√ Terlayan Drama Game of Thrones - Adarain

Terlayan Drama Game of Thrones

Game of Thrones : Masa mula-mula tengok cerita ni dah macam tengok cerita game of porn pun ada sebab banyak sangat babak yang tak senonok. Kemudian ditambah dengan darah mencurah-curah, bunuh2x dan sebagainya. Memang boleh kata pembunuhan cerita ni kejam.

Tapi setiap episod dan season dalam cerita ni makin lama makin best.

Tak expect pun nak layan cerita ni walaupun banyak rakan social media dok cerita pasal ini still don't care cerita ini tapi bila member sendiri cerita pung pang3x kata cerita ni best terdetik la hati ni nak tengok first episode sekali terlayan pula sampai episod2x yang lain sampailah season 5.

Dan paling menguatkan aku untuk tengok Game of Thrones sebab drama ni paling banyak di cetak rompak kalau nak dibandingkan dengan drama english lain walaupun drama yang aku minat The Vampire Diaries.

Kisah Game of Thrones


Game of Thrones mengisahkan perebutan empat (4) buah keluarga untuk merebut takhta kerajaan Westeros. Setiap keluarga mempunyai kekuatan masing-masing yang saling bermusuh. Terdapat juga keluarga lain dalam cerita ni tapi fokus utama musim pertama ialah kepada 4 keluarga ni, sebelum konflik takhta merebak ke keluarga lain.

Terlayan Drama Game of Thrones
sumber gambar dari google
Perang dalam Game of Thrones berlaku disebabkan keluarga Lannister yang cuba membunuh anak keempat Stark, Brandon yang secara tidak sengaja terlihat Jaime dan Cersei bersumbang mahram. Jaime tanpa berfikir terus tolak Brandon bangunan tinggi ke tanah lalu mengakibatkannya lumpuh separuh badan.

Kejadian ini mengakibatkan keluarga Stark merasa curiga terhadap keluarga Lannister, sedikit demi sedikit permusuhan berlaku sehingga tercetusnya perang antara keempat-empat keluarga ini.

Dalam banyak2x keluarga ada dua (2) sahaja keluarga yang aku minat iaitu Keluarga Stark dan Targaryen yang sekarang tinggal seorang sahaja dan digelar Mother of Dragon. Dan keluarga yang paling aku benci pula ialah keluarga Lannister.

Maklumat lanjut tentang senarai keluarga dalam Game of Thrones [DISINI]

Kos Game of Thrones


Kos pembikinan bagi satu episod adalah 10 juta dan bayangkan 10 episode berapa? kesemuanya berjumlah 100 juta yang dilaburkan untuk 1 season drama game of thrones. Bahagian custome pula mengambil masa berminggu-minggu menyiapkan beberapa custome untuk beberapa watak seperti Night Walker. Itu belum masuk lagi bab CGI.

Satu perkara tak best tentang Game of Thrones


Apa yang tak bestnya tentang Game of thrones ni korang tak dapat jangka siapa sebenarnya hero dan heroin dalam cerita ni. Watak yang kita sangka dia adalah hero n heroin tiba-tiba mati kena bunuh dan ko akan rasa terpinga-pinga sape sebenarnya hero dan heroin. Boleh kata setiap season mesti akan ada orang mati.

Senarai 10 episod paling best dalam 5 Season Game of Thrones [DISINI]

Bagi peminat GOT mesti tak sabar dengan kehadiran season baru GOT yang akan ditayangkan di HBO pada hujung bulan April. Dan banyak persoalan yang memerlukan jawapan untuk season 6 baru ni nanti.

Get notifications from this blog

6 comments

  1. Tak sangka.. mahal betul kos pembinaan game ni... hehehe..

    ReplyDelete
  2. mahalnya buat drama ni, tapi mesti pulangannya pun banyak la tu

    ReplyDelete
  3. USD100 juta untuk kos filem, belum masuk kos pemasaran lagi :)

    ReplyDelete
  4. Drama fantasi bersiri televisyen Amerika ciptaan Showrunners, David Benioff dan D. B. Weiss merupakan adaptasi daripada A Song of Ice and Fire.

    ReplyDelete
  5. This is special because it's very much a saga in progress. Usually when a book or books are transposed onto the big or small silver screen; they are complete and the arc of the story is known. In the case of " Game of Thrones " the Author, GRR Martin has two books left to write to conclude the seven book series. Indeed in a recent interview he has not completely ruled out further episodes in the future.
    I must say I think Mr. Martin has boxed himself into a corner and will need to work on the two remaining volumes with some alactrity; which is alien to his thoughtful slow progression; we shall see.

    Two more things, I would like to add which makes the books special to me is his surprising mortality rate. He leaves the readers in no doubt that his characters inhabit a cruel world; where death can come at any moment; as it frequently does. Life in the seven kingdoms must move on without any special consideration for any character, however pivotal to the storyline they may appear to be.
    Finally I must applaud Mr. Martin's positive approach to those characters who have any form of handicap. As in the case of Tyrion (diminished growth) he allows him to be a prominent character; with greater wit than most and quite rightly ordering people about using clever forms of strategy to gain his way.
    Mr. Martin is reminding us all that we have to make our way through the tangles of life, using whatever gifts we possess.
    Well done Sir.

    ReplyDelete