√ Kad Debit Maybank Kena Tukar Baru - Adarain

Kad Debit Maybank Kena Tukar Baru

Kad Debit Maybank kena tukar walaupun belum tamat tempoh? Beberapa minggu yang lepas ada dapat SMS dari Maybank di mana perlu tukar kad baru yang berciri PIN. Mula2x aku abaikan sebab kalau ikut pengetahuan aku tarikh luput kad debit aku lambat lagi tahun 2017.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Maklumat Palsu Kad Debit Maybank


Pastu, beberapa hari yang lepas kecoh kat media sosial kena tukar Kad Debit Maybank sebab ada ciri2x baru dan perlu tukar sebelum 31-12-2017.

Ada yang tak faham statement Maybank dan buat statement palsu kata kena tukar kad debit maybank sebelum 31 Julai 2017 dan memandai bg statement kena charge RM12 padahal free sampai 31 Disember 2016. Selepas tarikh tersebut baru dikenakan charge.

Make sure tengok dengan teliti statement yang diberikan kalau tak tahu tanya facebook official Maybank sebab dorang lebih tahu and dorang rajin reply msg customer kat fb.

Ini adalah statement fb dari Maybank


SMS tersebut adalah tidak benar. Untuk makluman anda, semua kad debit Maybank akan ditukar kepada kad debit sistem PIN bermula Mac 2016 secara berperingkat.

Anda boleh mengunjungi cawangan Maybank yg berhampiran dgn membawa kad pengenalan dan kad debit sedia ada anda utk penggantian dimana tiada caj perkhidmatan dikenakan bagi penukaran kad ATM kpd kad PIN.
***Anda boleh melakukan penukaran kad Debit anda pada bila-bila masa sebelum 31/12/2016 untuk mengelakkan sebarang isu dalam menggunakan kad debit.


Dengan penggantian kad baru akan memudahkan pengguna untuk melakukan aktitviti jual beli serta meningkatkan keselamatan.

Penggunaan tandatangan untuk transaksi pembelian akan dihentikan apabila semua Kad kepada Kad PIN. Ini adalah salah satu inisiatif yang meluas untuk meningkatkan keselamatan kad anda yang berkaitan urus niaga tanpa kebenaran, melancong dan aktiviti penipuan.

Kad ini diaktifkan dengan ciri sentuh iaitu Visa payWave, MasterCard® dan MyDebit. Anda boleh 'wave' atau sentuh pada pembaca kad tanpa sentuhan macam Touch N GO. PIN tidak diperlukan jika transaksi di bawah RM250, manakala transaksi di atas RM250 nombor PIN diperlukan.

Gambar di bawah adalah contoh kad baru CIMB dengan tambahan <>MyDebit dan simbol signal wifi.

Ciri Ringkas PIN & PAY

  • Selamat

  • Pantas

  • Mudah

  • Pembayaran Tanpa Sentuh (CONTACTLESS)

Bagi mereka yang masih belum tukar lagi kepada kad debit yang terbaru make sure kena tukar sebelum 1 Mei 2017 bagi memudahkan urusan apa jua transaksi termasuk jual beli menggunakan kad debit.

Get notifications from this blog

28 comments

  1. ada juga terima sms ni.. kalau ada masa nanti, bolehlah pergi tukar kad debit yg baru..

    ReplyDelete
  2. Cepat betul tersebar berita.....

    ReplyDelete
  3. wahh nampak lebih smart dan selamat.
    patutlah dapat sms dari maybank hari tu.

    ReplyDelete
  4. ada masa nanti baru la pegi tukaq.

    memang buruk dah tengok kad tu.

    haha

    ReplyDelete
  5. Huhu.. nanti nak pergi tukar juga.. nampak Cun pulak ciri2 terbaru ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. Kad ATM aku dah terkopak sana sini, wajib tukar dah :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas info nya. Saya berdoa dan berharap juga kerajaan Malaysia dapat menaik tarafkan sistem mykad sama seperti atau lebih canggih dari kad debit atau kad kredit dengan menggunakan pin atau kod, agar rakyat seperti saya tidak teraniaya, kerana saya pernah kehilangan mykad dan tiba-tiba saya ada hutang tertunggak yang perlu di bayar, walhal bukan saya yang hutang atau menggunakan transaksi tersebut. Amin.

    ReplyDelete
  8. Signal WiFi tu mewakili PayWave, hihihi..just nak kongsi info je..Rasanya kena tukar jugak la lepas ni...

    ReplyDelete
  9. Dah tukar masa bulan puasa hari tu

    ReplyDelete
  10. belum tukar lagi.. ingat sebelum hujung tahun.. harap sempat la.. huhu

    ReplyDelete
  11. sebelum buat apa2 kena confirm dulu degan bank. zaman sekarang macam2 penipuan

    ReplyDelete
  12. Maybank saja ke or utk smo bank

    ReplyDelete
  13. Yg x menariknya.. cas tahunan ATM kad yg dulu RM8 setahun dah jd RM15.90 skrg. Huhu..

    ReplyDelete
  14. sekarang kita harus berhati2 terhadap penipuan

    ReplyDelete
  15. PayWave fungsi same mcm Touch n Go.. Pembelian bawah Rm250 tak perlukan PIN.. so just swap je la kan??

    ReplyDelete
  16. yap dah try ari tu, swap je macam touch n go. :D

    ReplyDelete
  17. diri ini masih belum sempat lagi nak tukar, walhal boleh jer tukar online kan~

    :)

    ReplyDelete
  18. Kalau tak mahu tukar kpd yg baru, adakah kad atm sy akan di terminate?

    ReplyDelete
  19. asyik penuh aje bank sekarang.

    semua dok beratur nak tukar kad.

    ReplyDelete
  20. […] Kad Debit Maybank Kena Tukar Baru […]

    ReplyDelete
  21. Penggunaan belian bawah rm250 tak perlu pin..maknanya xselamat la cm tu..dibuatnya kad hilang, org yg jmpe tu blh gune la kad kte tu nnti tanpa guna pin.rasa nye elok lg semua pngunaan kna masukkn pin no..ni slh satu cara kerajaan dan bank nk mencabuli kte dlm senyap puihhh...vavi btl la

    ReplyDelete
  22. Duit saya dlm tu tiba2 hilang..last check balance rm90, baru2 ni nk kluarkan duit tak boleh,cek baki rm0..

    ReplyDelete