√ Mad Max Fury Road Sebuah Movie Aksi Paling Dahsyat! - Adarain

Mad Max Fury Road Sebuah Movie Aksi Paling Dahsyat!

Mad Max Fury Road | Dah lama tak update review pasal movie kat sini. Dah banyak aku tengok movie kat wayang sebelum ni cuma tak tulis kat sini seperti movie fast & furios 7, Ghost Coin, The Avengers dan Pitch Perfect. Baru hari ini ada feel nak menulis pasal movie.


Mad Max Fury Road Sebuah Movie Aksi Paling Dahsyat!


Kali ini movie yang aku nak tulis bukan calang-calang movie sebab movie ni jalan cerita memang terbaik penuh dengan aksi kow-kow punya. Boleh kata aksi dalam Movie Mad Max Fury Road adalah yang terbaik setakat ini kalau nak dibandingkan dengan The Avengers, Fast Furious or Secret of Kingsmen.



Sinopsis Mad Max Fury Road



  • Mengenai persekitaran gurun yang kehabisan air dan juga minyak gasolin di mana hampir ke semua orang di bumi menjadi gila dan berjuang demi keperluan hidup.

  • Hero bernama Max cuba melarikan diri dari pemberontak lain demi mencari ketenangan diri selepas kehilangan keluarga.

  • Manakala heroin bernama Furiosa yang penuh dengan harapan ingin menyelamatkan 5 orang wanita daripada menjadi hamba di kawasannya untuk mencari kawasan lain yang penuh dengan kehijauan yang menjadi tempat peninggalannya suatu ketika masa kecil dahulu.


[caption id="attachment_3998" align="aligncenter" width="700"]Fury Road topeng bergigi adalah ketua jahat iaitu Immortant Joe[/caption]

  • Max dan Furiosa bertembung apabila berlaku aksi kejar-mengejar dari musuh yang diketuai oleh Immortan Joe yang ingin mendapatkan kembali wanita-wanita tersebut.

  • Mereka kemudian bekerjasama dengan menyerang musuh untuk melindungi wanita yang lain.


[caption id="attachment_3996" align="aligncenter" width="700"]Mad Max Fury Road Salah satu halangan iaitu puting beliung pasir[/caption]

  • Adventure tetap diteruskan walaupun terus dikejar oleh musuh sehingga Furiosa sedar bahawa tempat yang penuh kehijauan seperti yang diharapkan itu telah tiada akibat kekurangan air dan berlaku pencemaran di kawasan tersebut.

  • Furiosa mula mengalah namun Max cuba memberi kata semangat untuk mencari kawasan lain.

  • Adakah Furiosa dan Max berjaya kawasan yang penuh dengan air dan tempat kehijuan? Wujudkah kawasan kehijauan (pokok, tanaman) lain seperti yang diharapkan?

  • Itu kena tengok sendiri dipawagam kalau nak tahu jawapannya.


Mad Max Fury Road 2015 HD Wallpaper

Review Mad Max Fury Road



  • Durasi Mad Max Fury Road adalah 2 jam lebih dan sepanjang movie berlangsung penuh dengan aksi dari babak awal sehingga habis movie. So, korang takkan bosan gila dengan adanya babak yang menyeronokkan dengan aksi stunt yang gila-gila dan  berbahaya.

  • Karakter yang dilakonkan memang terbaik walaupun Max selaku hero tak banyak dialong dalam movie ini tetapi peranannya dalam aksi memang terbaik! begitu juga dengan Furiosa.

  • Persekitaran pula unik iaitu dikawasan gurun penuh pula dengan kawasan yang diketuai oleh puak masing-masing di mana setiap kawasan ada kelebihan tersendiri seperti air, minyak dan security.

  • Diselitkan pula dengan babak lawak bersahaja dari musuh yang memainkan gitar sepanjang masa untuk menaikkan semangat untuk berperang. Tak pernah dibuat orang guna gitar kalau nak berperang siap berapi tu dan banyak lagi

  • Tiada babak cinta-cintun. Aksi sepanjang masa.

  • Yang tak bestnya salah satu wanita dalam 5 orang yang paling cun pula mati. (spoil)

  • Walaupun penuh dengan aksi tapi diselitkan pengajaran yang terbaik iaitu no Give up walaupun pengharapan tu satu kesilapan tetapi tidak jika kita terus berusaha.


Best tak Mad Max Fury Road?


Ya!, movie ini memang mantap dan sangat dahsyat. Kena pergi tengok memang takkan rugi. Bagi 4.8/5 Bintang untuk movie Mad Max Fury Road yang diarahkan oleh George Miller.


 

Get notifications from this blog

18 comments

  1. wow! menarik ni.. hehe.. tapi aku movie the avengers 2 pun tak tengok lagi. T_T

    ReplyDelete
  2. fuhh dahsyat cerita nih bro.. suka tengok mengharungi puting beliung pasir tuh

    ReplyDelete
  3. mantap tuh filmnya seru bangett,,,, wedan pokonya

    ReplyDelete
  4. Hari tu ada perasan poster movie ni.. boleh tengok ni... menarik. Thanks sharing Bahrain.. :)

    ReplyDelete
  5. mesti best tengok dengan awek ini bro..

    ReplyDelete
  6. ishh..

    ni pun rasanya macam kena tengok gak ni..

    ReplyDelete
  7. ramai dok rekomen tgk cerita ni. wa rasa macam nak kena layan gak la weekend ni

    ReplyDelete
  8. recommended. terbaik punya!. haha

    ReplyDelete
  9. haha, dengan awek memang best la lagi2x kalo dia menjerit.

    ReplyDelete
  10. Part puting beliung tu memang terbaik ar.

    ReplyDelete
  11. Okay dah boleh tunggu keluar bluray nanti. tengok yang download je. hehhe

    ReplyDelete
  12. alrite macam nak kena layan double sekali spy je ni hehe

    ReplyDelete
  13. Sekali sekala tengok movie marathon. haha

    ReplyDelete
  14. kat mane nak download movie ni ?

    ReplyDelete
  15. movie untuk Blue Ray blom keluar lagi

    ReplyDelete