√ Review Batman V Superman Dawn of Justice - Adarain

Review Batman V Superman Dawn of Justice

Batman V Superman : akhirnya movie ni dah ada kat wayang selepas lama menunggu movie ni nak realease kat pawagam. Sebelum ini kecoh pasal pemilihan Ben Afflect sebagai Batman dan peminat tidak puas hati dengan pemilihan Ben Afflect yang dilihat tidak sesuai memegang watak sebagai Batman. Tapi betul ke Ben tak sesuai jadi Batman? Tu kena tengok sendiri Batman V Superman baru tahu sesuai ke tak.


batman and Superman



Batman V Superman


Dua superhero yang sepatutnya disayangi oleh orang ramai telah mula membenci 2 superhero tersebut yang bergaduh sesama sendiri.


Superman dibenci oleh orang ramai kerana berlaku salah faham yang dikatakan superman membunuh orang awam walhal orang lain yang membunuh orang awam dengan tujuan untuk memburukkan nama superman.


Juga menjadi persoalan adakah Superman akan mengikuti undang-undang memandangkan superman mempunyai kuasa yang cukup kuat.


Manakala batman tidak suka dengan kewujudan Superman yang mengundang masalah pada bumi terutamanya selalu melakukan kerosakan. Lalu, batman mencari kelemahan yang ada pada Superman iaitu kristal Kryptonite sekaligus mahu menghapusnya.


Luthor yang merupakan seorang usahawan kaya juga menjadi dalang pergaduhan antara Superman dan Batman telah menghidupkan kembali Zod dengan keadaan fizikal yang besar.


Batman V Superman


Muncul Wonder Women yang membantu dua superhero menentang Zod. Pergaduhan besar tersebut menyebabkan Superman mati? Betul ke?


Yap tapi mati sekejap je. Mustahil superhero mati gitu je. Mestilah hidup.



Review Batman V Superman Dawn of Justice


Ada yang kata best dan ada pula yang kata tak best langsung. Ada yang berpandangan 90 minit yang pertama adalah part yang membosankan dan seterusnya adalah babak yang awesome. Ini terpulang pada mereka yang minat DC comics dengan Marvel.


Movie ini pula sebenarnya sambungan daripada Superman Steel. Jadi kalau tak tengok lagi Superman Steel pergilah tengok dulu.


Keluaran Dc comic bukanlah seperti keluaran marvel yang lebih kepada fun. Batman V Superman more pada sisi gelap or serius dan takde babak humor yang dilakukan jadi agak heavy movie ni.


Ramai yang mengkritik lakonan Ben sebagai batman adalah buruk tetapi bagi aku lakonannya hampir mantap sebagai superhero.


Batman suit


Serius Sut Batman antara yang paling buruk pernah tengok ketika bergaduh dengan Superman.


Kalau korang betul2x minat dengan superman dan batman yang serius no humor boleh lah pergi tengok tapi kalau tak berapa sangat dengan adegan serius tak digalakkan tengok krang mengantuk terus tidur.


Bagi 4/5 Bintang untuk Batman V Superman Dawn of Justice.


Dapat gak coin Gsc limited batman v Superman buat kenangan. Boleh dapatkan di GSC sebelum kehabisan stok.


Review Batman V Superman Dawn of Justice


Get notifications from this blog

17 comments

  1. Belum sempat nak tengok filem ni... huhuhu

    ReplyDelete
  2. aku tengok wayang biasanya tengok pelakon dulu,

    disebabkan aku tak minat kedua-dua pelakon ni,

    tunggu sajalah... huhu..

    tengok muka superman pun dah spoil mood aku pasal filem. muka ketat sangat! hehe

    ReplyDelete
  3. based pada review, obviously ianya tidak sesuai untuk tontonan keluarga disebabkan level kebosanan. hehe
    anak saya dok ajak tengok, saya suruh dia tengok dulu cerita batman yang sekarang ditayangkan di slot mega movie tv3
    saya kata kalau dia tertidur or tukar channel, maka cite itu tidak sesuai tuk dia
    sekali betul dia tukar channel. bosan kata dia...haha

    ReplyDelete
  4. DC comic biasalah cerita heavy and heronya serius tu muka kena ketat. hehehe

    ReplyDelete
  5. yap, memang tak sesuai tgk cerita ni kalo nak tengok satu family. heavy cerita ni.

    ReplyDelete
  6. Batman tak minat sangat, lebih minat kepada superman

    ReplyDelete
  7. film nya sangat seru keren pokonya nyesel kalo tidak melihat

    ReplyDelete
  8. Tinggi juga rating awak bagi utk movie ni. Tak tau la nak tgk ke tak movie ni. Ramai yg kata mengantuk tertido. Tapi bila baca synopsis yg awak tulis ni, mcm okay juga storyline dia. Cuma nak tgk balik Superman Man Of Steel tu rasa mcm tak rajin plak.

    ReplyDelete
  9. sepertinya salah satu film yang bisa jadi salah satu pilihan tontonan yang menarik

    ReplyDelete
  10. belum tengok lagi... tapi ada orang review cerita nih bagus.. tak tahu sejauh mana .. kena tengok sendiri , nilaikannya...

    ReplyDelete
  11. yap lain orang lain pandangannya. :D

    ReplyDelete
  12. Dari skala 1 - 10, cuman bisa kasih nilai 6 untuk film ini, serunya hanya dibagian akhir saja...

    ReplyDelete
  13. Mister Hayashi1 April 2016 at 08:34

    Bagi aku cerita ini lebih mature dan berat... bagi yang nak cerita yang lebih fun dan light tak digalakkan...

    yg penting aku suka SUPERMAN yg ini lebih realistik.

    ReplyDelete
  14. belum berkesempatan pi tengok, nampak cam heavy jgalah citer ni ya

    ReplyDelete
  15. best ape ben affleck jadi batman

    ReplyDelete
  16. Banyak review di internet..positif dan juga negatif.. apa pun perlu dipuji juga kepada pihak DC sebab cuba membawa kelainan kepada filem mereka berbanding Marvel.. rata2 mereka yang follow komik memang puji filem ini berbanding orang biasa yang tak tahu menahu mengenai dunia komik DC

    ReplyDelete
  17. jika tgk dri kutipan tiket, filem ini antara yang tertinggi..walaupun menerima kritikan negatif..huhu

    ReplyDelete