√ Risiko Kemasukan 1.5 Juta Warga Bangladesh - Adarain

Risiko Kemasukan 1.5 Juta Warga Bangladesh

1.5 Juta bukan satu angka yang kecil dan ini melibatkan 'kebanjiran' orang asing yang akan masuk ke negara Malaysia secara berperingkat selama tiga (3) tahun. Ini dilakukan atas permintaan majikan dari pelbagai sektor. Sekarang sudah ada pekerja asing di Malaysia sebanyak 2 Juta ditambah lagi dengan 1.5 juta warga Bangladesh?

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Perjanjian akan dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan Bangladesh tidak lama lagi  dan dijangka pada bulan Julai.

Berikutan dengan berita ini, ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan 'rombongan' 1.5 juta warga Bangladesh ke Malaysia atas sebab pekerja asing sudah terlalu ramai di Malaysia serta keselamatan.

TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  telah mencabar kepada belia dan anak muda Malaysia untuk bekerja dalam sektro 'Dirty, Difficil and Dangerous' atau 3D jika menolak atau membantah kemasukan pekerja warga asing.

Melayu Memilih dan Malas Bekerja


Inilah satu yang bagi aku tak bagus didengar sebab tak semua melayu itu memilih dan malas nak bekerja. Orang melayu memilih bila mana gaji yang diterima tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan inikan lagi dengan kehidupan sekarang yang membebankan.

Risiko Pengambilan Pekerja Warga Asing


1.Sosio-Budaya

Walaupun kemasukan pekerja asing membawa kebaikan kepada pembangunan negara tetapi ada sesetengah pekerja asing akan membawa budaya buruk seperti isu tingkah laku, kebersihan dan kahwin campur yang boleh mewujudkan konflik.

Lelaki asing bijak sebab mereka tahu perkahwinan dengan wanita tempatan membolehkan mereka memohon status penduduk tetap sebab itu mereka menjalinkan hubungan dengan wanita tempatan.

Bagaimana sekiranya mereka ini mula menuntut hak mereka di negara ini pada masa depan?

2.Kurang Peluang pekerjaan

Kalau dah banyak sangat warga asing yang bekerja di Malaysia sah2x rakyat tempatan susah untuk mencari pekerjaan. Inikan sekarang warga asing yang sudah mula kerja Cashier dan manager di kedai.

Lagi hebat, warga asing sudah mula berniaga sendiri tanpa pengetahun orang ramai seperti di bazar dan pasar malam. Mengambil kesempatan di atas lot yang masih kekosongan sementara menanti peniaga lain untuk mengisi lot perniagaaan.

3.Keselamatan 

Isu jenayah mungkin akan bertambah bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat tempatan tetapi juga dengan warga asing sekali.

Baru ini, berlaku perkara tak elok nak dengar membabitkan wanita seperti warga asing meraba wanita tempatan dan mesej berbaur lucah dari warga asing, rogol dan sebagainya

4.Kesihatan

Isu ini tidaklah terlalu serius tapi perlu alert juga kerana mungkin ada sebahagian majikan yang ambil mudah dengan mengambil pekerja warga asing tanpa check up kesihatan warga asing.

Salah satu penyakit berjangkit ialah TB yang boleh merebak kepada sesiapa sahaja. Boleh menjangkiti paru paru tetapi boleh menjangkiti otak dan organ lain seperti usus, saraf tunjang dan tulang.

Namun, penyakit TB boleh dirawat dan kadar penyembuhannya adalah sangat tinggi.


Kesimpulan


Pengambilan Warga Bangladesh ada pro dan kontranya. Tapi banyak risikonya dari kebaikannya. Bukan Bangladesh je even kalau kerajaan ambil pekerja dari Korea ke, Vietnam ke, australia ke still ada risikonya.

Get notifications from this blog

6 comments

  1. ya... Nampak semakin banyak keburukan berbanding kebaikan apabila ramai warga Bangladesh di bawa masuk ke negara kita

    ReplyDelete
  2. bab malas tu aku setuju.

    tapi tak semua.

    tapi kalau nak kira, memang ramai jugak la. haha..

    ReplyDelete
  3. malas bekerja mungkin sudah makmur rakyat malaysia

    ReplyDelete
  4. budaya buruk yang paling bahaya tertular

    ReplyDelete
  5. semalam dah sampai kan rombongan besar dari Dhaka? Habisla lepas ni pergi ke mana-mana pun jumpa geng ni ja

    ReplyDelete
  6. dgr2x tgk gambar macam tu la tapi tak tau betol ke tak. Kalau betol maknanya yang katanya dibekukan tu tak boleh pakai kot. huhu

    ReplyDelete