√ Jom Shopping Di Ho Chi Minh City Vietnam - Adarain

Jom Shopping Di Ho Chi Minh City Vietnam

Beberapa hari yang lepas saya bersama mak dengan adik beradik yang lain telah pergi ke Ho Chi Minh City Vietnam. Ini first time saya dengan adik beradik pergi ke Vietnam manakala mak saya sudah tiga kali ke Vietnam.


maaf gambar tak ada disebabkan pemindahan blog.

 

Siapa yang tak seronok kalau dapat pergi ke Vietnam kan?


Destinasi kami ke Vietnam adalah di Ho Chi Minh City yang merupakan bandar terbesar di Vietnam dan ibu negara kepada Vietnam adalah Hanoi. Tujuan kami ke sana tak lain tak bukan ialah bershopping. :D


sumber gambar dari google


Perjalanan dari Kl ke Ho Chi Minh City mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit dengan menaiki penerbangan Air Asia.


Kami bergerak dari Kl ke Ho Chi Minh City dalam pukul 2.00pm dan sampai ke sana pukul 5.oopm. Waktu di Vietnam lambat satu jam dari waktu Malaysia lebih kurang macam waktu di Indonesia.



Penginapan dan Makanan di Ho Chi Min City Vietnam


Kami menginap di Hotel Hoang Hai Long 2 selama 3 hari 2 malam. Kawasan di situ senang nak cari makanan yang halal, dekat dengan kawasan membeli belah dan tempat tersebut adalah sangat popular di kalangan pelancong Malaysia. Boleh cari hotel tersebut yang berada di District 1.


Hotel yang kami book ni pun ada menyediakan serapan dan makanannya halal tapi kami ragu-ragu pula so kami tak serapan kat hotel tersebut. Kami mengambil keputusan untuk serapan di kedai yang berhadapan dengan hotel kami.





Banyak restaurant yang menyediakan makanan halal seperti kedai Hjh Basiroh (ada aircond), Kedai Hj Osman dan kedai 1 Malaysia.


Cumanya, makanan halal agak mahal di sana contohnya makan nasi goreng sahaja dah dikenakan RM 8. Dah sampai Vietnam korang mesti kena minum kopi susu ais, memang terbaik punya minuman. :D Minuman paling popular kat sana. Rugi kalau tak try.


Biasanya, kami selalu makan kat restaurant Hjh Basiroh walaupun mahal tapi makanannya boleh tahan sedap siap ada aircond lagi. :D Jangan lupa makan kuih bingka ubi kayu dan juga mertabak kat Hjh Basiroh sebab memang sangat sedap!.


Sekali makan pasti nak lagi sebagai pembuka selera siap kami minta bungkus 2 kek kuih bingka untuk dibawa pulang ke Malaysia dengan harga 1 kek bingka RM38.



Tempat Shopping yang best di Ho Chi Minh City Vietnam


Banyak tempat menarik untuk shopping kat sana tetapi sebelum itu bagaimana dengan mata wang kat sana?


Ok, pasal mata wang kat sana korang jangan risau sebab kebanyakkan kedai di sana menerima mata wang Malaysia iaitu RM ataupun dollar USD nak pakai mata wang Vietnam (Dong) pun boleh.


Cumanya, korang just tukar mata wang ke Dong dengan jumlah yang sedikit sahaja untuk tambang teksi nanti dari airport station ke tempat penginapan korang di Vietnam nanti.


Ben Thant Market


Tempat ini berada di kawasan yang berada di dalam bangunan dan penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti kain, cenderamata, pelbagai kopi, baju, seluar jeans, selipar dan banyak lagi. Ada pasar basah dalam bangunan tu juga tapi tak banyak.


Cuma nak beritahu pandai-pandailah korang minta tawar sampai harga murah yang berbaloi dengan harga yang korang nak beli. Jangan terima je harga yang diberikan kadang-kadang harga yang diberikan tidak masuk akal.


