√ Apa Fungsi Bauksit Di Pahang? - Adarain

Apa Fungsi Bauksit Di Pahang?

Tahu ke Apa tu fungsi Bauksit yang kini makin menjadi-jadi di laman sosial sehingga mendapat berita di kaca tv?

Aktiviti melombong Bauksit semakin rancak dengan keadaan serta suasana tak ubah seperti berada di Marikh yang berwarna oren. Malah, mendapat feedback yang kurang baik dari penduduk yang berdekatan dengan aktiviti tersebut.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Sebenarnya apa yang mereka buat dengan Bauksit kat Pahang?

Fungsi Bauksit Di Pahang, Malaysia


Fungsi utama Bauksit adakah dipogress untuk menjadi Aluminium. Proses tersebut memakan masa yang panjang dan memerlukan tenaga elektrik yang banyak sekali. Setakat ini, negara yang memproses pengolahan bauksit menjadi alumunium adalah Australia. Negara kanggaru tersebut menjadi tempat memproses bauksit dan alumina terbesar di dunia.

Negara yang memerlukan aluminum adalah negara-negara asia seperti jepun dan Indonesia.

Dari alumunium tersebut akan dibuat dengan berbagai perlatan yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan seharian seperti :

  • Bahan utama pembuatan kuali

  • Pembuatan lapisan luar periuk

  • bahan paling luar pada tin makanan

  • Khas Untuk Industri
Selain tu, sifat yang dimiliki alumunium adalah ringan namun memiliki kerapatan yang cukup baik serta kekuatan yang kukuh sehingga digunakan untuk pembuatan teknologi di zaman moden ini, seperti.
  • Pembuatan badan kapal terbang

  • Pembuatan bumbung sebuah kilang atau rumah.

  • Penggunaan di Berbagai Keperluan Lain
Selain kelebihan utama untuk dijadikan alumunium, bauksit juga memiliki banyak kegunaan lainnya. Biji bauksit boleh di ubah menjadi sesuatu yang selama ini ada di sekitar kita, seperti:

  • Dalam industri logam, dijadikan bahan baku pembuatan besi

  • Dijadikan bahan asas untuk pebuatan dakwat kering dan tinta laser, pada mesin fotokopi.

  • Dalam Industri ramakan, bauksit menjadi bahan utama untuk pembuatan pita kaset

  • Bahan dasar pembuatan keramik

  • Kandungan alumina pada bauksit boleh diproses untuk menghilangkan kotoran pada bumi seperti minyak bumi, nitrogen, dan sulfur.
Itulah kelebihan melombong bauksit yang mendapat banyak permintaan dari luar negara.

Memberi Keuntungan Tapi Menyusahkan Rakyat

Kes rakyat di Pahang dari tahun lepas sehingga 2016 masih lagi tentang isu bauksit yang masih tidak berkesudahan. Walaupun ianya memberi keuntungan kepada sesebuah syarikat tetapi ianya 'merugikan' buat rakyat kerana rakyat menderita dengan habuk yang boleh membuatkan rakyat sesak nafas dan bertambah parah apabila datang penyakit yang tak diingini seperti sakit paru-paru akibat terhidu habuk yang terlampau banyak.

Tambahan lagi, tiada lagi landskap yang kehijauan yang kini situasinya sudah seperti Marikh.

Isu ini juga telah dibangkitkan oleh Mufti Perlis iaitu Dr Maza.

Antara Bauksit dan Vape
Saya telah keluarkan kenyataan saya tentang isu bauksit di Pahang. Apabila saya lihat aktiviti tersebut telah mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan, saya rasa sedih dan dukacita.

Bila isu vape timbul, JAKIM telah menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing. Maaf, saya tidak hadir tetapi menghantar wakil. Di media massa,tokoh-tokoh agama juga berbual 'sakan' tentang isu vape yang boleh membahayakan penghisapnya. Kelihatan ustaz-ustaz bersemangat menentang vape. Tidak mengapa. Ma sha Allah.

Cuma, alangkah baiknya, jika isu bauksit ini diberikan perhatian yang lebih daripada isu vape itu. Bahaya isu bauksit ini lebih dari vape. Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?! Apakah pandangan agama hanya untuk rakyat bawahan sahaja, tetapi 'sunyi' segala dalil apabila membabitkan urusan atasan?!

Saya bimbang generasi muslim yang cerdas berfikir dan golongan bukan muslim akan salah faham terhadap Islam disebabkan sikap kita yang sebegini.
Islam itu akan indah jika ia melepasi batasan kepentingan 'orang agama' dan penguasa. Namun ia akan kelihatan tidak indah jika dikendalikan secara tidak seimbang.

Get notifications from this blog

2 comments

  1. memang ada nilai komersil tapi macamana ya kalau jejaskan kesihatan dan alam sekitar. hmm

    ReplyDelete
  2. Dimanakaj nilai nyawa manusia sekarang ni,rasanya semakin hari semakin tiada nilai..pemimpin sesuka hati kononnya melakukan pembangunan tetapi dalam masa yang sama 'membunuh' rakyat

    ReplyDelete