√ Terminator Genisys : Reset The Future - Adarain

Terminator Genisys : Reset The Future

Yeah, Terminator Genisys sudah pun berada di pawagam sejak 2 hb Julai 2015 (Khamis) yang merupakan kesinambungan dari Terminator terdahulu.

Ramai yang memberi respond yang positif dan tak kurang juga ada yang memberi reaksi negatif pasal movie Terminator Genisys ini.

Nak tahu best ke tak movie Terminator Genisys ni, jom kita baca Sinopsis Terminator Genisys dulu.

Sinopsis Terminator Genisys


John Connor adalah harapan terbesar bagi manusia untuk memperoleh kemenangan terhadap Robot. John berjaya meraih kemenangan dalam peperangan menentang Skynet tetapi tidak berjaya menghalang Skynet yang terlebih dahulu menghantar robot terminatornya yang terakhir ke masa lalu untuk membunuh Ibu John iaitu Sarah Connor agar John tidak wujud pada masa akan datang.


John juga telah menghantar Kyle Reese ke masa lalu iaitu pada tahun 1984 untuk menghalang terminator tadi dari membunuh serta melindungi ibunya Sarah Connor

Setelah kembali ke masa lalu, Kyle Reese telah bertemu dengan Sarah Connor dan segala perancangannya berubah untuk melindunginya kerana Terminator milik Sarah iaitu Pak terlebih dahulu melindungi Sarah dari bahaya terminator yang lain.

Kemudian Kyle sekali lagi merentasi masa ke 2017 bersama sarah untuk menghentikan Projek Genisys. Genisys is Skynet yang membawa permulaan kepada peperangan robot dengan manusia

Kali ini Pak, Kyle dan Sarah bakal menentang musuh yang sangat kuat dan berbahaya iaitu  T-3000. Lebih hebat daripada T-X yang disajikan dalam Terminator 3.


Ulasan Terminator Genisys


Pada awal movie ini ditayangkan, sudah bermula babak aksi peperangan secara berterusan sehingga ke akhirnya namun tidak terlalu meleret dengan babak aksi sahaja.

Dan paling aku cuak bila mana terminator ni nak bunuh kyle dan sarah. Dia punya kejutan mengalahkan movie hantu. Effect bunyi yang kuat tu yang buat aku terkejut. :D

Kejutan makin bertambah apabila John connor juga ada pada tahun 2017 bertembung pula dengan kyle bersama sarah dan telah bertukar menjadi terminator yang lebih hebat dan jahat? Macam mana John boleh jadi terminator tu kena tengok sendiri.

====

Bab Pak, siapa pak?

Pelik gak bila tengok Pak lakonan Arnold ni dia punya wajah dah tua, bila ada explanation dalam movie ni kenapa dia berwajah tua sedangkan dia robot barulah tahu kisahnya.

Tagline Pak "I'm old but not outdated" - "Tua tapi tidak ketingalan zaman" Dia punya senyuman memang tak boleh handle bikin penonton gelak. :D

Pak dah upgrad dari robot biasa T-850 kepada robot yang lebih awesome iaitu robot T-1000 yang boleh cair dan mengubah rupa dan badan sesuka hati itupun di babak akhir.


Best Tak Terminator Genisys?


Secara kesuruhan movie Terminator Genisys ini memang best dan sangat awesome. Bagi 8.8/10 Bintang.

Lepas habis movie jangan balik terus sebab ada kredit movie lepas habis movie ni. So means, ada sambungan lagilah gamaknya. :D

Get notifications from this blog

7 comments

  1. okeh.

    filem ni memang kena tengok.

    hoho..

    ReplyDelete
  2. wah, belakon lagi ke mayor arnold tu. terbaiklah dia

    ReplyDelete
  3. pastilah selalu sukses film terminator,soalnya penuh imajinasi

    ReplyDelete
  4. aduh belum sempat lihat bilm terminator yang baru tuh

    ReplyDelete
  5. berlakon lagi and still gagahh :D

    ReplyDelete
  6. pakcik arnold ni berlakon lagi rupanya. hehe..kalau 8.8 boleh lah check it out :D

    ReplyDelete
  7. best movie baru ni. aku suka!

    ReplyDelete