√ Pengalaman Berbekam dan kelebiha Melakukan Bekam Badan - Adarain

Pengalaman Berbekam dan kelebiha Melakukan Bekam Badan

Pengalaman Berbekam : Niat di hati sebenarnya nak berurut je tapi sekali tukang urut boleh kata yang kaki ak ni banyak darah beku n katanya kalau buat bekam dapat hilangkan darah beku.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Cara dia membebel macam memaksa kena buat bekam pada mulanya memang tak nak buat tapi lama kelamaan redha jelah buat bekam.

Kalau boleh tak nak buat sebab ya la kan tak pernah seumur hidup buat bekam tetiba disuruhnya bekam.

Dah dia kata banyak sangat darah beku la itu ini semua buat jelah. Dengar lah kata orang tua.

'Dengar2x pengalaman membe buat bekam dulu pun sorang je katanya bekam sakit skit je macam kena gigit semut api.'

Iya la tu, sekali dia letak cup atas kaki dengan pump rasa dia memang sakit bukan macam kena gigit semut api ni, dah macam serupa ko kena injection dah tersangkut kat situ tak tarik2x pun inject dari tangan ko macam tu lah rasanya.

Bayangkanlah berbelas2x cup aku kena bekam rasa pedih jangan cakap jerit comel2x gtu sampai keluar dengar. Tak boleh nak control dah masa tu. :D

===

Setelah berpuluh minit berlalu tiba masa untuk tanggal cup dari kaki n lihat banyak darah pekat teramat tandanya tu darah beku menurutnya. Aku layankan tukang urut tu sambil angguk2x.

Ngeri plak tengok darah sendiri.


==

Tinggallah kesan2x berbekam n kesan2x semua tu hilang dalam masa beberapa hari je tapi betulla kata tukang urut terasa ringan kaki pastu kaki tak ada semut2x sangat, cramp apa semua bila duduk terlalu lama.  Ok je. Nasib pak urut tu paksa kalau tak memang aku tak buat bekam ni. haha.

Kelebihan Berbekam


  1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

  2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .

  3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.

  4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris

  5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.

  6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

  7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .

  8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.

  9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.

  10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung

  11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.\

  12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .

  13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.

  14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.

  15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .

  16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.

  17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.

  18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

  19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

  20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.

  21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

  22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.

  23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.

  24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

  25. Hilangkan stress dan tekanan

  26. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil
sumber kelebihan berbekam dari https://azlinda2.wordpress.com/)

lepas ni boleh buat bekam kat badan pula.

Get notifications from this blog

12 comments

  1. aritu masa buat, terasa ringan gile dibuatnya..tapi belakang ada macam berlubang.ahaha

    ReplyDelete
  2. teringin sangat nak berbekam.. tapi perempuan ni susah nak cari .. huhu

    ReplyDelete
  3. Rasa takut pulak kena hiris belakang...

    ReplyDelete
  4. Lepas bekam tentu rasa ringan satu badan kan... hilang semua lenguh-lenguh badan.... Tapi sebelum bekam tu rasa takut-takut jer nak buat...

    ReplyDelete
  5. aah badan rasa ringan je. btol2x. hehe

    ReplyDelete
  6. kalau ada kat kl boleh dtg buat dgn husband saya pulak

    ReplyDelete
  7. aku belum perbah cuba lagi berbekam ni..

    rasa nak try gak kat kaki ni..selalu jer rasa sengal..

    ReplyDelete
  8. tak pernah try lagi.. ramai cakap bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  9. Saya pernah buat sekali je.Tapi, tak reti nak kata apa.sebab tak rasa apa apa lagi.Tapi, saya nak juga cuba lagi.Sebab iakan salah satu sunnah.Jadi, pasti ada kebaikan untuk ku.Akan ku cuba lagi.

    entry terbaru saya:http://adawiahnik.blogspot.my/2016/10/sihat-dan-cergas-bertenaga-di-tanah.html

    ReplyDelete
  10. Bagus juga berbekam ni, sesekali kena buat juga kan

    ReplyDelete
  11. Memang elok berbekam. Ha, lain kali bolehlah try dengan sy pulak :D

    ReplyDelete