√ Warkah Ibu Buat Almarhum Tunku Abdul Jalil Yang Menyedihkan - Adarain

Warkah Ibu Buat Almarhum Tunku Abdul Jalil Yang Menyedihkan

Anakanda ke empat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun setelah bertarung dengan penyakit kanser.

Ramai yang terkesan dengan pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil kerana keperibadian beliau yang berjiwa rakyat. Terutamanya DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang sangat rapat dan sanggup berkorban masa menghiburkan anaknya yang berada dalam kesakitan.

Warkah Ibu Buat Almarhum Tunku Abdul Jalil Yang Menyedihkan
sumber gambar dari google
Tidak kurang juga kasih seorang ibu yang senantiasa menemani beliau ketika dalam kesakitan sehinggalah Almarhum Tunku Abdul Jalil menghembuskan nafas yang terakhir.

Nukilan Mama Buat Almarhum Tunku Abdul Jalil Yang Menyentuh Hati

Berikut adalah warkah Tuanku Zarith Sofiah buat anaknya Almarhum Tunku Abdul Jalil

Warkah buat anakku, Jalil :

Mama tahu, satu satunya sebab Lil pergi kehospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu kerap ke hospital.

Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.

Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.

Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis.

Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata "Jangan menangis, Lil tidak apa apa."

Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.

Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki.

Boo disisi Mama. Anak lelaki Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.

Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, "Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku."

Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.

Semoga Almarhum Tunku Abdul Jalil berada di kalangan orang yang beriman. Jasa beliau akan terus diingati yang sentiasa berjiwa rakyat. Dan tak lupa juga kepada kita semua agar diberi kesihatan yang berpanjangan. AMIN~

Get notifications from this blog

12 comments

  1. Al fatihah...

    Aku tak kenal sangat, tapi dari segi pembacaan, arwah memang seorang yang baik...

    ReplyDelete
  2. walaupun tak kenal, tapi semoga si ibu dan keluarga kekal tabah sentiasa.

    ReplyDelete
  3. sedih juga sebab sama2 jadi ibu, sangat faham kesedihan yam permaisuri. alfatihah untuk almarhum tunku jalil

    ReplyDelete
  4. anak raja yang mudah bergaul dengan rakyat, lepak di kedai mamak macam orang biasa.

    ReplyDelete
  5. Si Abanglong cakap mengenai ciri2 almarhum yang tiada pada adik beradik mereka : seorang yang amat penyayang dan RENDAH DIRI...Pemergian almarhum pastinya amat dirasai dikalangan mereka..Semoga rohnya dicucuri rahmat...ameen

    p/s:

    ReplyDelete
  6. Bukan senang nak kerabat diraja macam tu kan. :D

    ReplyDelete
  7. ciri2x yg memang takde kat adik-beradik kerabt diraja.. selalu keluar senyap . heheh

    ReplyDelete
  8. Memang terasa dekat di hati...seorang putera raja yang sangat humble

    ReplyDelete
  9. muda-muda lagi dah dijemput Allah. moga rohnya tenang di sana. baca kebaikan dan sifat humble arwah dapat menginsafkan kita.

    ReplyDelete
  10. kepergian yang tidak disangka. :(.

    ReplyDelete
  11. al fatihah buat almarhum tunku jalil

    ReplyDelete
  12. sampai sekarang masih terasa kehilangan putera raja yang sangat humble..semiga roh nya di tempatkan di kalangan roh yang mendapat rahmat Allah SWT..Aminn

    ReplyDelete