Apa Itu Dubsmash? Kenapa Dubsmash Popular?
Dubsmash : Trend terkini ramai Instagrammer @ laman sosial yang lain mulai upload video dubsmash yang semakin popular sehingga kini. Dubsmash juga mula mendapat perhatian artis popular yang menggunakan dubsmash salah satunya ialah Nora Danish, Siti Nurhalia, Shafiq dan banyak lagi.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Persoalannya apa itu Dubsmash? Kenapa app ini sangat popular?
Apa itu Dubsmash?
Dubsmash adalah aplikasi mesej video yang hanya ada pada Android dan Apple yang membolehkan pengguna menambah suara @ soundtrack untuk video yang dirakam pada telefon pengguna. Soundtrack boleh jadi suara dari movie, lagu, lawak, dan banyak lagi. Kiranya app ini lebih kurang macam miming. Pernah tengok video Cikgu syida dan Bobo yang suatu ketika dulu? Lebih kurang macam tulah.
Pengguna juga boleh memuat naik @ upload audio sendiri atau pilih dari senarai klip audio yang dimuat naik oleh orang lain.
Selepas memilih audio, pengguna merakam video mereka sendiri untuk bermain dengan bunyi yang mereka telah pilih dan kemudian boleh berkongsi video klip melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan banyak lagi.
Siapa Yang Buat Dubsmash?
Aplikasi ini telah dicipta oleh satu pasukan pembangun dari Jerman iaitu Jonas Druppel, Roland Grenke dan Daniel Taschik. App ini dilancarkan pada November tahun lepas (2014). App ini telah di-download sebanyak lebih daripada sepuluh (10) juta pengguna.
Kenapa Dubsmash sangat Popular?
App ini mula popular apabila kanak-kanak di US mula upload video dubsmash pada Instagram dan sejak itu terus popular di Malaysia dan juga di beberapa negara asia yang lain. Hasil kajian BBC
Boleh didakwa ke kalau guna Dubsmash?
Macam mana pula tu takkan kena dakwa pula kalau guna app ini.
Sebenarnya macam ini, ada beberapa audio yang mempunyai hak cipta dari beberapa company atau artis seperti lagu dan beberapa petikan audio dari movie @ tv popular dan mereka yang mempunyai hak cipta audio boleh melakukan sesuatu berdasarkan undang-undang seperti saman atau menyuruh delete video dan sebagainya atas sebab tertentu.
Namun pun begitu, pengguna boleh berkongsi video tetapi secara private messeges pada kawan.
Pengguna peduli apa, sebab app ini sedikit sebanyak melonjakkan populariti audio tersebut lagipun audio yang direkod kebanyakkannya masa adalah pendek dalam 15 saat sahaja.
Cara menggunakan app ini boleh lihat [DISINI]
Get notifications from this blog
Haha sangat ketinggalan zaman dan daku baru tau ttg apps Dubsmash ni..InshaAllah one day blh guna
ReplyDeleteSuka tengok dubsmash arizlufias, menjadi sangat hehe
ReplyDeleteitu app yang lumayan sudah lama adanya tapi boleh di coba
ReplyDeletebaru kawan tahu apa itu dubsmash
ReplyDelete[…] Apa Itu #Dubsmash? Kenapa Dubsmash Popular?: #dubsmashmalaysia adarain.com/2015/05/apa-it… […]
ReplyDeleteoh.baru tahu.selama ni mmg tak ambil tahu pun. terima kasih atas info ni ye
ReplyDeleteowh menatang ni la yang adik aku dok sibuk sibuk main ni
ReplyDeletecian bobo dan kak syida.
ReplyDeletetakde dapat komisen atau royalti.
Populariti Bobo dah menjunam akibat daripada Dubmash ni. Mohon Bobo menaikkan populariti beliau...hahaha
ReplyDeleteHaritu dah download dah Dubmash ni. Disebabkan aku pemalu orangnya jadi tak jadi nak buat Dubmash. Baik aku pandang cermin dah mentertawakan diri aku sendiri. hahaha
ReplyDeletewah menarik juga dubmash ni..kira boleh dubbing suara gitulah kan..teringan zaman2 skolah dulu jakun dubbing suara masuk kaset pakai walkman hehe..skang dah maju..macam2 ada..
ReplyDeletepatutla banyak video miming sekarang ni, semua angkara dubsmash.
ReplyDeleteseganlah nak buat video dubsmash,....hehe
ReplyDeleteramai dah yang main dok alah ni.
ReplyDeletesama2x bro. sekadar share asal usul dan fungsi dubsmash ni.
ReplyDeletehahah, kesian dah bobo. Bobo buat dubsmash pun tak ada sambutan. haha
ReplyDeletehahaha, sama2x macam gila je download dubsmash ni pastu ketawa sendiri. :D
ReplyDeletesebut pasal walkmen rindu zaman2x dulu pakai walkmen. kaset plak tu. betol2x memori
ReplyDeletesemakin ramai yang pandai berlakon gara2x dubsmash
ReplyDeletebaru tahu benda ada wah ketinggalan sungguh diriku ini heeee
ReplyDeleteKenapa saya tak perasan sebelum ni ekk? Haha..terima kasih kongsikan..
ReplyDeletePun segan tapi 15 sec cam kejap jer...hihi
ReplyDeletetu dia.
ReplyDeletememanjang orang wat dubmash nih.
ok follow insta wa @saiazuan untuk dubsmash wa..hahahaha
ReplyDeletehahaha, dah tengok memang kelakar hang buat. Terbaik!
ReplyDeletehurm. dulu kesian Cikgu Syida derngan Bobo kene bahan, sekarang diorang pulak terikut, Tah pape la.
ReplyDeletebersepah dubmash sekarang ni . hahaa
ReplyDeleteyap, makin ramai yang berpengaruh.
ReplyDeletememang kesian gila kutuk habis tengok sekarang semua buat. laki nak jadi perempuan pun makin banyak dah.
ReplyDeleteBaru baca semalam, ada yang cakap dubsmash ni seakan-akan menyindir orang dalam kelakar..dan tidak digalakkan dalam Islam..wallahu A'lam
ReplyDeleteBaru perasan. ada juga orang cut video yang jadi viral pastu buat dubsmash. Tu pun rasanya boleh dikatakan menyindir or perli tanpa kebenaran owner suara video yang jadi viral
ReplyDeletemau nih di coba masuk entri dubmash
ReplyDeletemasih terasing di telingaku tuh media
ReplyDeleteAah betul tu..boleh disalah guna apps ni
ReplyDeleteCis, nyampah dengan dubsmash.
ReplyDeletehalahh baru tahu saya akan hal ini
ReplyDeleteTernyata saya baru tahu soal ini... :)
ReplyDeleteini semua poyo... hahaha
ReplyDeletepernah ada yang bikin dubsmash serem ga ?
ReplyDeleteTak pernah rakam video Dubsmash.... rasa jikalau berposing di depan kamera jadi kaku walaupun untuk diri sendiri.
ReplyDeleteheheh, samalah dengan saya. malu rupa pun tak ada. :D
ReplyDelete[…] Madlipz ini sebenarnya lebih kurang sama je fungsinya dengan dubmash […]
ReplyDelete