√ Makan Untuk Sihat Yang Berpanjangan - Adarain

Makan Untuk Sihat Yang Berpanjangan

Makan untuk Sihat : Sejak kebelakangan ini, saya bersama dengan kawan selalu sembang pasal macam mana nak kuruskan badan, nak kempiskan perut la dan macam-macam la yang berkaitan nak kuruskan badan.


Boleh kata sembang pasal ni hampir setiap hari tapi usaha tu tak ada pula nak buat. :D


Terfikir nak jogging tapi masa dan keadaan cuaca yang tidak menentu buat masa ni seakan tidak 'mengizinkan'. Itu semua alasan je, alasan yang tidak boleh dijadikan sebagai halangan untuk berjogging sebenarnya. Ada je masa yang boleh di-adjust cuma tak tahu bila nak start and ada faktor kemalasan melanda. :D




[caption id="attachment_4925" align="aligncenter" width="700"]Makan Untuk Sihat Yang Berpanjangan sumber gambar dari www.ask.com[/caption]

Makan Untuk Sihat


Kebetulan saya ada baca salah satu artikel menarik yang bertajuk Makan untuk Sihat dalam satu majalah Ilmiah. Antaranya adalah seperti berikut :




  1. Tidak Menghina Makanan
    Benda ni semua orang dah tahu yang sememangnya tak digalakkan untuk menghina makanan depan makan lagi-lagi depan orang walau apa jua alasan pun.  Kalau tak suka tinggalkanlah atau berikan kepada yang lain.

  2. Membaca doa sebelum dan sesudah makan
    Perkara ini memang digalakkan. Apa juga aktiviti termasuklah makan juga ialah satu ibadah.

  3. Makan dengan sedikit
    Salah satu prinsip kesihatan yang baik adalah diet yang seimbang. Digalakkan untuk mengambil kuantiti yang sedikit sebagai langkah untuk mengelak penyakit.

  4. Makan dengan Perlahan
    Dengan cara ini membolehkan mengurangkan pengambilan makanan dan kita mengunyah makanan dengan berkesan di mana membolehkan senaman pada rahang sertamembolehkan pencernaan makanan dengan enzim yang terdapat dalam air liur.

  5. Bersederhana
    Bersederhanalah dalam setiap perkara. Amalan seperti ini dapat mengelakkan diri kita daripada menjadi hamba kepada makanan dan tidak bermakna akan menutup terus keperluan badannya untuk makanan cuma jangan berlebih-lebihan.

  6. Makan Berjemaah
    Cara ini boleh mewujudkan keadaan yang harmoni dan persefahaman yang baik. Kebiasaannya  kita lebih tenang apabila makan bersama-sama dengan orang lain. Islam pun tidak menggalakkan makan secara berasingan.


Jadikan tanamkan diri dengan makan bukan sahaja untuk hidup tetapi untuk kekal sihat berpanjangan. Semoga apa yang dikongsikan dapat dijadikan manfaat untuk kita bersama. :D

Get notifications from this blog

6 comments

  1. Yea betul makan berjemaah kadang2 seronok

    ReplyDelete
  2. cakap benda kotor... elemen2 tuh masuk dalam makanan kita

    ReplyDelete
  3. untuk tidak sakit, kena makan makanan yang betul betul bebas racun :)

    ReplyDelete
  4. Bila MISS amalan no.2 yang admin cakap tue...makan yang sihat2 pon kurang keberkatannya.. :)

    Terima kasih atas peringatan tuan.. :)

    ReplyDelete
  5. yap,sama2xlah kita mengingati :D

    ReplyDelete