayu Lelaki Trend Masa Kini Dicemuh - Adarain

Baju Melayu Lelaki Trend Masa Kini Dicemuh

Kecoh baru-baru ini dengan baju melayu lelaki trend masa kini yang dikatakan merosakkan budaya tradisional. Berikut adalah gambar yang diperkatakan.


Design baju melayu khas untuk lelaki ni sudah tahun lepas berada di-realeasekan oleh pereka fesyen sendiri dari Zery Zamri. Selanjutnya [DISINI] tentang Koleksi Raya by Zery Zamri

Cuma baru-baru ni ada satu page facebook yang terkenal telah meng-upload gambar seperti di atas pastu ramai pula yang memberi maklum balas yang buruk tentang design tersebut tetapi ada juga yang suka.

Antara maklum balas design tersebut mengatakan imej tersebut kurang baik, imej gay, ala mini skirt, seluar ketat pengaruh barat dan sebagainya.

Baju Melayu Lelaki Trend Masa Kini Dicemuh
baju trend terkini

Pandangan Sendiri Tentang Baju Melayu Lelaki Trend Masa Kini 2015


Seiring dengan perubahan teknologi, fesyen juga tidak ketinggalan untuk berubah kepada yang lebih moden mengikut trend semasa termasuk baju melayu baik lelaki mahupun perempuan.


Kalau dilihat dari segi design secara jujurnya memang lawa, cantik kebaboom punya. Harga pula comfirm melambung tinggi punya belum masuk lagi harga GST.

Baju Melayu seperti di atas aku memang suka dengan design macam tu tapi bab seluar pula yang aku tak best dah nampak macam legging dan terlalu singkat ala k-pop. Design macam ni hanya orang tertentu je yang sesuai boleh pakai.

Ada orang nampak hensome lagi segak kalau pakai macam ni tapi ada sesetengah orang nampak tak berapa ngam dengan design macam ni plus lagi bertambah buruk.

Baju Melayu Lelaki Trend Masa Kini Dicemuh
baju raya trend terkini


Lagipun, baju melayu jarang orang buat jalan-jalan kalau ada pun just digunakan untuk hari raya je.

Then cuba korang bayangkan kalau nak solat dengan seluar macam tu yang ketat? Memang tak selesa plus time nak duduk rasa macam seluar nak terkoyak. Kalau kain jenis yang elastik (Mudah kembang) tak apa kalau dapat kain jenis yang bukan elastik memang terasa ketatnya.

Siapa yang taste memang tinggi dan suka bergaya bolehlah beli tapi kalau macam aku beli baju melayu biasa-biasa dah cukup asal sedap mata memandang sudah memadai.

Terpulang kat korang nak menilai fesyen kini baju melayu lelaki tapi nak berfesyen biar bertempat dan tidak keterlaluan yang menjolok mata.

Get notifications from this blog

32 comments

  1. design saja dah kontroversi, dah lauching nanti mesti dapat liputan baik dan buruk.

    apa pun si pereka kena ambil kira juga.

    ReplyDelete
  2. ada betulnya apa yang tuan cakap.. Dari segi design memang cantik tapi bab seluar tu macam tak kena pulak sebab nak pergi sembahyang kan??takkan nak pakai ketat2..tak sesuai sangat.

    ReplyDelete
  3. Hurm... pakaian camni sesuai ke nak ke majlis rasmi? nak solat selesa ke?

    ReplyDelete
  4. Smart mmg smart. Tapi tengok kepada pemakainya lah. Kalau den yang perut nampak ke depan ni mmg tak sesuai. Nanti sendat lak...haha

    ReplyDelete
  5. Baju tu boleh la terima lagi. Seluar mcm tu, mcm kalo tetibe gatal punggung, kmain seksa nak garuk. Hehe. Kalo utk gi function atau dinner ke, boleh la kot. Takpun utk masuk pertandingan pakaian beragam.

    ReplyDelete
  6. Oke, design baju melayu ni buruk...

    ReplyDelete
  7. macam best sahaja tu..tak pun yang pelik apa..

    ReplyDelete
  8. macam tak sesuai untuk bawa solat jemaah..

