Sunday, 23 August 2015

Kisah Beruk Yang Menyayat Hati

Kisah Beruk Viral dari FB, beruk yang tangannya luka akibat terkena mercun. Kejadian berlaku bulan lepas di Taman TAR, Ampang.

Beruk yang diberi nama Michai oleh NGO yang menjaga kawasan tersebut cedera ditangannya akibat ada individu yang tidak bertanggungjawab melempar mercun bola.

Michai yang menyangka mercun itu adalah makanan dan mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya. Lebih menyayat hati Michai telah dilanggar lari sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah.

Cubaan menyelamatkannya dengan membawa ke klinik haiwan gagal dan Michai telah mati. Banyak lagi kes penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar di sana. Di harap pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di sana.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Manusia kejam Beruk jadi mangsa


Binatang tak ade akal fikiran yang waras seperti mana manusia yg di berikan akal fikiran yg waras untuk memikirkan sesuatu perkara yang baik atau sebaliknya.

Walaupun haiwan tak ada akal tapi haiwan ni ada perasaan juga.

Bila manusia tidak mengikut akal yang diberikan dan mengikut nafsu sesuka hati maka manusia ni lebih teruk dari haiwan.

Semoga si pelaku mendapat pengajaran yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan kepada beruk yang bernama Michai.

14 Comments

itulah ada baca kat fb, memang kesian kat beruk tu.

Zaman sekarang, banyak manusia yang tarafnya lebih rendah daripada haiwan ... susah pula nak membezakan sebab banyak berselindung di sebalik topeng

sedih tgk kisah beruk ni, bukan apa, tangan beruk penting sebab mereka guna untuk panjat pokok dan cari makanan, kalau dah tangan cedera, nak hidup macam mana, memang x berhati perut la yang buat beruk macam ni

ni la kalau tak guna akal dengan betul.

Bila tengok ni kesian tau..walaupun dia tak dikurniakan akal tetapi kenapa la manusia yang ada akal tak boleh nak berfikir...

Tiba masanya bagi mereka yang menganiaya binatang dibawa ke muka pengadilan.

sungguh tidaj punya perasaan itu pelakunya ,, coba bayangin kalo c pelaku itu jadi c beruk pasti sakit rasanya

kasihannya beruk tu, semoga si pelaku akan menerima balasannya

mmg beruk la manusia yang memberukkan beruk ni...mohon tukar roh mereka

MANUSIA SAMA KINI SANGAT KEJAM DENGAN HAIWAN....
Entri terbaru mamakirschen : TIPS PENTING PENJAGAAN SELEPAS PEMBEDAHAN

Harap sangat si pelaku insaf dan terus tidak melakukan penyeksaan kepada binatang selepas ini. Aminn...

manusia yang diberi akal menggunakan akal jahatnya untuk mendera haiwan itu memang teruk!