Macam Mana Nak Buat Kalau Kucing Datang Time Tengah Makan Kat Kedai
Aku salah seorang yang suka dengan kucing, kat rumah ada 2 kucing comel lagi gebu bela dari kecil hasil pemberian jiran.
Orang yang selalu bela kucing ni dah biasa dengan ragam-ragam kucing, ada yang manja, ada yang monyok memanjang, ada yang aktif dan banyak lagi.
Kucinglah salah satu tempat menghilangkan stress dengan menatap wajah kucing lagi-lagi bila kucing tu bergeseran manja dengan kita. :D
Kucing Datang time tengah makan kat kedai makan
Situasi ini berbeza dengan orang lain sebab ada yang rimas dengan kucing and ada yang suka dengan kucing.
sekadar gambar hiasan |
Tapi sebelum tu, kita kena pantau kawasan kat situ. Banyak kucing ke tak dan sesuai tak bagi makan kucing kat bawah meja.
Kalau Banyak kucing
Ini kita kena alert sebab bagi makan kucing kat seekor je then kena bagi makan kucing tu secara rahsia.
kalau kucing lain nampak kita bagi makan kat seekor kucing je comfirm kucing lain datang berebut, silap-silap boleh gaduh besar antara kucing lain. Kucing kalau dah gaduh kejar sana-sini boleh hura-hara kedai tu dah menyusahkan orang lain pula.
Situasi tempat nak bagi kucing makan lebihan makanan
lihat juga kawasan yang nak diberi makanan kat kucing, kalau meja kita berada di tengah eloknya bagi makanan kat luar kedai makanan.
Kalau bagi makanan kat dalam kedai makanan ada 2 situasi akan berlaku iaitu sama ada akan ada sisa makanan kucing dan kucing tak makan dengan makanan yang kita beri.
kita telah menambahkan kekotoran lagi kedai makan hasil pemberian makanan kepada kucing di dalam kedai.
Eloknya, berilah makan kat kucing tu di luar kedai makan. Tak yah nak malu bawa makanan ke luar kedai. Buat perkara mulia bagi makanan kat kucing apalah yang nak dimalukan. ye dok?
Bagilah kucing makan sebab ianya salah satu asbab sebagai penambah rezeki. :D
3 Tanda Kucing kepada Datang kepada kita
- Rezeki dikongsi bersama, ALLAH S.W.T mungkin ingin memberitahu bahawa rezeki yang ada perlu dikongsikan bersama.
- Allah S.W.T akan menggantikan dengan rezeki lain yang lebih baik. Buat baik akan diberi ganjaran kebaikan yang lebih banyak.
- ALLAH S.W.T memberitahu apabila tidak memberi makan kucing, kita telah menolak rezeki yang akan diberikan kepada kita.
Get notifications from this blog
haha..kadang2 terlepas pandang kat kucing2 tu..kesian kucing..inshaa allah lepas ni aku akan lebih prihatin...
ReplyDeletekawan aku cakap, bagi kucing tu mkan pas kita makan. aku bedal je bagi. dah cute sangat muka kucing tu. mana leh tunggu sampai kita abis makan baru nak bagi hehe
ReplyDeletebiasanya aku bagi aje.
ReplyDeletekecuali kalau aku makan yang pedas-pedas.
tak berani bagi. kang cirit kucing tu.
Setuju sangat dengan admin, tapi kadang memilih jugak si kucing ni pun ... entah apa yang ia nak pun tak tahu
ReplyDeletehaha, mmg selalu la kucing dtg lagi2 la anak2 sy suka
ReplyDeletedisebabkan anak saya suka picit kucing kuat2, terus kucing cabut lari
biasa juga bila kami di kedai makan
ReplyDeletekucing datang je
mungkin kaki kita ni ada bau kucing
haha
Kadang-kadang pernah juga terjadi bila bagi kucing makan, dia tak nak pulak...kotor pulak lantai...terpikir hurmmm memilih jugak si kucing nih hehe
ReplyDeletekekadang aku bagi, tapi kekadang kucing ni datang lambat, aku dah abis, tengah minum baru nak mintak..adoi...takkan nak hulur straw kot kan?ohoho
ReplyDeleteSelalu terjadi begini. Kadang-kadang Mek ila bagi je kucing tu makan tapi jenis makanan yang kering yang kucing boleh makan sekaligus. Jadi takdelah kekotoran yang ditinggalkan. Memang tak sampai hati tengok kucing yang lapar.
ReplyDeleteMemang betul tu, kalau kita menolak untuk memberi makan kepada kucing maknanya kita menolak 'rezeki' yang Allah nak bagi...secara indirectly la ni..itu sebab baik kalau kita bersedekah dengan memberi makan kepada kucing jalanan...
ReplyDeleteBiasa saya bagi makan jer.. Tapi pernah kena banyak kali gak la..bagi makan sekali, lepas tu datang mintak lagi..rasa macam nak letak pinggan kat bawah suruh dia makan sampai habis..hehe..
ReplyDeletebetul tu, insha allah berkongsi rezeki lagi murah rezeki kita kan
ReplyDelete