Wednesday, 24 February 2016

Apa Itu Raver Yang Menjadi Trend Remaja Sekarang?

Isu Raver : Kalau dulu zaman remaja aku ada macam2x budaya pelik plus menggelikan seperti punk, skinhead, gothic dan black metal. Budaya barat inilah yg mempengaruhi remaja tempatan dengan style dan pakaian yang pelik serta menakutkan. Ada sesetengah budaya dikaitkan dengan pemujaan syaitan, mencederakan  diri sendiri, minum alkohol dan sebagainya.

Apa Itu Ravers?


Terkini budaya Raver pula tengah femes yang viral di laman sosial iaitu Facebook.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Asalnya Rave iaitu merupakan jenis tarian baru ala sotong telah menjadi fenomena di kalangan remaja sekarang.  Kemudian mereka menambah dengan menggelarkan diri mereka kumpulan Ravers.

Bagaimana Boleh Wujud Budaya Ravers?


Menurut Says.com, Rave adalah singkatan daripada perkataan 'Radical Audio Visual Experience' dan istilah pesta rave pertama kali dipakai pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Pesta rave selalunya diadakan pada waktu sebelah malam yang mana ia diiringi muzik berirama rancak dan pertunjukan lampu. Dalam pesta-pesta seperti ini DJ akan memainkan muzik seperti techno, trance dan sebagainya.

Menurut kamus urban pula, rave disifatkan seperti budaya remaja yang mengikuti pesta tari-menari yang mana DJ akan memainkan muzik rancak dan mereka akan menari mengikut rentak muzik yang dimainkan dengan pergerakan yang laju, tidak tersusun dan sukar dijangka. Ya, sukar dijangka!

Pada akhir 1980-an, istilah rave dipakai untuk menggambarkan suasana pesta di Ibiza, iaitu sebuah pulau yang terletak di Lautan Mediterranean yang sering dikunjungi remaja Jerman dan Inggeris ketika bercuti.

Kemudiannya, Istilah rave dipakai untuk menjelaskan pesta-pesta liar dalam kalangan generasi remaja pada awal 1960-an. Variasi dari istilah rave adalah rave-up setelah dipopularkan oleh band The Yardbirds dari Amerika Syarikat.

Sehinggalah sekarang Rave telah diistilahkan sebagai Parti Tarian Terbesar.

Remaja sekarang pun mula search kat internet just suka2x tetiba terjumpa plak pasal Rave dan mulalah situ nak tahu pasal rave ni dari latar belakang sehinggalah gaya tarian. Gaya tarian Raver ada macam2x tapi gaya sotong gak yang nak di-famouskan. Jadi, trend ni pun terikut2x dengan member yang lain sehingga viral di facebook.
Top 10 Peraturan Rave

  1. Parti Ini adalah Private

  2. Dilarang melakukan Sex

  3. Smartphone tidak dibenarkan.

  4. Tidak Dibenarkan Membuka Baju

  5. Jangan berparti lebih dari satu jam

  6. Tarian bukan untuk berborak atau korang berhola-hola ngan member

  7. Jangan tolak sesama sendiri ketika menari

  8. Hanya Umur 21 sahaja dibenarkan masuk

  9. Parti ni bukan tempat untuk menghisap dadah

  10. Belajar apa itu rave sebelum gelar diri Raver

Tarian Paling Buruk Pernah Tengok

Serius tarian remaja yang gelar diri dorang ravers bagi aku adalah paling bangang pernah aku tengok. Macam aku tulis kat atas tarian serupa sotong. Rasanya Nyah2x punya tarian lagi ok dari tarian raver ni. hahahaha.

Pendapat akulah kalau nak rakam ikut ko lah sebab ko punya Hp or kamera tapi simpan sendiri la bagus untuk ko kenang balik bila besar nanti sama ada ko buat bagus ke tak? Mostly bila kenang balik mesti rasa malu punya tengok video sendiri takde nak rasa bangga, time tu la baru nak kata andainya masa boleh diputarkan balik.

Kalau publish video tarian pelik kat umum sah2x majoriti masyarakt tempatan akan jadikan video tarian ni sebagai bahan lawak silap2x boleh masuk international lawak tarian ni.

Lepas ni budaya pelik apa yang muncul? Im Waiting~

19 Comments

tak berapa gemar tengok video raver ni

hmm masalah serius ni.

untuk pertama kali aku lagi prefer budaya hipster..

ada peraturan dia ye.
tapi bagus jugak peraturan tu
cuma joget nya..
hrmm
hrmmm hrmm
tak yah joget lebih elok kot.
huhu

saya baru tahu tentang perkara ini bro..nanti ada masa nak tengok kat youtube

abih la nanti bila dah kawen, ada anak, sekali dia tengok balik video dia menari tu, kompem menangis...kenapa la aku menari gini dulu..hahaa

goyang goyang joget sana sini dengan penuh atraaktif... wow kerenn

raver itu budaa yang sangat digemari anak muda sekarang, tapi ga semua sihhh .....

breakdance better than raver.. huhu breakdance perlukan skill tangan dan kaki yang perlukan latihan intensif

owh breakdance masuk dalam budaya hiphop.. :D

Betul tu, tarian tersebut sangat pelik! Masih lagi terfikir, macam mana diorang boleh sanggup nak menari macam tu

Macam2 benda yang tak betul dah remaja sekarang duk follow

bagi dorang tak pelik tapi bagi kita yg dah besar pelik.

Aper yang pelik
Kalau x tahu nk raver xyah sampai menghina
Pala hotak ko lah

Kau pikir,hipster tu bgos sgt ke?dance hipster mcm smpah .Mohon hispter dihapuskan.N style hipster yg sembah sembah tu,sembah dajal eh bro?ops ,mulut lancang pulak.

"Raver nih bagaikan senaman tau x...aq setiap pagi n mlm aq senaman dngn raver ni...ape kekurangnnya...bagus untuk kesihatan apa!!hehehe...

Nur Amani Izzati Yasmin close 4 December 2016 at 16:55

Apa yg best sangat rave tu??

Senaman abah ko..... Meh abg nak payung ko senaman klo ko nak.... Jilake...hahahah

Elok ko pon dihapuskan skali je senang..... Hipster dan raver berpisah tiada.... Sampah....