Album Konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 - adarain

Tuesday, 11 August 2015

Album Konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015

Dato 'Siti Nurhaliza Unplugged 2015 merupakan konsert Live yang diadakan selama satu hari sahaja iaitu pada 7 April 2015 yang lalu di Istana Budaya sebagai tanda 20 tahun beliau berada dalam industri Muzik di Malaysia.


Hampir ke semua lagu yang dipersembahkan adalah lagu hits beliau dari dulu sehingga sekarang dan beliau banyak mengetengahkan lagu dari album Fragmen yang terbaru.


Persembahan berlangsung selama 2 jam dan menyanyikan hampir 30 puluh lagu dan 20 lagu darinya telah digubah dan disusun menjadi medleys.



Album Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015


Walaupun berlangsung selama satu hari sahaja, beliau telah membuat satu album khas pada 3o Jun untuk peminat yang tidak dapat hadir ke konsert beliau dan sebagai tanda penghargaan, beliau telah menghadiahkan 3 buah lagu baru untuk peminatnya iaitu Engkau, Mikraj Cinta dan Menatap Dalam Mimpi


Lagu Mikraj Cinta yang bergenre ketuhanan menjadi bualan orang ramai kerana lagunya yang sedap didengar. :D


Siti Nurhaliza - Mikraj Cinta



Review Album DVD Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015


Ini serius first time beli DVD konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 dan tak pernah beli mana-mana DVD baik movie ataupun lagu.


Album Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged 2015


Dari segi vocal live Dato Siti Nurhaliza tu memang tak dapat dinafikan terbaik tetapi agak menghampakan adalah sebab kualiti video DVD tak seperti apa yang diharapkan, not very clear video,


Kalau kualiti DVD sahaja dah macam tu belum lagi VCD, kualiti video mesti lagi kurang. Mungkin kena upgrade ke Blue Ray pula kali ni :D


Dalam DVD ni tak ada lagu tambahan seperti Mikraj Cinta, Menatap dalam mimpi dan Engkau tetapi tak payah risau sebab boleh dengar di Spotify secara online (free). Jimat sikit duit dari beli CD.


Overall lontaran yang dibawa memang sedap didengar, lagu favourite tak ada pula dalam senarai yang dibawa oleh konsert siti nurhaliza unplugged 2015 dan kualiti video kurang.


Tonton and dengar secara live ni lain feelingnya dari tengok kat DVD. Sebab dah rasa feeling tengok live artis menyanyi seperti Hafiz Hamidun dan Aisyah yang popular dengan vocal yang mantap lagu Janji Manismu


 
Comments

5 komentar

Dah keluar DVD konsert Unpluged Dato Siti Norhaliza... Pasti para peminat beliau gembira mendengar berita tersebut... ;)

saya minat suara asal dato siti nurhaliza masa mula mula dia nyanyi.

Saya pun sama, suara masa tu fresh lagi kan, belum 'pecah'..tapi Dato Siti memang power la

memang betul masih terdengar saja khas suaranya

siti namanya dah terukir di perkongsian diva indonesia


EmoticonEmoticon