Polis Evo Setanding Movie Antarabangsa - adarain

Tuesday, 22 September 2015

Polis Evo Setanding Movie Antarabangsa

Polis Evo : Inilah movie melayu yang betul-betul aku nak! Gempak habis. Ini pun aku tengok gara-gara kawan aku yang nak tengok sangat movie ini.


Pada mula teragak-agak nak pergi tengok sebab movie melayu kan? manalah best sangat~ pandang sebelah mata je aku tengok movie melayu ni.


Tapi disebabkan aku tengok review kata best aku iyakanlah join kawan aku tengok movie ni Polis Evo



Sinopsis Polis Evo


Mengisahkan Inspektor Sani dari Terengganu terpaksa berkerjasama dengan Inspektor luar, Khai dari KL  untuk menangani kes syabu naga yang giat aktif berniaga secara haram di Terengganu.


Polis Evo


Sani yang lebih mengikut prosuder dan berprotokol sangat berbeza personaliti dengan Khai yang tegas dan tangkas.


Ketidakserasian mereka berdua telah menyebabkan misi mereka hampir gagal melumpuhkan kes dadah di Terengganu.


So, adakah sani dan khai dapat memberi kerjsama dan persefahaman dalam menyelesaikan masalah kes dadah di Terengganu?


Kenalah tengok sendiri kat wayang :D



Review Polis Evo


Tak sangka movie melayu yang aku tengok ni memang gempak dan paling best tak buat aku rasa bosan.


Dari awal sampai habis tu memanjang ada je babak yang best dengan lawak bersahaja oleh sani dan aksi mantap dari khai. Gandingan pula mantap, chemistary tu ada antara Sam dan Zizan


Memang tak rugilah aku tengok kat wayang siap MAXX pula tu.


Dialek yang digunakan dalam movie ni keseluruhan boleh dikatakn guna dialek Terengganu.


Lawak pun memang lawak habis ar, korang memang gelak punya sakan. Takde babak komedi yang korang takkan ketawa.


Babak aksi pula memang terbaik tapi masih ada kekurangan sikit je tapi boleh diperbaiki lagi untuk masa akan datang. Babak aksi yang ditonjolkan dalam polis Evo setanding dengan movie antarabangsa antaranya negara asia yang lain seperti Thailand, korea selatan dan Hong kong


Secara keseluruhan movie ni memang setanding movie antarabangsa dan patut dipuji dengan jalan cerita yang simple tapi aksi dan lawak yang best.


Bagi 4.5/5 bintang. 

Comments

11 komentar

ni yang buat tak sabar nak tonton juga ni.,
lain macam jer zizan bila berlakon jadi polis pakai uniform..

dengar kabar dah berjaya kutip 2.4 juta... mantop

Mantap la tu, tak lama lagi memang zizan akan dipanggil masuk drama Gerak Khas pula kot...

ramai cakap best. nak kena tengok la ni

dengar komen macam best je citer ni..nak kena tengok jugak ni..huhu..thanks for sharing

okeh.

memang kena tengok ni.

semua cakap macam best je.

Rasanya lepas ni boleh jadi akan keluarkan yang baru pulak. Polis Evo 2, dah semua kata cerita ni best

belum ada kesempatan utk tengok movie ni. mudah2han esok atau lusa. itu pun klu masih ditayangkan di pawagam, klu x tggu je la astro


EmoticonEmoticon