√ Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik - Adarain

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

Terkejut bila terdengar isu di mana Sijil Halal Secret Recipe telah ditarik balik atas sebab tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

Secret Recipe salah satu tempat favourite aku lepak makan plus selalu beli kek kat situ. Favourite kek iaitu Chocolate Indulgence dan Blueberry Cheese. Biasa kek ni buat time hari jadi.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Sejak GST diperkenalkan memang jarang lepak kat secret recipe sebab masa pergi terkejut dengan harga terkini walaupun tak ada nampak ketara sangat tapi tak berbaloilah dengan harga macam tu. Lebih baik makan restaurant lain.

Maksud Sijil Halal Ditarik Balik?


Sijil Ditarik Balik adalah hukuman kritikal dan muktamad bahawa pihak syarikat telah melakukan kesalahan serius di dalam prosedur atau standard pensijilan Halal Malaysia. Sebelum sijil ditarik, sijil halal akan digantung dahulu bagi memberi peluang pihak syarikat membuat pembetulan atau audit dan ujian semula dilakukan.

Apabila pihak syarikat tetap gagal mematuhi prosedur/standard Halal Malaysia, maka sijil halal mereka akan DITARIK. Setelah sijil halal ditarik, pihak syarikat hanya boleh membuat permohonan semula selepas tempoh 6 bulan.

Kenapa Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik?


Sijil Halal ditarik balik ke atas Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.

Ini bermakna Syarikat Utama tersebut mungkin tidak menjaga kebersihan dengan betul dan mengambil sikap acuh tak acuh soal kebersihan.

Kalau Sijil Halal Ditarik Balik Jadi Haramlah Makan?


Ini pun menjadi isu sekarang apabila sijil halal ditarik balik adakah bererti makanan secret recipe haram di makan atau pun tidak?

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka, penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu walau bagaimanapun bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

Jadi Halal tak makan kat Secret recipe, Boleh rujuk [DISINI], korang nak ke makan makanan yang telah ditarik balik sijil halal atas sebab tidak menjaga kebersihan? :D

Get notifications from this blog

13 comments

  1. Yang halal itu nyata dan yang haram itupun nyata..

    ReplyDelete
  2. Tak tau nak cakap. Rasanya tunggu sijil halal tu dikembalikan semula baru pergi la kot. Sementara tu boleh le cuba restoren lain dulu.

    ReplyDelete
  3. reputasi syarikat ini memang terjejas teruk..masalahnya brand Secret Resipe ada kat mana-mana dan ia memberi gambaran negatif kepada cawangn lain..walaupun hakikatnya tidak

    ReplyDelete
  4. makan kek kedai lain pun sedap, datang balik bila sijil halal dah dapat.

    ReplyDelete
  5. susah-susah silakan buat sendiri..lagi sedap tau!

    ReplyDelete
  6. mudah mudahan lebih banyak serbuan dilakukan pada restoran restoran berjenama besar.

    ReplyDelete
  7. Syarikat yang besar perlulah menjaga tahap kebersihan terhadap bahan-bahan mentah yang mereka gunakan. Semoga selepas ini, Secret Recipe akan melakukan segala kelemahan yang ada agar Sijil Halal itu dapat kembali.

    ReplyDelete
  8. great artikel ,, makasih buat infonya sangat membantu

    ReplyDelete
  9. kotor tu yang kena tarik balik sijil halalnya

    ReplyDelete
  10. beli la kek kat kedai kek biasa. janji ia kek. support sikit peniaga peniaga kecilan ni kan :D

    takyah risau pasal sijil halal klu peniaga kecil ni

    ReplyDelete
  11. ohh..

    baru la aku tahu nih.

    lama sangat tak ambil tahu pasal berita semasa..

    ReplyDelete
  12. Lebih menghindari yang sudah nyata

    ReplyDelete
  13. Tak jadi beli kek baru ni nak buat Birthday anak. Kalau di tarikbalik bermakna something is wrong walau tak menggunakan bahan yang tidak halal.

    ReplyDelete