Pada waktu kemuncak dalam pukul 5pm atau 6pm dalam Ben Thant ramai peniaga mengambil inisiatif mendesak pembeli untuk membeli barangan dengan cara memegang tangan atau memeluk badan korang.


Peniaga kat sana pandai cakap bahasa Melayu. Bila kita minta dengan harga kita pandai peniaga sana cakap 'terkejut gila ' :D ada yang cakap 'abang sayang'. Trick peniaga sana nak menarik perhatian kita untuk beli barangan mereka di sana. :D


Dekat sini je dah nak cecah RM300 saya belanja siap kopi pun beli. Harga mahal sedikit dari Night market.


Night Market


Night market yang berhampiran dengan Ben Tanth ni lebih kurang macam pasar malam di Malaysia tapi lebih bersih di Night market Ho Chin Minh City dengan pelbagai barangan seperti di Ben Tanth dan harga pun lebih murah dari barangan Ben Tanth.


Di night market, banyak yang kami beli antaranya kami beli baju sukan pelbagai jenama seperti adidas sebab design baju sukan kat sana sangat cantik dan murah.


Saigon Square pun dikatakan antara tempat famous untuk shopping tetapi harga susah nak tawar menawar dan ada yang fixed price. So, kami tak pergi ke sana.



Kesimpulan Di Ho Chi Minh City Vietnam


Rasanya itulah saje la yang saya dapat kongsikan dengan korang tentang pengalaman berada di Ho Chi Minh City Vietnam.


Bandar yang penuh sesak dengan penduduk kemudian penduduk sana banyak meenggunakan kenderaan motorsikal dengan memakai kopi kaledar comel ala kura-kura serta memakai mask.


Orang kat sana makan kalau diperhatikan hanya makan nasi ber-sup campur dengan sayur-sayuran so no wonderlah kulit diorang cantik dan flawless serta kurus.


Kalau korang rasa nak bercuti pastu nak shopping sekali bolehlah pergi ke sini Ho Chi Minh City Vietnam. Kalau korang nak shopping beli kain-kain rasanya better pergi Jogjakarta sebab kain batik  sana sangat cantik dan murah. :D


Korang ada pengalaman di Ho Chi Minh City Vietnam? Bolehlah kongsi di bahagian komen di bawah.

Get notifications from this blog

60 comments

  1. bro..awek kat sana mesti cun-cun kan..tak de nak berkenalan ke sorang dua ..

    ReplyDelete
  2. haha, takde yang cun sangat semuanya seksa je tengok. :D

    ReplyDelete
  3. wah pegi jalan-jalan.. beli barang untuk meniaga ke?

    ReplyDelete
  4. beli barang untuk diri sendiri je. :D

    ReplyDelete
  5. Terbaek bro ke Vietnam.
    Kalau shopping ke sana sellernya peramah & boleh nego ke?

    ReplyDelete
  6. ikut kedai, ada seller yang peramah adan yang tak friendly tapi mostly peramah. Boleh sangat nego. :D

    ReplyDelete
  7. ingin juga pergi ke vietnam suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  8. susah nak jumpa orang gemuk di vietnam.

    ReplyDelete
  9. wah senangnya yang sudah mampir ke vietnam..kapan kapan kalau main kesana lagi..ajakin ane dong..he he

    ReplyDelete
  10. night market tu namapak menarik ja. harga murah2 ka?

    ReplyDelete
  11. Teringin nak kesana, barang murah, borong sakan.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah pergi lagi, tapi ramai member sini kata shooping kat sana best hehe :D

    ReplyDelete
  13. disana masakannya masih murah-murah

    ReplyDelete
  14. ok wa jeles yg lu sampai dlu sblum wa

    ReplyDelete
  15. memang borong sakan kat sana. hehe

    ReplyDelete
  16. yap, ramai rakyat Malaysia ke sana nak shoppping

    ReplyDelete
  17. yap, mmg susah nak jumpa.

