√ Apa Itu Dubsmash? Kenapa Dubsmash Popular? - Adarain

Apa Itu Dubsmash? Kenapa Dubsmash Popular?

Dubsmash : Trend terkini ramai Instagrammer @ laman sosial yang lain mulai upload video dubsmash yang semakin popular sehingga kini. Dubsmash juga mula mendapat perhatian artis popular yang menggunakan dubsmash salah satunya ialah Nora Danish, Siti Nurhalia, Shafiq dan banyak lagi.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Persoalannya apa itu Dubsmash? Kenapa app ini sangat popular?

Apa itu Dubsmash?


Dubsmash adalah aplikasi mesej video yang hanya ada pada Android dan Apple yang membolehkan pengguna menambah suara @ soundtrack untuk video yang dirakam pada telefon pengguna. Soundtrack boleh jadi suara dari movie, lagu, lawak, dan banyak lagi. Kiranya app ini lebih kurang macam miming. Pernah tengok video Cikgu syida dan Bobo yang suatu ketika dulu? Lebih kurang macam tulah.

Pengguna juga boleh memuat naik @ upload audio sendiri atau pilih dari senarai klip audio yang dimuat naik oleh orang lain.

Selepas memilih audio, pengguna merakam video mereka sendiri untuk bermain dengan bunyi yang mereka telah pilih dan kemudian boleh berkongsi video klip melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan banyak lagi.

Siapa Yang Buat Dubsmash?


Aplikasi ini telah dicipta oleh satu pasukan pembangun dari Jerman iaitu Jonas Druppel, Roland Grenke dan Daniel Taschik. App ini dilancarkan pada November tahun lepas (2014). App ini telah di-download sebanyak lebih daripada sepuluh (10) juta pengguna.
Kenapa Dubsmash sangat Popular?
App ini mula popular apabila kanak-kanak di US mula upload video dubsmash pada Instagram dan sejak itu terus popular di Malaysia dan juga di beberapa negara asia yang lain. Hasil kajian BBC
Boleh didakwa ke kalau guna Dubsmash?
Macam mana pula tu takkan kena dakwa pula kalau guna app ini.

Sebenarnya macam ini, ada beberapa audio yang mempunyai hak cipta dari beberapa company atau artis seperti lagu dan beberapa petikan audio dari movie @ tv popular dan mereka yang mempunyai hak cipta audio boleh melakukan sesuatu berdasarkan undang-undang seperti saman atau menyuruh delete video dan sebagainya atas sebab tertentu.

Namun pun begitu, pengguna boleh berkongsi video tetapi secara private messeges pada kawan.

Pengguna peduli apa, sebab app ini sedikit sebanyak melonjakkan populariti audio tersebut lagipun audio yang direkod kebanyakkannya masa adalah pendek dalam 15 saat sahaja.

Cara menggunakan app ini boleh lihat [DISINI]

Get notifications from this blog

42 comments

  1. Haha sangat ketinggalan zaman dan daku baru tau ttg apps Dubsmash ni..InshaAllah one day blh guna

    ReplyDelete
  2. Suka tengok dubsmash arizlufias, menjadi sangat hehe

    ReplyDelete
  3. itu app yang lumayan sudah lama adanya tapi boleh di coba

    ReplyDelete
  4. baru kawan tahu apa itu dubsmash

    ReplyDelete
  5. […] Apa Itu #Dubsmash? Kenapa Dubsmash Popular?: #dubsmashmalaysia adarain.com/2015/05/apa-it… […]

    ReplyDelete
  6. oh.baru tahu.selama ni mmg tak ambil tahu pun. terima kasih atas info ni ye

    ReplyDelete
  7. owh menatang ni la yang adik aku dok sibuk sibuk main ni

    ReplyDelete
  8. cian bobo dan kak syida.

    takde dapat komisen atau royalti.

