√ Kenapa Bayar PTPTN Kena Tolak Sikit Untuk Takaful? - Adarain

Kenapa Bayar PTPTN Kena Tolak Sikit Untuk Takaful?

PTPTN dan Takaful


Sesiapa yang masih persoalkan kenapa bayaran yang korang buat kene tolak sikit untuk takaful, ni contoh terbaik kerana apabila terjadi kecelakaan , baki hutang akan dilupuskan. Jadi tak membebankan ahli keluarga.

TANAH MERAH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi pelepasan baki hutang pembiayaan pendidikan berjumlah RM10,069.73 kepada Siti Nuroshlizan Zolkifli yang terkorban dalam kejadian kren tumbang di Makkah, pada 11 September lalu.

Pelepasan baki hutang sepenuhnya itu diberikan menerusi manfaat Skim Perlindungan Takaful Berkelompok Pembiayaan Pendidikan PTPTN.

Pengurus Besar Kanan PTPTN Negeri-Negeri, Tuan Din Tuan Mat, berkata arwah juga layak menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada warisnya.

"Keprihatinan PTPTN itu mampu membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga dan waris Allahyarhamah," katanya ketika mengunjungi rumah arwah di sini, sebentar tadi.

Pada 11 September lalu, lima jemaah haji Malaysia meninggal dunia dalam kejadian kren tumbang di Masjidharam, Makkah.

Sumber - http://www.bharian.com.my/node/101288


Kalau korang perasan, PTPTN korang makin naik sedikit demi sedikit kalau korang tak bayar PTPTN sebab Ujrah(upah) / Caj Perkhidmatan. Kalau tak bayar ptptn, maka meningkatlah hutang. Kalau nak bayar hutang ptptn better lebihkan RM 10.


Contoh, RM110. RM 100 untuk korang bayar Pinjaman korang manakala lebihnya RM 10 adalah untuk bayar caj perkhidmatan PTPTN.

Skim Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful berkelompok adalah bertujuan untuk melindungi pinjaman/ pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh PTPTN sekiranya berlaku kematian kepada peminjam/ penerima biaya atau peminjam/ penerima biaya mengalami keilatan kekal menyeluruh.

Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok ini, amaun pinjaman/ pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada semua peminjam/ penerima biaya akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.

Setiap peminjam/ penerima biaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman/ pembiayaan. Bagi peminjam/ penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman/ pembiayaan. Manakala bagi peminjam/ penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pembiayaan tambahan.
Kenapa Bayar PTPTN Kena Tolak Sikit Untuk Takaful?
Sekarang PTPTN mula mengenalkan Pakej SSPN bagi memudahkan pembayaran anak-anak untuk belajar kelak nanti. 


 Berani Pinjam Kenalah Bayar Balik


Peringatan untuk diri sendiri juga kepada sesiapa yang berhutang kalau dah hutang tu tetap kena bayar tak boleh nak lari ke mana. Bayar secepuk semua memang tak mampu tapi bayar la semampu yang boleh bayar balik hutang PTPTN. Jangan sampai kena CCRIS baru nak gelabah pastu salahkan kerajaan. Salah sendiri siapa suruh pergi berhutang dengan PTPTN.

Jumlah 170,000 yang tidak bayar Hutang sejak 1998.

Bayar sikit-sikit INSYA ALLAH terlangsai sudah hutang jangan sampai tak bayar. Yang penting Istiqomah dan dahulukan bayar balik Hutang bukan beli benda lain. Dah selesai bayar hutang tu lantak korang la nak pergi travel, beli PS4 dan macam-macam lain.

Get notifications from this blog

7 comments

  1. Saya bayar jugak tiap-tiap bulan melalui Maybank2u. :)

    ReplyDelete
  2. Bayarlah hutang untuk kemudahan pelajar lain yang memerlukan pinjaman pelajaran

    ReplyDelete
  3. Nak tak nak memang wajib habiskan hutang ptptn ni,kalau tak makin naik amaunnya

    ReplyDelete
  4. bayarlah sikit sikit, nanti lama lama habis juga :)

    ReplyDelete
  5. mustahil hidup tanpa hutang untuk majoriti setiap orang zaman ini. mesti fikir dan ada kotmitmen untuk bayar hutang belajar nih...

    ReplyDelete
  6. kalau bayar bulan2 lama2 habis juga insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Sama la saya pun, tapi memang kena lebihkan buat pembayaran dari sepatutnya la kan...

    ReplyDelete