    ReplyDelete
  18. Salam, bro,
    Saya nak pegi sana khamis ni. Last year saya pergi, memang totally bawak RM. Sikit je bawak DONG utk tambang teksi.
    Tapi baru harini ada org bgtahu, yg skrg ni org viet dah taknak duit RM sebab value jatuh. Betul ke?
    Mohon sangat2 bro dpt reply segera sebab kalau betul, kami kena rush pergi money changer pula
    =(

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. wasslam lila,
    saya pun ritu teragak2x nak tukar rm ke dong pasal duit rm jatuh last2x tak tukar pun duit, tawakkal je kat sana. So, dont worry sebab diorang kat sana still terima RM walaupun duit RM jatuh. :D

    ReplyDelete
  20. wahhh bestnya dapat shopping kat sana.. in sha Allah nnti kalau ada rezeki.. hehe

    ReplyDelete
  21. Ok terima kasih.. =)

    ReplyDelete
  22. […] 3 hari 2 malam aku di Vietnam kini tibalah masanya untuk pulang ke Malaysia. Stay lama-lama kat sana pun bukan banyak […]

    ReplyDelete
  23. salam bro..
    masih x de pngalaman lg sampai sana..
    tapi insaallah hujung tahun.. doakan ya..
    ok dah msuk dlm list kopi susu mesti try punya :P

    ReplyDelete
  24. Wassalam, AMIN~ Semoga dipermudahkan urusannya ke sana :D
    kopi susu tu kena try. haha harga dalam RM3 :)

    ReplyDelete
  25. pegi mana2 pun kalo tujuan shopping memang seronok amat hihi...

    ReplyDelete
  26. kalau banyak duit shopping tu memang seronok. :D

    ReplyDelete
  27. Nak vollet satu..mesti murah ni..haha..Bila lah nk jejak kaki kat sini ekk..macam takut jer nak pergi tempat orang..

    ReplyDelete
  28. Cantiknya mangkuk dengan chopstik tu, rasanya tak ada kat tempat lain.

    ReplyDelete
  29. rasanya memang tak ada tu yang beli magkuk tu. :D

    ReplyDelete
  30. Artikel travel paling best saya pernah baca. Terima kasih atas perkongsian yang boleh dikatakan cukup lengkap untuk ke Ho Chi Minh, Vietnam. Teringin nak pergi tapi takut naik kapal terbang. Hihi..

    BTW, pada yang mencari pakej percutian atau menjual pakej percutian, sila ke Percutian Bajet. Info tempat menarik pun banyak tapi dalam negara je la. Hihi..

    ReplyDelete
  31. terima kasih kerana sudi membaca :D

    ReplyDelete
  32. As salam...sy 1st time nak pergi ke vietnam awal bulan dpn...sy nak tanya memandangkan ringgit malaysia jatuh teruk..adakah dieorg masih terima lagi duit kita? Sy dh ragu2 nak tukar duit ni..kan tukar banyak mcm rugi..kan tukar skit..x ckup kan dieorg xnak terima dh duit kita..huhuhu buntu plak..plss sape ade pergi dlm ms terdekat ni...

    ReplyDelete
  33. Wassalam, saya tidak pasti sebab masa saya pergi duit tak jatuh sangat or teruk. Mungkin dorang masih terima duit RM. Cadangan saya bawa spearuh RM dan Duit Vietnam, kalau mahu kepastian lagi kena tanya member yang lain :D

    ReplyDelete
  34. Wahhhh tk sabar nk pegi. Pd sapa2 yg ada pegi baru2 ni, ada masalah nk guna MYR???

    ReplyDelete
  35. Nice nice. gmbr kasut nike tu tak leh tahan tgk tu. tros tmbh luggage. Thanx for the info. tak sabaq aih nak g

    ReplyDelete
  36. Sama-sama, semoga perjalanan di sana dipermudahkan. :D Have Fun.

    ReplyDelete
  37. Bleh x bg cadangan hotel yg murah.. Cadang nk g next month... lg pun utk tido je

    ReplyDelete
  38. wuiihh.....asik yaa jalan-jalan di sana.

