√ Movie Zootopia Papar Kecekalan Seekor Arnab Menjadi Polis - Adarain

Movie Zootopia Papar Kecekalan Seekor Arnab Menjadi Polis

Zootopia : Sedang orang lain tengah tengok cerita Munafik aku plak tengok movie animasi. Tak nak beratkan kepala dengan cerita yang berat jadi tengok cerita happy go lucky macam zootopia.


Sinopsis Zootopia 2016


Mengisahkan seekor arnab, Judy Hoops yang berjaya menjadi polis setelah menghadapi pelbagai cabaran yang sukar ekoran saiz badannya yang kecil berbanding polis lain yang berbadan besar seperti Kerbau, Badak, pola, gajah dan banyak lagi.


Pada suatu hari, Judy Hoops telah diberi masa 48 jam untuk menyelesaikan seorang mangsa yang hilang. Kemudian Judy Hoops meminta bantuan kepada Nick Wilde yang merupakan seekor musang untuk menyelesaikan masalah kes tersebut.

Judy Hoops mula sedar apabila mangsa yang hilang telah dijumpai akan tetapi mempunyai tabiat yang lain iaitu berubanh menjad ganas tanpa sebab. Judy juga telah menjumpai mangsa-mangsa lain yang telah hilang sebanyak 15 mangsa dan kesemuanya merupakan tergolong dari haiwan Pemangsa.


Walaupun Judy Hoops telah berjaya menyelesaikan kes tersebut tetapi tabiat mangsa yang dijumpai bertukar menjadi ganas masih menemui jalan buntu.

Penduduk Zootopia mula merasa cemas dengan Haiwan pemangsa yang lain dan sudah mula wujud racist.

Jadi bagaimanakah Judy menyelesaikan masalah bagi mengatasi masalah racist di antara penduduk Zootopia? Bagaimana pula boleh terjadi haiwan 15 pemangsa yang dijumpai menjadi ganas?


Ulasan Movie Zootopia


Terpukau dengan movie ni bandarnya yang menarik terdiri dari 4 kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowboroug.


Dan yang menariknya, pelbagai haiwan yang menarik dari haiwan yang paling besar dan tinggi sehinggalah ke haiwan yang paling kecil sekali seperti tikus. And, bayangkan untuk tikus sahaja ada bandarnya sendiri lebih kurang macam kita tengok bandar legoland memang tersangat awesome.

Begitu juga dengan haiwan yang beriklim panas dan sejuk ada gak bandarnya sendiri. :D.

Babak yang menarik ialah scoth yang melakukan kerja dengan lambat menyebabkan judy sangat stress.

Movie ini memaparkan nilai yang baik seperti menyelesaikan masalah isu Racist dan stereotaip yang dilanda oleh penduduk Zootopia.


Dalam dunia Zootopia, tidak boleh memandang serong kepada haiwan pemangsa yang lain adalah jahat yang suka membunuh. Mereka hanya memandang rupa dan golongan tertentu tanpa mengetahui tanpa sebab tertentu yang menyebabkan mereka sebagai pemangsa menjadi ganas di zootopia

Berapa bintang nak kasi ek? Bagi 4/5 bintang untuk movie ni. Past last movie ni memang tak sangka. Nak tahu apa dia, kena tengok. hehe

Get notifications from this blog

9 comments

  1. Alah sabtu ni dah janji nak tengok Boboboy, maybe lepas ni boleh b awa gi tengok zootopia pula

    ReplyDelete
  2. budak2x lebih suka tengok boboiboy sebab ada bahasa melayu senang skit paam. hehe

    ReplyDelete
  3. movie ini kayanya sangat menarik sejkali untuk dilihat.. apalagi sambil bawa anak-anak

    ReplyDelete
  4. movie 2 sekarang memang keren. selain gambar tampilannya yang jelas juga animasinya sempurna seperti terlihat aslinya begitu nyata...

    ReplyDelete
  5. industri animasi memang satu industri yang menguntungkan jika filem itu kena gaya dan kena cara.. lihat sahaja carta box office dunia, berbillion keuntungan hanya dari filem animasi

    ReplyDelete
  6. menariknya, teringin nak tengok. insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Sy belum pernah nonton ni, bagus tak ye ?

    ReplyDelete