√ Atlit Paralimpik Negara Kebanggaan Malaysia - Adarain

Atlit Paralimpik Negara Kebanggaan Malaysia

Siapa sangka di setiap kelemahan yang ada pada fizikal terselit satu kelebihan besar yang mampu mengatasi kelemahan yang ada. Tiga (3) atlit Paralimpik negara telah berjaya memenangi pingat Emas dengan sukan yang berbeza.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Apa Itu Sukan Paralimpik?


Perkataan Paralimpik diambil dari kata sendiri Yunani παρά, pará ("di samping", "bersama")

Sukan Paralimpik adalah sebuah temasya aneka sukan antarabangsa terulung yang melibatkan atlet-atlet yang mengalami pelbagai kekurangan upaya fizikal mahupun mental, termasuk yang lumpuh, kudung, buta, mahupun palsi serebrum. Ia terdiri daripada Sukan Paralimpik Musim Sejuk and Panas, yang dianjurkan sejurus selepas Sukan Olimpik masing-masing sejak 1988. Kesemua temasya Sukan Paralimpik ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Sukan Paralimpik dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik, sementara Sukan Dunia Olimpik Istimewa yang diiktiraf oleh IOC disertai oleh mereka yang kurang upaya intelek, dan juga Deaflympics yang disertai oleh mereka yang kurang upaya pendengaran.

Tahniah Atlit Paralimpik Negara Kerana Meraih Pingat Emas


  1. Pingat Emas pertama diraih oleh Mohamad Ridzuan dalam acara olahraga 100m T36 lelaki dengan catatan 12.07 saat.

  2. Pingat Emas kedua diraih oleh Muhammad Ziyad Zolkefli dalam kategori F20 acara lontar peluru, sekali gus mencipta rekod dunia baru dalam acara tersebut sejauh 16.84m memadamkan  rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012

  3. Pingat Emas ketiga oleh Abdul Latif Romly  dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima. Malah lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m. AWESOME!

Cukup bangga sebab aku juga berada dalam kalangan atlit paralimpik yang serba kekurangan dari segi fizikal (OKU) dan ini cukup membuka mata bahawa atlit paralimpik juga setanding dengan atlit yang normal yang mampu mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat EMAS.

Juga tahniah kerana mendapat ganjaran yang cukup besar dan salah satunya dari NAZA yang memberikan ganjaran kediaman Suite dan Kia Sportage. Semoga ganjaran yang diberikan setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh paralimpik negara di RIO sama seperti ganjaran atlit negara di Olimpik Rio.

Get notifications from this blog

15 comments

  1. tahniah diuacapkan kepada 3 atlet paralimpik negara kerana telah mengharumkan nama negara.. siap buat rekod dunia lagi.. kami bangga dengan kejayaan kalian..

    ReplyDelete
  2. tahniah semua adik2 atlit paralimpik. anda memang hebat

    ReplyDelete
  3. Tengok video kemenangan emas mereka membuat saya turut menangis. Tahniah, untuk mereka.

    ReplyDelete
  4. Walau tak cukup sifat atau kelemahan iq namun banyak keistimewaan lain yang Allah kurniakan..Tahniah!

    ReplyDelete
  5. tahniah untuk pasukan Paralimpik Malaysia yang sangat hebat...

    ReplyDelete
  6. itulah.

    memang bangga dengan diorang.

    tak sia-sia aku jadi cikgu PJ.

    haha

    ReplyDelete
  7. Tahniah, kejayaan yang dicapai bukan usaha sehari dua, banyak pengorbanan yang dah dilalui :)

    ReplyDelete
  8. sebelum ni takde siapa expect atlet akan dpt gold.. sekali dpt tiga terus..

    ReplyDelete
  9. Nampaknya atlit paralimpic lebih hebat daripada yang normal..

    ReplyDelete
  10. mereka mungkin tak popular di mata umum, tapi popular di mata orang orang penting

    ReplyDelete
  11. Betul la orang kata
    Tuah Ayam nampak di kaki

    Tuah manusia siapa yang tahu

    Dalam serba kekurangan mereka masih mampu meraih emas dan pelbagai ganjaran.

    Tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  12. memang tuah mereka kan, mudah2an dipermudahkan urusan mereka

    ReplyDelete
  13. masa pergi ke tempat latihan paralimpik aritu, memang semangat semuanya atas semangat #kamiluarbiasa, memang depa luarbiasa :D

    ReplyDelete