Kedai Makan Cibiuk Saji Makanan Indonesia

Dah lama rasanya tak makan-makanan Indonesia, kebetulan pula kat area Bangi ni ada banyak restaurant Indonesia. Antaranya ialah Wong Solo dan Cibiuk. Wong Solo sentiasa penuh jadi saya makan kat kedai Cibiuk.


Kedai Cibiuk antara makanan Indonesia paling sedap pernah saya makan walaupun harganya agak mahal. Tempat ber air-cond dan bersih membuatkan saya berasa teruja makan kat sini.


Pilihan makanan pula banyak dengan nama makanan yang pelik tapi sedap. Seperti nama Ikan Talapia Goreng Kipas, Nasi paket Ayam Goreng Cobek, Nasi Timbel Komplit ayam Goreng dan banyak lagi.


Saya pula main pilih je makan apa berdasarkan gambar dalam buku menu. Lupa pula menu apa saya order. Harga dalam RM18 ke bawah. Ada nasi dengan ayam bakar sekali dengan tauhu, sayur dan ikan bilis.


Advancenya, waitres Cibiuk just ambil order melalui handphone. Canggih dah sekarang.


Berikut adalah yang saya order untuk dua orang.


Cibiuk Bangi


Kedai Makan Cibiuk Bangi


Secara keseluruhan menu yang saya order memang sangat sedap dan lain dari yang lain. Lagi2x bab persembahan makanan.



Lokasi Kedai Makan Cibiuk


No. 1G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, Selangor, 43000 Kajang, Malaysia. atau di kawasan Seksyen 7, kedai hujung sekali. Cubalah try :D



Kedai Makan Cibiuk Saji Makanan Indonesia Kedai Makan Cibiuk Saji Makanan Indonesia Reviewed by adarain on December 30, 2015 Rating: 5

13 comments:

  1. oo yang kat kajang, kawan saya punya yg kat ayer keroh

    ReplyDelete
  2. nama hidangan yang unik dan sajian yang kemas akan menarik perhatian lebih ramai pelanggan untuk datang semula lepas makan di sini :)

    ReplyDelete
  3. ada gak ya cawangan kat ayer keroh. :D

    ReplyDelete
  4. Tak perlu pergi indonesia kaalu nak makan makanan indonesia lepas nie.. ehehe

    ReplyDelete
  5. fuhh..

    nampak macam menyelerakan sungguh.

    penuh warna pelangi.

    ReplyDelete
  6. Makanan Indonesia pun dah banyak ye sekarang ni

    ReplyDelete
  7. Belum pernah merasai masakan Indonesia kecuali Ayam Penyek. Nak masakan ini menyelerakan.

    ReplyDelete
  8. nampak macam best dan menyelerakan tu..ohho..tapi jauh sangat plak nak pegi

    ReplyDelete
  9. nama kedai mmg rare la ...aku ingatkan cebuk tadi rupanya cibiuk...hihi

    ReplyDelete
  10. restorand ci biuk sangat terkenal di indonesia

    ReplyDelete
  11. apa saja menu yang disajikan di Kedai Makan Cibiuk Saji Makanan Indonesia ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.