    ReplyDelete
  9. Populariti Bobo dah menjunam akibat daripada Dubmash ni. Mohon Bobo menaikkan populariti beliau...hahaha

    ReplyDelete
  10. Haritu dah download dah Dubmash ni. Disebabkan aku pemalu orangnya jadi tak jadi nak buat Dubmash. Baik aku pandang cermin dah mentertawakan diri aku sendiri. hahaha

    ReplyDelete
  11. wah menarik juga dubmash ni..kira boleh dubbing suara gitulah kan..teringan zaman2 skolah dulu jakun dubbing suara masuk kaset pakai walkman hehe..skang dah maju..macam2 ada..

    ReplyDelete
  12. patutla banyak video miming sekarang ni, semua angkara dubsmash.

    ReplyDelete
  13. seganlah nak buat video dubsmash,....hehe

    ReplyDelete
  14. ramai dah yang main dok alah ni.

    ReplyDelete
  15. sama2x bro. sekadar share asal usul dan fungsi dubsmash ni.

    ReplyDelete
  16. hahah, kesian dah bobo. Bobo buat dubsmash pun tak ada sambutan. haha

    ReplyDelete
  17. hahaha, sama2x macam gila je download dubsmash ni pastu ketawa sendiri. :D

    ReplyDelete
  18. sebut pasal walkmen rindu zaman2x dulu pakai walkmen. kaset plak tu. betol2x memori

    ReplyDelete
  19. semakin ramai yang pandai berlakon gara2x dubsmash

    ReplyDelete
  20. baru tahu benda ada wah ketinggalan sungguh diriku ini heeee

    ReplyDelete
  21. Kenapa saya tak perasan sebelum ni ekk? Haha..terima kasih kongsikan..

    ReplyDelete
  22. Pun segan tapi 15 sec cam kejap jer...hihi

    ReplyDelete
  23. tu dia.

    memanjang orang wat dubmash nih.

    ReplyDelete
  24. ok follow insta wa @saiazuan untuk dubsmash wa..hahahaha

    ReplyDelete
  25. hahaha, dah tengok memang kelakar hang buat. Terbaik!

    ReplyDelete
  26. hurm. dulu kesian Cikgu Syida derngan Bobo kene bahan, sekarang diorang pulak terikut, Tah pape la.

    ReplyDelete
  27. bersepah dubmash sekarang ni . hahaa

    ReplyDelete
  28. yap, makin ramai yang berpengaruh.

    ReplyDelete
  29. memang kesian gila kutuk habis tengok sekarang semua buat. laki nak jadi perempuan pun makin banyak dah.

    ReplyDelete
  30. Baru baca semalam, ada yang cakap dubsmash ni seakan-akan menyindir orang dalam kelakar..dan tidak digalakkan dalam Islam..wallahu A'lam

    ReplyDelete
  31. Baru perasan. ada juga orang cut video yang jadi viral pastu buat dubsmash. Tu pun rasanya boleh dikatakan menyindir or perli tanpa kebenaran owner suara video yang jadi viral

    ReplyDelete
  32. mau nih di coba masuk entri dubmash

    ReplyDelete
  33. masih terasing di telingaku tuh media

    ReplyDelete
  34. Aah betul tu..boleh disalah guna apps ni

    ReplyDelete
  35. Cis, nyampah dengan dubsmash.

    ReplyDelete
  36. halahh baru tahu saya akan hal ini

    ReplyDelete
  37. Ternyata saya baru tahu soal ini... :)

    ReplyDelete
  38. pernah ada yang bikin dubsmash serem ga ?

    ReplyDelete
  39. Tak pernah rakam video Dubsmash.... rasa jikalau berposing di depan kamera jadi kaku walaupun untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  40. heheh, samalah dengan saya. malu rupa pun tak ada. :D

    ReplyDelete
  41. […] Madlipz ini sebenarnya lebih kurang sama je fungsinya dengan dubmash […]

    ReplyDelete