Saturday, 27 June 2015

Tempat Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadan di Bangi

Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita menunaikan kewajipan kita iaitu berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati.

Belum tiba hari raya, lagu raya dah berkumandang di serata tempat especially di shopping complex.

Just nak berkongsi tempat aku berbuka puasa sepanjang minggu pertama di bulan Ramadhan. ALHAMDULILLAH, sepanjang puasa tak ada masalah perut meragam ke tak sihat atau termakan / terminum walaupun tak sengaja puasa tetap sah. 

Tempat Berbuka Puasa

Ini adalah Ramadhan pertama aku berbuka puasa di rumah sewa semenjak sudah kerja kalau sebelum ni berbuka puasa time belajar dan di rumah Parent sekarang tak lagi.

So, hari pertama macam biasa buka puasa kat rumah makan nasi tomato beli kat bazar depan rumah. Itu pun harga mau nak mencengkik darah bila peniaga tersebut kata harga untuk satu nasi tomato RM7. Mahal sangatttt! Sorry memang takkan datang lagi.

Tappers Cafe Ioi City Mall Putrajaya (PERMANENTLY CLOSED)

Kemudian, makan kat luar kali ini dekat IoI City Mall Putrajaya iaitu Tappers Cafe. Sebenarnya plan nak Ke Sunway Pyramid tapi sebab tidak sempat nak ke sana dengan jem lagi so better makan kat IoI City Mall .

Tak semua restaurant or cafe kat sana mahal2x belaka ada yang murah sebenarnya iaitu di bahagian luar di bahagian Food Junction. Keluar ikut pintu kiri bersebelahan Magnum cafe. Kat situ ada banyak kedai makanan.

Pilihan menu berbuka puasa aku adalah Tappers Soya Chicken Rice (RM11.90) dan Honey Lemon (RM3.90). Okla kan Bawah RM20 murah dari makan kat restaurant lain seperti Secret recipe, kenny rogers dan banyak lagi.

Tempat pun best putih lagi suci dan tak ramai orang sangat. :D

Itu je lah tempat berbuka puasa yang aku nak kongsikan dengan korang memandangkan mood menulis aku tetiba datang. :D, Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh-NYA :D

Cadangan Tempat Berbuka Puasa Di Bangi

1. Bangi Golf Resort 

Salah satu tempat feveret boleh kata hampir setiap tahun pergi kat sini iaitu Bangi Golf Resort yang menyediakan hampir 200 juadah tempatan, china dan barat dengan harga RM58 sahaja. Kemudahan ruang solat juga disediakan.

Bangi Golf Resort

Tempat ini memang sangat luas tapi crowded dengan orang nak berbuka puasa kat sini. So, korang jangan expect dapat ambil makanan dengan mudah.. tak!... nak ambil makanan sampai kena beratur panjang.. antara juadah femes panjang beratur ialah kawasan Kambing bakar dan satay... Disarankan untuk korang datang awal dalam 6.45pm sebab time tu dorang dah buka dan time tu la korang terus ambil lauk apa yang korang nak ambil..

Kalau tak nak berbaris panjang, korang bolah datang lepas maghrib., tak ramai lah yang beratur..abis tu macam mana kalau lauk habis kalau datang lepas maghrib? Bangi Golf Resort menjanjikan lauk dorang takkan habis.. aku lepak sampai pukul 9pm lebih masih ada lauk lagi...

Sesiapa yang nak try berbuka di situ boleh try cari no phone Bangi Golf Resort kat google ataupun di Facebook untuk membuat tempahan.

2. Maha Buffet

Buffet ramadan ini dianjurkan oleh dua kedai yang berlainan dalam dalam satu dewan yang besar iaitu Mok Kimbong dan Experiment Kitchent. Dua kedai makan ni memang antara yang famous tempat makanan kat Bangi boleh kata sentiasa penuh setiap hari kalau hari biasa.. Kalau time ramadan lagi-lagi buffet ramadan comfirmla ramai orang.

Pengalaman kedai makan kat sini memang best sebab antara kelebihannya dewannya memang besar kat MAEPS dan menu makanan yang banyak pilihan sampai korang pun rambang mata nak makan mana satu.. 

