Bithday Vouchers For GSC Members dah tak ada dorang ganti dengan GSCcoins. Yang bawah ini abaikan je.
Tebus Birthday Vouchers For GSC Members Only
- Caranya senang sahaja kalau nak tebus tiket wayang free iaitu :
- Pergi kat Laman www.gsc.com.my
- Then cari PROMOTION pastu klik Bithday Vouchers For GSC Members Only
- Klik Bithday Movie Coupon kemudian Print. Tak kisah nak print berwarna atau hitam putih.
- Kemudian isi form yang telah print tadi. GSC login ID ialah member log in iaitu alamat email kita.
- Kemudian tunjukkan sahaja kertas yang kita print tadi tu ke kaunter GSC yang berdekatan.
Terma dan Syarat adalah seperti berikut:
- Exclusive for GSC members only.
- It is the customer’s responsibility to ensure their date-of-birth on their GSC member profile is accurate.
- GSC is not responsible if members are unable to claim their birthday voucher during their birthday month & no compensation will be given.
- This birthday voucher entitles a GSC member to ONLY Two (2) FREE movie tickets in a single redemption year.
- To redeem the birthday voucher, the GSC member MUST PRINT out this voucher (color or black & white) and fill in their details.
- GSC member MUST be present with the completed birthday voucher for redemption at GSC Box Office to enjoy FREE movie.
- Voucher must be verified with ORIGINAL Identification Card (NRIC) by GSC staff at GSC Box Office upon redemption.
- FREE movie ticket is valid in all cinemas for movies marked asterisk (*) only at all GSC cinemas nationwide (not valid in GSC Signature).
- For Digital 3D movies, a RM5.50 surcharge applies PER ticket.
- Original copy of GSC birthday voucher is available from www.gsc.com.my and GSC Mobile App only. Photocopied birthday voucher will not be accepted.
- Valid only during the month of actual birthday. For example, if the member’s birthday falls on March 15th, the birthday voucher redemption is valid from 1-31 March only.
- FREE movie ticket is not exchangeable for cash.
- Not valid with other GSC promotions.
- Not valid for Gold Class, Premiere Class, Twin Seats, MAXX and D-BOX.
Penerangan dalam bahasa melayu bagi yang tak berapa faham dalam bahasa inggeris
- Khas buat ahli GSC sahaja.
- Pelanggan bertanggungjawab dalam memastikan tarikh lahir mereka adalah benar di dalam profil ahli GSC mereka.
- GSC tidak bertanggungjawab jika ahli-ahli tidak dapat menebus baucer hari lahir dalam bulan kelahiran mereka & tiada pampasan akan diberikan.
- Ahli GSC boleh menebus Dua (2) ticket wayang PERCUMA dalam setahun menggunakan baucer hari lahir.
- Bagi menebus baucer hari lahir, ahli GSC PERLU MENCETAK baucer ini (berwarna atau hitam putih) dan isi maklumat mereka.
- Ahli GSC PERLU hadir bersama baucer hari lahir yang lengkap untuk penebusan tiket wayang PERCUMA di kaunter GSC Box Office.
- Baucer hari lahir perlu disahkan oleh staf GSC dengan kad pengenalan yang ASLI di kaunter GSC Box Office semasa penebusan.
- Tiket wayang PERCUMA ini sah untuk filem-filem yang ditanda asterisk (*) di semua lokasi (tidak sah di GSC Signature).
- Buat filem-filem 3D Digital, cas tambahan RM5.50 akan dikenakan kepada SETIAP tiket.
- Baucer hari lahir yang asli boleh didapati di www.gsc.com.my dan aplikasi Mobile GSC sahaja. Salinan baucer hari lahir tidak akan diterima.
- Sah dalam bulan kelahiran sahaja. Contoh, jika hari lahir ahli jatuh pada 15 Mac, penebusan baucer hari lahir hanya sah dari 1-31 Mac sahaja.
- Ticket wayang PERCUMA tidak boleh ditukar untuk wang ringgit.
- Tidak sah dengan promosi GSC yang lain.
- Tidak sah bagi Gold Class, Premiere Class, Twin Seats, MAXX dan D-BOX.
26 Comments
dah jimat tiket wayang kalau dapat tiket khas hari jadi.
Kali akhir ke cinema masa umur 12 tahun huhuhu ... entah macam mana keadaannya kalau pergi sekarang :-D
Alaa... Birthday baru je lepas aritu.. haha
saya tersangat lama tak pergi wayang..belum cukup modal
huhu..semalam baru birthday sy..hehe tapi xdpt tebusla tiket free sbb bukan ahli.
Satu peluang sekali setahun ni utk tengok movie percuma nih. Kalau dapat 2 tiket lagi best... boleh sambut bersama insan tersayang, hehe...
p/s: Relaks Minda kini beroperasi di blog baru @ www.dammahumnib.com. Selamat datang...
memang dapat 2 free tiket. :D
Dalam bulan birthday boleh tebus.. Boleh daftar kat gsc automatik jadi ahli
Bukan members boleh ke? Hehehe.. Lagipun birthday dah terlepas.
bukan member memang tak boleh la. hahah.
Wohhhh tiket free, siapa yang tak nak kan...nak daftar jugaklah!
Boleh daftar ni untuk birthday bulan Oktober..mana tau boleh tengok wayang best
Huhu..tak pernah dapat lagi tiket free macam ni..sesuai la dengan bro yang suka layan movie kan..hehe
selalu tak sempat pegi wayang.. huhuh
errrmmm...lama giler Elly x pergi tgk wayang..... last tgk masa cite OMBAK RINDU..hahaha...
Nak tanya, mcm mna nk pilih muvi tu? Katakan esok nk tgk, hr ni kena ke kaunter ntuk book ka? Takkan walk-in plak...
nak pilih movie bila-bila pun bole. Untuk tebus tiket free hari jadi memang kena pergi ke kaunter untuk diberikan kertas Voucher yang telah di-print.
Nak dftr kena ad ap2 byran ker..
daftar percuma sahaja.
GSC Box Office tu dekat mana?
gsc box office tu apa?
movie yang tengah hangat di wayangkan..
kat semeua cawangan GSC. :D
terus dpt ticket or kene tunggu beberapa hari baru dpt ticket?
Nak tebus kupon hanya untuk member je ke? Macam mana nak jadi member?
yap.. untuk member sahaja.. nak jadi member boleh pergi ke web gsc untuk sign up kat web sana,, dah sign up automatik dah jadi member.