√ Movie The Hunger Games Mockingjay Part 2 - Adarain

Movie The Hunger Games Mockingjay Part 2

Rasanya dah lama tak share tentang Movie, takde mood nak share movie2x sebelum ini and hari ni baru ada mood nak menulis tentang movie. Movie kali ini adalah The Hunger Games Mockingjay Part 2.


Part 1 agak membosankan dan untuk Part 2 kali ini dijangka oleh orang ramai tidak membosankan dan penuh dengan aksi akan tetapi apa yang berlaku memang sangat membosankan. Spoiler la plak, nak tahu kenapa bosan, tengok dulu sinopsis Part 2.



Sinopsis The Hunger Games Mockingjay Part 2


Hasil kesinambungan di mana Katniss berusaha meyakinkan penduduk di setiap daerah agar menjatuhkan pemerintah kejam yang dikuasai oleh President Snow. Pada masa yang sama Katniss berazam untuk membunuh sendiri  President Snow.


Movie The Hunger Games Mockingjay Part 2


Peeeta pula ada masalah gangguan emosi akibat suntikan Venom, bila-bila masa boleh berubah watak dan membunuh Katniss serta team-team katniss. Namun, Peeta dapat mengharungi masalah tersebut setelah mendapat keyakinan dari Katniss bahawa Peeta bukanlah mutant.


Bertambah konflik, apabila team-team Katnis berada dalam bahaya dengan pelbagai halangan yang perlu diharungi hasil rekaan President Snow sendiri. Tetapi berjaya di atasi oleh Katniss walaupun terpaksa mengorbankan sebahagian teamnya sendiri.


Katniss semakin keliru kerana pihak manakah yang harus Katniss percaya sama ada President Snow atau President Alma. Kenapa dengan President Alma sampai membuatkan Katniss keliru?


Jeng-jeng....



Ulasan The Hunger Games Mockingjay Part 2


Terus terang saya gtau, Part 1 dan part 2 sama je more drama than action. Apa yang saya jangka untuk part 2 adalah banyak aksi yang mendebarkan memandangkan part 1 terlalu banyak drama yang ditonjolkaan tetapi sama je dua2x part.


Lebih baik tak payah ada part 1 dan part 2 just gabungkan menjadi 1 movie sahaja.


Ending yang ditonjolkan pula tidak memuaskan dan saya mahu lebih dari yang dipaparkan memandangkan movie ini berepisod kenalah bagi ending yang memuaskan.


Saya yakin ramai penonton tak berapa puas dengan ending movie ni sebab endingya yang terlalu simple untuk dijadikan sebagai penutup Movie The Hunger Games Mockingjay.


Bagi 6/10 bintang untuk The Hunger Games Mockingjay Part 2.

Get notifications from this blog

13 comments

  1. kena tengok dari awal, tak follow episod pertama :)

    ReplyDelete
  2. nampak seru tuh jadi na tengok

    ReplyDelete
  3. Hi,

    adakah ini penamat kepada The Hunger Games?

    ReplyDelete
  4. saya jarang ada peluang untuk menonton movies..selain faktor masa dan juga faktor RM bro..huu..hu..

    ReplyDelete
  5. Peeta macam tak main peranan sangat pun , harap nama jer hero tapi lembik . Lagi bagus Gale dengan Finnick .

    ReplyDelete
  6. hoho..

    belum tengok lagi.

    susah nak tengok wayang sekarang nih.

    tunggu kedai jual la jawabnya.

    ReplyDelete
  7. Kali pertama aku tengok Hunger Game mula dengan Mocking Jay Part 1. Aku suspek citer dia memang lagi banyak drama kot

    ReplyDelete
  8. memang banyak drama memanjang...

    ReplyDelete
  9. november depan takde lagi filem baru THG

    ReplyDelete
  10. Movie trilogi lain plak. Divergent. hehe

    ReplyDelete
  11. masih tak tengok lagi.

    kena cari dvd la macam ni.

    ReplyDelete