kebaikan berjogging Yang Perlu Kita Tahu
Kebaikan berjogging sebenarnya bukan sekadar dapat mengurangkan berat badan tapi banyak manfaatnya antaranya :
1. Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda "bekerja". Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.
2. Berat Badan
Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.
3. Osteoporosis (menguatkan Tulang)
Jika anda berjogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.
4. Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.
5. Tidur
Berjogging juga mampu membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena pada waktu malam. Bagus untuk pengidap imsonia..
6. Tekanan
Jogging meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur. Untuk kesan berganda, pilihlah tempat yang tenang seperti di taman-taman, tepi tasik dan tempat-tempat menarik untuk melakukan aktiviti ini..So, mood kita akan lebih tenang dengan pemandangan yang mendamaikan.
7. Rasa Bahagia
Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai "Runner's High".
8. Kerungsingan
Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood.
9. Sistem Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat.
10. Otak
Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.
11. Kulit
Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.
12. Asma
Kajian telah dilakukan kepada mereka yang menghidap asma dan berlari sehingga seminggu, setelah 3 bulan, terbukti asma dapat dikurangkan. Ini membantu mereka bernafas dengan lebih selesa
sumber : TKO
So, apa lagi jom la bersenam. Jumpa di Putrajaya jogging kat sana. hehe. Tiap hari jumaat mesti kena jogging kat sana depan Masjid Putrajaya.
Get notifications from this blog
Bila baca entri ni, rasa risau pula... Sebab dah lama tak berjoging... huhuhu
ReplyDeletelama betul tak berjogging nih... rindu dah tak berpeluh macam dulu2..
ReplyDeleteYa.
ReplyDeleterajin-rajinlah berjogging setiap hari ye.
Kalau diamalkan selalu memang banyak memberikan manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan
ReplyDeletesekarang DT juga berjogging. rasa tenang dan selesa.
ReplyDeletekalau tak jogging tu, mesti hari tu ada rasa muram. xde mood..
jogging ni sangat bagus sebenarnya.
walaupon berat DT 100kg, tapi masih bersemangat untuk jogging
jogging bersama keluarga boleh merapatkan hubungan antara satu sama lain.
ReplyDeletebaru je cakap ngn suami petag ni nak kena buat exercise..dah beberapa kurun tak exercise ni takut jugak...
ReplyDeletesenaman berkala sangat perlu, sekurang2nya untuk pastikan sistem imun kita kuat
ReplyDeletejogging sangat baik sekali rutin di lakukan
ReplyDeletedianjurkan berolahraga untuk kesehatan dalam agamapun
ReplyDelete