Tuesday, 25 August 2015

Gambar Jadi Menarik Dengan Fotojet

Nak edit gambar jadi menarik tapi tak tahu kat mana nak edit gambar? Fotojet la jawabnya, haa! apa tu fotojet? ok, Fotojet sebenarnya adalah salah satu penyelesaian secara online untuk kita yang mungkin buntu nak edit gambar dalam pada masa yang sama malas nak download software picture editor

Edit Gambar Dengan Fotojet.com


Fotojet merupakan salah satu web di mana boleh mengubah gambar kita menjadi cantik dan menarik tanpa perlu download mana-mana software untuk edit gambar.

Fotojet telah menawarkan hiasan gambar yang menarik salah satunya menerusi tiga bahagian Collage, Social Media, dan Photo Card.


Gambar Jadi Menarik Dengan Fotojet
website fotojet

Collage

Dalam bahagian ini ada banyak collage yang disediakan yang terdiri daripada modern, classic, holiday dan banyak lagi. Kita boleh letak gambar yang menarik dengan caption pilihan sendiri.

Social Media
Dalam kategori ini, kita boleh edit gambar untuk facebook cover dan juga facebook post. Jadi tak payah susah-susah nak edit berapa tinggi dan lebar untuk facebook cover, just kita edit sahaja kat fotojet kemudian kalau dah siap terus download masuk komputer dan upload di facebook untuk cover.

Photo Card

Mungkin kita nak post kat someone special or buat kenangan boleh lah buat kat photo card. Dalam bahagian ini ada banyak kategori yang disediakan salah satunya adalah Birthday, annivesary, baby, thank you dan banyak lagi.


Selepas pilih mana-mana pilihan untuk gambar, edit la mengikut kreativiti dan boleh juga adjust dan edit pada caption yang kita mahukan. Menariknya, pelbagai jenis font yang disediakan dan ini menjadikan gambar kita semakin menarik dengan font yang cantik.


Selesai sahaja edit gambar dan berpuas hati dengan gambar yang telah di-edit bolehlah share gambar tadi ataupun terus download ke komputer.

Tiada kos atau caj yang dikenakan kalau mahu menggunakan perkhidmatan laman ini.

Kesimpulan


Apa yang diterangkan di atas adalah asas sahaja dan boleh explore lagi di laman tersebut kerana ada banyak lagi hiasan menarik seperti di bahagian Classic, New, popular dan banyak lagi.

Jadi bolehlah layari laman Fotojet.com untuk edit gambar jadi lebih cantik. Juga, boleh ikuti perkembagan menerusi facebook [DISINI]

Semoga bermanfaat untuk kita semua. :D

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

9 comments:

  1. banyak design yang cantik-cantik, boleh cuba nanti!

    ReplyDelete
  2. Whoa!! makin mudah edit gambar supaya nampak lebih profesional sikit. :)

    ReplyDelete
  3. wah design cnatik2 jugak tu, boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Wah menarik ni, selalu guna PhotoGrid, boleh try ni Fotojet :D

    ReplyDelete
  5. first time ni dengar pasal fotojet.

    gi usha jap.

    ReplyDelete
  6. g usha hasilkan gambar menarik boleh buat kenangan or bagi kat student. :D

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon