√ Tujuh Mitos Dalam Diet - Adarain

Tujuh Mitos Dalam Diet

Mitos Dalam Diet - Misi tahun 2016 antara azam rakyat Malaysia yang kebanyakkan berisi mahu berazam untuk kembali kurus seperti zaman sebelumnya yang kurus.

Tapi nak kurus yang macam mana? Exercise or Diet?

Terpulang kepada individu masing2xla sebenarnya tapi lagi bagus lakukan kedua2xnya iaitu exercise dan diet sekali.

Diet tak bermakna korang tak boleh makan apa sahaja tapi mengurangkan kadar pemakanan yang berlebihan dan banyakkan makanan yang sihat seperti Sayur.

Sebut pasal diet, ada yang salah tafsir tentang diet yang sebenar. Nak tahu cuba baca 7 mitor dalam diet

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Tujuh Mitos Dalam Diet


1. Makan malam buat anda gemuk?
Tiada sebarang bukti yang menunjukkan makan malam menyebabkan kegemukan. Apa yang penting adalah jumlah kemasukan kalori pada hari itu.

2. Lebih sikit anda makan, lebih bagus?
Mereka yang ada sakit jantung, diabetis, masalah metabolisme akan mendapat kebaikan daripada pemakanan lemak. Lemak apa? bukan lemak tepu tetapi lemak tak tepu. Lebih sedikit makanan diambil lebih sikit pembakaran berlaku.

3. Protein adalah nutrien yang sangat penting untuk atlet?
Memang benar protein yang diperlukan oleh seorang atlet lebih tinggi dari orang biasa. Tapi berapa banyak? kebanyakan atlet atau mereka yang berlatih di gymnasium tidak memerlukan protein sebanyak yang mereka ambil. Kemungkinan makanan semulajadi mereka dah mencukupi tanpa perlu mengambil makanan tambahan. Keperluan seorang ahli bina badan mungkin lebih berbanding atlet bola sepak.

4. Diet rendah lemak atau tiada lemak bagus untuk anda?
Perlu diingatkan bahawa badan kita memerlukan lemak sebagai tenaga, untuk membaik pulih tisu-tisu yang rosak, untuk pengangkutan vitamin A, D, E, K. Tidak perlu diet tiada lemak cuma perlu mengurangkan lemak tepu dalam diet harian.
.
5. Berpuasa akan menurunkan berat badan?
Mungkin benar untuk jangka masa yang pendek tetapi untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan badan membakar otot sebagai sumber tenaga. Apabila otot mengecil, kadar metabolisme badan asas akan menurun.

6. Makanan tinggi lemak menyebabkan badan naik dengan cepat?
Badan kita tidak akan naik lemak segera jika hanya makan 50g coklat. Badan kita memerlukan 3500 kalori berlebihan untuk menaikkan 1g lemak dalam badan.

7. Berat badan akan naik sekiranya berhenti merokok?
Memang benar nikotine mempengaruhi kadar metabolisme badan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Cuma merokok dah jadi rutin, jadi seorang perokok akan mencari sesuatu untuk mengantikan asap rokok dengan makanan. Jadi badan naik disebabkan tabiatnya sendiri. Seorang perokok yang berhenti merokok seeloknya mencari sesuatu seperti gula-gula getah tiada gula untuk menggantikan rokok.

Get notifications from this blog

7 comments

  1. Dijaman sekarang karena ekonomi makin membaik menyebabkan ledakan masyarakat dengan badan gemuk. ini bisa jadi peluang usaha pelangsingan tubuh :)

    ReplyDelete
  2. Kena tahu kenapa diet diperlukan dalam kehidupan seharian..diet ni maksudnya keseimbangan dalam pemakanan kita, semuanya cukup nutrien..so tak da la nak bising gemuk atau kurus kan...

    ReplyDelete
  3. ramai diet yang berjaya adalah dengan kalori deficit. kena kaji lebih tentang ni

    ReplyDelete
  4. banyak betul ya mitos dalam diet ni

    ReplyDelete
  5. semoga dapat membantu lebih ramai rakyat malaysia dapat berat ideal

    ReplyDelete
  6. Diet bukan setakat total kalori diambil dalam sehari, tetapi bagaimana kalori dibahagi dalam sehari.
    Contohnya, ada beza dengan makan sekali sahaja sehari dengan 1500kcal dengan makan tiga kali sehari dengan 500kcal setiap kali.

    Dengan cara ini kita akan mengekalkan kadar metabolisma dan mengurangkan fat storing

    ReplyDelete
  7. Ramai yang kurang bersenam apabila memasuki alam pekerjaan. Tentu akan memberi kesan jangka panjang kalau tidak diamalkan bersenam.

    ReplyDelete