Reinkarnasi by Faiz Ibrahim Tentang Kehidupan Dan Cinta - adarain

Wednesday, 12 August 2015

Reinkarnasi by Faiz Ibrahim Tentang Kehidupan Dan Cinta


Reinkarnasi : Yang sedang jatuh, yang tidak tahu mana ingin dituju, moga buku ini bantu dan buat kau nampak, sayangnya tuhan sentiasa ada



Siapa Sebenarnya Faiz Ibrahim?


Faiz Ibrahim sebenarnya bukanlah siapa-siapa hanya sekadar orang biasa tetapi sudah menjadi public figure di laman sosial sebab selalu mengemaskini status yang menarik. Kisahnya juga mendapat perhatian di sensasi.org


Boleh kata dia ni selalu up status di facebook dan twitter. Macam biasalah kalau orang selalu up status dikatanya cari publisiti dan macam-macam lagi.


Tak sah kalau tak dengki. Itu normal dalam kehidupan ada yang suka ada yang tak.


Aku kenal dia ni pun time nak beli Powerbank Pineng. Sampai sekarang Powerbank masih elok lagi dipakai.


Boleh terjah blog dia [DISINI]




[caption id="attachment_4395" align="aligncenter" width="700"]Reinkarnasi by Faiz Ibrahim sumber gambar dari twitter @aniiza_saidin[/caption]

Tentang Buku Reinkarnasi


Nak beli buku Reinkarnasi punyalah lama tunggu boleh kata nak seminggu baru sampai. Nasib baik hari tu mood aku memang tersangat baik jadi aku tunggu dengan sabar. Jawapan dari pihak The Faiz Ibrahim katanya ada masalah teknikal.




Sebenarnya buku ni aku nak jadikan sebagai hadiah kepada rakan aku yang nak kahwin tapi dah seminggu tak sampai, memang tak sempat nak bagi hadiah kat member sebab dah kahwin. Jadi aku bacalah buku ni sendiri.



Maksud Reinkarnasi

Definisi Reinkarnasi berdasarkan hasil kajian aku digoogle adalah 'rebirth' / kelahiran semula.

Ulasan Buku Reinkarnasi


Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang sangat down dengan kehidupan atau cinta. Dengan buku ini korang akan ada semangat untuk bangkit terus maju kehadapan untuk menggapai kehidupan yang lebih baik.


Senang cerita buku ini memberi satu kata-kata puitis untuk korang terus samangat sama ada dalam kehidupan, cinta dan impian. Jangan tak percaya dalam buku ini korang akan terasa seperti sama apa yang dialami oleh penulisnya sendiri. Tak percaya pergi cari buku ni dan baca sendiri.


Juga ada selingan diari peribadi tentang Parentnya, kerjaya dan lain-lain lagi.


Buku ini walaupun sangat simple takde warna-warni seperti buku Mat lutfi tetapi intinya cukup memberi makna untuk korang terus bersemangat mencari makna kehidupan dari Tuhan


10 Fakta Tentang Buku Reinkarnasi by Faiz Ibrahim


Macam mana nak beli buku Reinkarnasi?


Boleh layari www.thefaizibrahim.com untuk membuat pembelian secara online. Kalau tak reti nak beli kat laman web tersebut, boleh whatsapp/Telegram kat no ni 011-2091-2191.

Comments

6 komentar

aku tak pernah baca buku macam ni. takut tak boleh layan je

Faiz Ibrahim memang terkenal dengan status yang menarik, ayat santai, masuk dalam jiwa :)

Bestnya tengok orang ada buku fizikal sendiri... Teringin nak ada buku fizikal sendiri, satu hari nanti...

Oh maksudnya kelahiran semula...

den tak rajin membaca buku camni

okeh.

boleh baca.

buku macam ni bagus untuk diri hensem ini.


EmoticonEmoticon