√ Train To Busan Penuh Mendebarkan dan Emosi. - Adarain

Train To Busan Penuh Mendebarkan dan Emosi.

Movie Korea Terbaru Train To Busan telah mencetuskan fenomena dengan ceritanya yang menarik serta dibarisi pelakon yang hebat. Jarang sekali kita lihat Movie korea yang memaparkan babak Zombie dan ini adalah kali pertama korea membawa watak seram zombie dalam movie. Hebatnya movie ini kerana telah menjadi rebutan oleh hollywood dan perancis untuk remake movie ini.


Train to Busan



Sinopsis Train To Busan


Mengisahkan Seok-Woo yang sangat busy dengan kerjayanya sebagai manager amanah saham sehingga terlupa hari jadi anaknya iaitu Soo-An. Soo-An yang kecewa dengan hadiah yang diberi oleh ayahnya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan maknya di Busan.


Jadi nak tak nak Seok-Woo yang telah bercerai isterinya terpaksa menunaikan permintaan Soo-An yang rindu sangat pada maknya.


Ketika perjalanan Seok-woo bersama anaknya Soo-An menaiki kereta api berlaku rusuhan di antara Zombie dengan manusia. Ini menyebabkan keadaan dalam kereta api menjadi panik dan Seok-Woo bersama Soo-An berlari menuju ke gerabak yang lain lebih selamat.




[caption id="attachment_5945" align="aligncenter" width="720"]Train to busan korea sedia utk menyerang Zombie[/caption]

Keadaan menjadi tidak selamat apabila stesen yang sepatutnya berhenti tidak selamat untuk turun, ini disebabkan terlalu banyak zombie yang muncul secara tiba-tiba dan menyebabkan Swok-Woo dengan anaknya lari semula ke arah kereta api dan menuju ke arah Busan yang dikatakan Bandar yang selamat. Namun, Seok-Woo telah terpisah dengan anaknya antara gerabak yang berbeza di mana pertengahan gerabak ada zombie yang telah dikunci pintunya.


Bagaimana Seok-Woo mahu ke gerabak anaknya sedangkan di antara gerabak mereka ada Zombie?



Review Train To Busan


Tajuk simple je tapi jalan cerita memang terbaik. Bukan senang nak tengok Movie korea yang ada babak zombie ni. Sekali korea buat movie zombie terus meletop.


Zombie movie ni lebih kurang macam World War Z, kena gigit je beberapa minit terus jadi zombie. Memang sekejap dan laju je serang manusia. Waktu malam (dalam terowong yg gelap) jadi lembab tapi siang jadi aktif.  Zombie korea lebih pada penglihatan berbanding deria bau.




[caption id="attachment_5944" align="aligncenter" width="720"]Train To Busan di wayang Seok-Woo dan Soo-An terperangkap antara 2 kereta api[/caption]

Movie ni dalam seram terselit babak emosi yang comfirm buat korang sedih sangat lagi2x part akhir tu. Dia punya sedih tu memang terkesan, Korea memang pandai kalau bab2x sedih ini.  Last2x orang yang diselamatkan survive.


Movie ni kena tengok sebab tersangat best dari awal sampai akhir. Bagi 5/5 bintang. :D

Get notifications from this blog

11 comments

  1. wah full A mark, mesti best sangat ni filem ni..ramai yang cakap BEST!

    ReplyDelete
  2. tak da movie trallernya jadi penasaran.hehe nampaknya seru

    ReplyDelete
  3. Memang best giler citer ni...penuh dgn emosi yang bisa menjatuhkan air mata si penonton...?

    ReplyDelete
  4. Teringin nak tgk sbb ramai kata best, tapi i ni penakut. Selalu cerita zombie pun tak brani tgk hehe

    ReplyDelete
  5. dah agak dah.

    hero mesti mati punya.

    yang selamat mesti budak kecik tuh.

    hehe

    ReplyDelete
  6. 2 benda saya suka dari Movie Train To Busan nie ialah, satu Zombie dia lari laju gillerrr.. Biasanya Zombie slow aje kan, ala2 kita tolak dgn tangan pun boleh jatuh, hehe.. Kedua, membuktikan pregnant lady pun boleh lari lajuuu, mengalahkan baseball player, hihihi...

    ReplyDelete
  7. asyik dan seru ni cerita dari film korea ni ...selamat menonton

    ReplyDelete
  8. […] Train to Busan Merupakan movie korea pertama memaparkan genre seram zombie. Mengisahkan Seok-Woo bersama anaknya yang berada dalam keretapi untuk berjumpa bekas isiterinya. Namun, sepanjang perjalanan ke sana Seok-Woo terpaksa berhadapan zombie di dalam train. Sinopsis penuh [DISINI] […]

    ReplyDelete