    ReplyDelete
  9. Kalau badan macam ronaldo okay lah pakai baju macam ni...

    ReplyDelete
  10. dah tengok.. makin merapu baju tu..

    ReplyDelete
  11. seluar ketat sgt..haha tapi not bad...

    ReplyDelete
  12. hmm memang tak pakailah fesyen cenggini, tak sesuai benar dipandangan mata

    ReplyDelete
  13. Salam Hormat.

    Design nampak "macam best". Padahal ramai rakyat jelata dah troll kan design baju melayu ni di media sosial ahaks.

    Pada fashion designer anggap ini satu cabaran yang biasa dalam kerjaya anda. Mungkin selepas ini akan ada idea lagi cun untuk design-design akan datang. Siapa tahu bukan?

    Pendapat saya jangan terlalu heavy dalam mengambil inspirasi daripada barat. Ada baik nya mendalami sejarah lama melayu itu sendiri untuk rujukan, :)

    ReplyDelete
  14. fit sangat. geli uncle mau pakai

    ReplyDelete
  15. salam hormat juga,

    ada benda yang tak sesuai untuk di hipster dan biarlah ianya kekal tradisional sekaligus melambangkan budaya kita.

    ReplyDelete
  16. aku lagilah memang tak pakai sebab tak sesuai. haha

    ReplyDelete
  17. memang tak sesuai sebab ketat lebih sesuai buat jalan2x je.

    ReplyDelete
  18. memang tak ada yang pelik cuma tang seluar yang tak cukup berkenan.

    ReplyDelete
  19. haha, buruk teruk review nya.

    ReplyDelete
  20. modern tapi tak enak dilihat lah..

    ReplyDelete
  21. mengarut dah orang kita sekarang nih.

    bisnes punya pasal.

    ReplyDelete
  22. memang tak berkenan dengan baju tu.

    menci.

    ReplyDelete
  23. Dah Xder ghope baju melayu aku tengok. Kelakar betul.

    ReplyDelete
  24. baju melayu biasa lagi smart la...memang tak berkenan langsung design macam ni...seluar baju melayu patutnya longgar...bukan macam ni...sorry...inovasi designer ni TOTALLY FAILED...huhu

    ReplyDelete
  25. Hahaha..entah la.. no komen..sejujurnya lebih selesa dengan baju melayu yang betul2 dipanggil baju melayu...sedap dipakai..solat pun rasa macam kusyuk jer..haha

    ReplyDelete
  26. memang segak dan agak murah lah.. dah mnjadi trend pakaian mcm ni skrg nii

    ReplyDelete
  27. Bju melayu ada 3jenis bju mlayu johor, baju melayu butang 5/3, bju melayu moden. Yg dlm gmbr tu bju melayu moden cuma diubah sikit....tapi tag seluar tu yg xsesuai, sbb trlalu ketat sangat..bole pakai, cuma xperlu terlalu ketat

    ReplyDelete
  28. Baju melayu mestilah kena dgn KEMELAYUAN nya. Tak perlu ditukar utk menjadi stail barat... Mesti nmpk sopan tak over fashion ala kebaratan.. Tolonglah jgnlah menjadi penjahanam kpd budaya asal melayu dgn mengagung agungkn fesyen mengarut ala ala barat nie. Melayu tetap melayu, tidak bole ditukar menjadi omputeh.. Cacat cela... Seolah olah tatu di badan lelaki melayu.. Begitulah perumpamaannya.. Stail mcm ini mungkin sesuai utk baju kemeja tapi utk baju melayu mmg kelaut yg tidak serasi dgn budaya melayu yg sopan santun manis dn berbudi bahasa.. Klu omputeh tgok baju melayu mengarut mcm nie pon mesti tergelak punya.

    ReplyDelete
  29. Baju melayu yang di orangputihkan. Tak macho lelaki pakai macam ni. Pakai baju biar nampak macam lelaki sejati lebih-lebih lagi baju melayu.

    ReplyDelete
  30. suka hati dia nk design mcmana x suka jgn beli...x yah kutuk itu idea dia design dia...

    ReplyDelete
  31. sekadar pandangan masing2x tentang baju melayu tersebut.

    ReplyDelete