√ Pengalaman Ke Malaysia Hobby Expo 2016 - Adarain

Pengalaman Ke Malaysia Hobby Expo 2016

Malaysia Hobby Expo 2016 : Expo ini telah diadakan pada 30-31 Julai 2016 yang lepas di Dewan MAEPS, Selangor. Merupakan event yang pertama yang diadakan di Malaysia yang bertujuan salah satunya memperlihatkan orang awam tentang hobi yang selalu dilakukan iaitu mengumpul koleksi kereta Hot Wheels, Origami, lego dan banyak lagi.


Tentang Malaysia Hobby Expo 2016


Merupakan ekspo hobi terbesar Malaysia yang pernah diadakan di Malaysia. Mengambil inspirasi daripada pameran utama di peringkat antarabangsa, MHE telah berusaha untuk mendapatkan tempat yang terbaik dan paling sesuai di sini di Malaysia untuk menjadi tuan rumah pameran perdagangan yang amat diperlukan dan hobi awam.

MAEPS adalah salah satu tempat pameran terbesar di Malaysia dan menawarkan ruang dan kemudahan yang diperlukan untuk membawa bersama-sama pengeluar industri, peruncit, pemborong, pengedar dan kumpulan hobi.

Membina hubungan baru dengan dunia industri, meneroka jenama yang terbaru oleh pengeluar. Serta meningkatkan serta membantu menaikkan satu jenama kepada orang awam di mana event ini ditumpukan kepada orang awam yang mempunyai kepelbagaian hobby dan pengguna.

Meh Makan Fest 2016


Sebelum masuk ke dewan MHE, ada 'Meh makan Fest' di luar dewan. Masa tu tengah lapar tu bolehlah makan dulu sebelum masuk dewan.

Cuma yang tak bestnya Meh Makan Fest ni sebab tak de pun pun signboard yang ada promote tentang Meh Makan fest yang ada cuma nampak MHE signboard je.. Fest ni tak meriah sangat dan lengang kalau nak dibandingkan dengan foodgasm festival yang aku pernah pergi tahun lepas di Damansara penuh dengan ramai orang.

yang bagusnya ada khemah untuk makan. :D

Harap organizer mengambil peka tentang kelemahan yang ada serta memperbaiki di tahun2x yang akan datang agar semua orang dapat tahu tentang kewujudan Meh Makan Fest.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Apa yang Best Malaysia Hobby Expo 2016.


Untuk masuk ke dewan MHE dikenakan caj sebanyak RM2. Masuk dalam je banyak aktiviti yang dilakukan dan banyak permainan yang dipamerkan.

Dapat dilihat orang ramai bermain Hoverboard, kemudian dapat bermain kereta lumba dengan menggunakan controller, dapat menyaksikan sendiri printer 3D dilakukan, bangunan lego yang menarik, origami yang dibuat sangat kreatif lain dari yang kebiasaan yang dilakukan serta boleh bermain football di ps3. Juga ada pameran haiwan peliharaan. Boleh lihat gambar di bawah.

Tak ada banyak yang sempat di ambil sebab teruja sangat bila berada kat situ. hahah

Budak2x kalo ikut ni mesti teruja ni. Siapla poket parent nanti. hahaaha

Lihat selanjutnya [DISINI]

Get notifications from this blog

6 comments

  1. menarik ni.. kalau saya bawa anak2 saya ke sana, pasti mereka suka sangat.. ;)

    ReplyDelete
  2. La saya tak perasan pula asa event ni, kalau tau mesti laju ja ke sana

    ReplyDelete
  3. event ni tak berapa nak popular sangat mgkin sebb first time event ni buat.

    ReplyDelete
  4. hujung bulan ni kat Ipoh ada expo ni sempena Merdeka

    ReplyDelete
  5. […] ikan kat event ni. Tak banyak haiwan peliharaan lain yang ada kat sini kalau nak dibandingkan event Hobby. Masuk je dah kena bayar RM5 tapi apa yang dapat? kucing tidur? haha. tengok anjing.. Siapa yang […]

    ReplyDelete