Selain itu, ada juga ruang tempat permainan untuk kanak-kanak dan juga ruang untuk solat yang agak besar. Selanjutinya boleh klik >> DISINI

3. QNA Republic Cafe Bangi (PERMANENTLY CLOSED)

Sesiapa yang mencari tempat berbuka puasa dengan harga yang berpatutan boleh try berbuka di QNA Republic Cafe dengan harga serendah RM39.90. Dengan harga tersebut korang boleh makan 50 juadah yang disediakan. Harga mungkin akan berubah setiap tahun.

So, kalau nak makan kat situ kena buat tempahan awal sebab kalau terus terjah memang penuh (full House)

4. BurgerByte Bangi Seksyen 15 (PERMANENTLY CLOSED)

Beberapa hari yang lepas sempat berbuka puasa di sini. Sangat puas hati dengan makanannya ala western ada steak sekali memang kenyanglah perut korang then orang pun tak ramai sangat walaupun takde buat promosi ramadan tapi still berbaloi untuk berbuka puasa di sini.

Jangan la korang order air Jumbo untuk sorang.. hahaha. Sebab Jumbo dia bukan besar biasa tapi macam besar jug boleh minum satu family. serius gtau..  kitaorang tak tahu pun jumbo dia besarnya macam tu, gila terkesima tengok saiz jumbo glass yang sangat besar. Memang tak habis minum sorang terpaksa bawa lebih airnya kalau tak membazir je..

5. Ioi City Mall Putrajaya

Kat Shopping mall ni ada pelbagai restaurant yang menyediakan juadah khas untuk berbuka puasa. Antara Restaurant famous yang boleh korang berbuka puasa adalah Chicken Rice Shop, Sukiya, Absolute Thai, Manhattan Fish Market dan banyak lagi. 

kalau nak makan buffet pun ada sekali mcam Seoul Garden, PakJohn dan Su-kiya. Cuma Su-kiya belum ada halal kalau tak silap lagi

So korang kena sampai sana pukul 6 pm kalau sampai sana pukul 6.30 memang full house la jawabnya. Hampir kesemua restaurant yang dinyatakan tadi full house seawal 6.30 pm lagi. Itupun lepas maghrib masih ada orang beratur lagi untuk menunggu turn untuk makan di restaurant.

Kalau korang sebagai penggemar atau owner kedai ke ada nak promote tempat berbuka puasa yang best dan ingin dikongsikan bersama bolehlah komen klik >> DISINI. 

20 Comments

aku banyak gak berbuka kat luar. slalu share kat insta. smpai member aku cakap aku ni dah macam duta jalan jalan cari makan hahaha :D

pergh.. mesti hang setiap hri kuar berbuka kat kedai tu dipanggil duta jaln2x cari makan. haha :D

haha kebetulan je bro sebenarnya.

Orang bujang memang tak ada masalah makan kat luar macam tu ... cuba kalau dah berkeluarga, mau sengketa jadinya huhuhu

Duit pun banyak keluar untuk makan sekeluarga

Seronoknya berbuka di masjid ramai2. Jimat pun jimat. Selamat berpuasa.

gambar last tu macam sedap aje.

bak sikit.

Dulu masa bujang pun selalu juga pergi bazar yang best dan murah..masa tu nasi tomato baru rm4.50 kot..sekarang memang mampu tengok saja la

Salam.. haii.. Dramatic Uniq datang blogwalking kat sini.
Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)

Amin. Selamat berpuasa juga. Moga kita ketemu malam lailatul qadar Amin :)

menu buka puasa yang sangat menarik pasti enak tuh,, makasih buat sharingnya

Dari mula Ramadan hingga semalam, aku berbuka di rumah mertua, sebab di rumah situ hanya beberapa orang saja yang berbuka. Jadi aku meriahkan mereka bersama-sama. Hujung minggu pula balik rumah mak bapak aku.. :)

saya masih bertahan berbuka di rumah sahaja. bazar ramadhan pun belum jejak. hihih

baguslah sis, lagi jimatkan. :D

Best juga berbuka di rantau orang nie, dapat pengalaman baru...

Hidup sendiri mau berbuka dan pergi kemana saja tidak masalah, alau sudah ada anak istri pasti akan berbeda.

Laaa, duk Putrajaya ke? Entah-ntah jiran tak? hahaha
Setakat ni tak pernah lagi ke Bazaar Ramadan. Biasa beli air tebu kat Sungat Merab jer :)

takde la sis, saya duduk area bangi. :D sg merab dekat je tu ngan tempat aku :D