    ReplyDelete
  39. barang - barangnya pada mahal ga ?

    ReplyDelete
  40. Tahun biler heh bro pegi nie...kedai hjh basiroh tue yg 2 tingkat tue kan...tak buat baju melayu datang ukur kat hotel pastue esok boleh terus siap...pilih kain pakai katalog lagi...takde pegi port telekung murah ker bro? macam2 kaler ada.. kita seram kaler putih punya kaler telekung..sana pakai merah selamba jek...Tak bleh miss minum kopi vietnam spjg kat sana...bukan pasal si gadis comel YANG SEKSA sampai org rumah JELING2 pandang yang dtg serve.... tapi rasa kopi dier lain macam aa....Antara sebahagian kecil kenangan semasa di ho chi minh city...gedung borong sakan utk kaki niaga!

    P/S: Kalo repeat 2-3 bro ke sana bleh jadi otai borong lelong vietnam nie.. :D

    ReplyDelete
  41. Kalo mahal sket tapi jalan kaki pegi night market ngan tempat makan muslim macam ner...

    ReplyDelete
  42. Salam, maaf saya baca blog ni.. Nak tumpang tanya kalau kedai makan dekat Ho Chi Minh seperti Hjh Basiroh ni terima duit RM? Kedai makan yang lain mcm mana pulak, boleh guna RM juga ke? :) terima kasih..

    ReplyDelete
  43. minta maaf saya dah lupa sama ada terima ke tak, just prepare je.

    ReplyDelete
  44. Berbeza Vietnam yang dulu dengan sekarang. Makin maju Vietnam

    ReplyDelete
  45. Saya baru pulang dari vietnam bersama family 26 dis aritu..mmg seronok shopping kt sana cuma org sana agak kasar dan ske memaksa kita utk beli brg mereka sampai buat muka..hahaha..berbeza bila shopping di bandung dan jakarta, orgnye sopan dan lemah lembut...seller kt vietnam lg ske kita beli dlm rm mereka x ske sgt guna dong...sila la prepare beli kilos lebih skit sbb mmg byk brg nk dibeli lebih2 lagi kalau anda 1st time g sne, nk beli souviners,kasut,beg,telekung,lace,kain cotton..

    ReplyDelete
  46. terima kasih berkongsi pengalaman di vietnam, memang penjual di sana memang macam tu..kalo tak beli diorang akan buat muka dan jangan layan dorang kalo dorang tarik. :D

    ReplyDelete
  47. Bestnya dapat shopping di Ho Chi Minh sambil melawat tempat-tempat menarik.

    ReplyDelete
  48. tak pernah lagi smapai ke Ho Chi Minh ni. Tapi banyak jugak cerita yang kurang elok didengar bila datang melancong ke vietnam ni.

    ReplyDelete
  49. ALHAMDULILLAH, saya pergi tidak ada yg buruk menimpa

    ReplyDelete
  50. Teringin nak pergi....tp takut xtahu mne nk tuju sbb pergi sendiri...

    ReplyDelete
  51. Saya dah pergi 5x ke HCMC @ Saigon ni. Alhamdulillah xde berlaku apa2 musibah. Next week nak pergi lagi.... hehehehe

    ReplyDelete
  52. pergi dengan ajensi lebih mudah atau boleh pergi sendiri..minta penjelasan...

    ReplyDelete
  53. terpulang kepada individu masing2x. Kalau macam saya suka pergi sendiri. Tpi sebelum nak pergi sana kena google dulu tengok pengalaman dorang pergi sana macam mana jgn terus terjah ke sana. Kalau rasa macam tak yakin sangat pergi sendiri boleh pergi by agensi. Tgk bajet ada berapa kalau by agensi sbb ada yang caj murah ada yang mahal. Kalo pergi sendiri lg jimat skit dan tak terikat dengan rules agensi. :D

    ReplyDelete
  54. Teringat kopi ais vietnam tu, sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  55. […] baca kat [SINI] untuk percutian ke Vietnam saya yang […]

    ReplyDelete